Followers

Saturday 15 October 2011

pengat biji nangka

 


Walaupun namanya pengat biji nangka( butir nangka ),tapi bahan2nya tak de langsung nangka,ummi pun tak faham kenapa namanya biji nangka,first time buat ummi guna susu ganti santan n second time buat ummi guna santan tapi tambah pisang,memang sedap si kembar pun suka.


Bahan-bahan:
½kg tepung pulut
pewarna
½ sudu kecil halba
1kg santan
240gm gula
Sedikit garam
500ml air
2 helai daun pandan

Cara memasak:
1. Didihkan air di dalam periuk.
2. Satukan tepung pulut,pewarna  dan air di dalam mangkuk. Uli dan gentelkan bulat dan tekan di tengah
3. Selepas itu, masukkan di dalam air mendidih. Apabila tepung timbul, angkat dan toskan airnya.masukkan
    kedalam air
4. Di dalam periuk lain, masak santan, gula, halba dan garam secukup rasa. Masukkan sekali dua helai daun pandan. Kacau sehingga mendidih
5. Kemudian masukkan tepung yang telah direbus tadi . Gaulkan rata. Masak seketika, angkat dan hidangkan.

2nd  time buat tambah pisang


No comments: