Followers

Thursday, 14 July 2011

puding tembikai


order by k Fida



Bahan-bahan

  • 1 paket agar-agar tali (20gm)
  • 4 keping roti gardenia*
  • 1  cawan susu *
  • 6 cawan air
  • 1 cawan susu pekat*
  • 1 1/2 cawan gula 
  • 2 sudu besar mentega
  • sedikit esen vanilla
  • Bijan Hitam/ Cincau/ Kismis Hitam/ Biji Selasih 

Cara-cara

  1. Masak agar2 bersama gula dan air hingga agar2 dan gula hancur
  2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan. Blend halus semua bahan yg bertanda *
  3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
  4. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai) . Biar keras sedikit.
  5. Lapiskan sedikit warna asal diatas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit
  6. Adunan selebihnya diwarnakan merah, lapiskan perlahan2 diatas lapisan putih. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.

4 comments:

Anonymous said...

sedapnya..
sebelum pegi mesir hari tu baru berangan2 nak buat..
tapi xsempat..huhu
nanti puasa post la kat kami :)
a.dah...

nabil nabilah said...

sedapnye.. nice presentation jugak.... nak try lah.. terima kasih kongsi resipi ^_^

Sufi said...

dtglah buka puasa kat rumah,insyaallah ada rezekinya

Sufi said...

thanks nabil nabila,sudi ziarah blog akak