Followers

Showing posts with label mee/laksa. Show all posts
Showing posts with label mee/laksa. Show all posts

Wednesday, 28 March 2012

kuew teow ladna









Agak lama ummi tak update blog ni,bukan apa kebetulan hubby  bercuti nak habiskan cuti tahunan seminggu. jadi bila mr hubby ada kat rumah kenalah ummi  masak agak proper sikit sikit utk lunch.biasanya kalau hubby keja ummi tak masakpun untuk ummi just masak untuk anak2,ummi makan je apa yg ada. walaupun hubby ni tak cerewet nak ummi masakkan tp ummi kesian kat dia walaupun bercuti tapi still kena wat keja office,kiranya cam keja jugak tp tak yah gi office je. dalam pada tu kita org selesaikan byk kerja yg tertunda n selesaikan urusan dgn bank.kesian kat anak2 walaupun hubby ada kat rumah tapi tak leh layan dia org sangat. itulah ahad lepas bila nak habis cuti hubby ajak jugak anak2 pergi bercuti.pagi ahad hubby cakap ummi siap kita keluar holiday n suruh ummi pilih lokasi.dah last minute ummi pun tak tahu nak gi mana,last2 hubby kata kita gi je PD dekat n kita dah tahu apa aktiviti yg nak buat kat sana. walaupun minggu lepas dah singgah kat PD,tp kali ni pegi lagi just nak mandi manda je.alhamdullilah sampai sana terus check in hotel sri malaysia petang tu terus je kami sekeluarga cari pantai,sepetanglah kami berendam kat pantai,esok paginya pulak berendam kat swimming poll,anak2 memang puas kali ni.bila balik rumah semua dah keletihan malamnya ummi masak kuew teow ladna je,sebab ini je bahan yg ada kat rumah,masak pun senang n cepat.

Bahan-bahan 

  • 250 gram kue teow
  • 4 sb minyak sayuran
  • 1 sb kicap pekat (dark soy sauce)
  • 100 gram isi ayam - di potong kecil2 
  • 1 sb serbuk pati ayam 
  • 2 sb tepung jagung
  • 11/2 kobis bunga
  • mushroom 
  • 1 biji carrot
  • 1 sb bawang putih - dicincang kasar
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 sb sos ikan
  • 1 sb sos tiram 
  • fish ball- potong 2 di goreng sekejap
  • gula, serbuk perasa & sedikit serbuk white pepper

  1. Gaulkan isi ayam dengan 1 sb tepung jagung, white paper dan serbuk pati ayam . Perap selama 10 minit.
  2. Di dalam mangkuk, gaulkan kue teow dengan 1 sb minyak & kicap pekat. Kemudian goreng dalam nonstick pan sehingga warna kekuningan. Angkat dan sejukkan.
  3. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga bewarna kekuningan. Masukkan pula ayam yg telah diperap tadi dan goreng sehingga masak. Masukkan 2 cawan air bersama 1 kiub ayam dan masak hingga mendidih.
  4. Masukkan carrot,kobis bunga,mushroom, sos ikan, sos tiram, gula & serbuk perasa. Kacau hingga rata. Masukkan pula tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit stok ayam.
  5. Bila sudah pekat, angkat dan tuangkan ke atas kue teow tadi. Taburkan sedikit serbuk white pepper. and cili potong.

Friday, 13 January 2012

Mee bandung




Bahan-bahan

 1 bungkus mee kuning ~ dicelur

untuk kuah:
Utk dimesin

 4 ulas bawang merah
2 ulas bawang puteh
sedikit halia
 5 tangkai cili kering ~ dipotong & rebus hingga lembut/
4 sudu cili giling3 sudu besar kacang tanah ~ digoreng dan dimesin halus 
1 1/2 sudu besar udang kering  ~ dimesin bersama kacang tanah
 200
gram daging ~ potong nipis /boleh tukar dgn isi ayam
2 biji telur
2 sudu sos tomato1 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat manis
1 labu bawang besar  di potong kasar
Sedikit minyak masak ~ utk menumis
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula
air secukupnya
1/2  ikat sawi
2 helai daun kubis
2 batang jagung muda

Cara-cara

  1. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin sehingga naik baunya.
  2. Masukkan 3 mangkuk air bersama daging. Setelah daging empuk, masukkan pula kacang tanah dan udang kering yang telah dimesin tadi.Setelah beberapa minit, masukkan sos cili, sos tomato.
  3. Kacau rata semua bahan dan kemudian masukkan anak jagung,carrot dan bawang besar
  4. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk dan perlahan kan api dapur. kalau kuah terlalu byk boleh bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dlm kuah sedikit demi sedikit,jgn byk sangat nanti terpekat pulak.
  5. Biarkan sehingga telur masak.Setelah telur masak, masukkan mee dan sayur sawi, perasakan dgn gula,garam dan bahan perasa.
  6. Mee ni sedap di makan panas2 n dihidang dengan daun sup,bawang goreng,daun bawang,hirisan cili merah dan limau kasturi/ nipis.

# Kalau ada seafood,lagi sedap boleh maniskan kuah.

Monday, 5 December 2011

laksa lemak ( kuah putih )

Laksa penang memang adalah antara menu ummi kalau makan kat luar,amni n auni selalu tanya ummi boleh tak buatkan laksa yg tak pedas,Ummi sendiri masa kecik2 dulu mak selalu masakkan laksa lemak putih,so hari ni ummi masakkan laksa utk si kembar kesayangan ummi. alhamdullilah memang dia orang suka sangat.




















Laksa di rebus

Bahan Kuah
600 g ikan kembung, rebus, ambil isi & tumbuk
2 liter santan (dan 2 biji kelapa)asingkan santan pekat dgn cair
or satu kotak santan ( 1 liter) + 1 liter air
6 ulas bawang merah, ditumbuk
1 cm halia, ditumbuk
1 atau 2 sudu lada hitam, di tumbuk
1 keping asam gelugur
Garam secukupnya

Bahan Sampingan

1 biji timun, dihiris halus
10 batang kacang panjang, dihiris kecil
40 g daun selasih, dimayang
30 g daun kesum, dimayang
200 g taugeh, dibuang ekor
limau nipi/ limau kasturi

Sambal belacan

3 cm kiub belacan, dibakar
15-20 tangkai ciii kering, direndam( dikisar halus bersama belacan )

kalau nak sambal belacan yg pedas


segenggam cili api
3 cili merah- buang biji
1/2 labu bawang besar
3 sudu besar air asam limau kasturi
2" belacan di bakar
garam gula secukupnye

kisarkan semua bahan 

Cara-Cara

1.Satukan semua bahan yg ditumbuk  kecuali ikan n santan  campurkan bersama air.dan masakkan hingga
    mengelegak.
2. satukan santan pekat bersama dengan isi ikan.masukkan kedalam air yg telah mengelegak.perasakan dgn
    garam dan gula.masak lagi jgn lama sgt biar mengelagak sekejap terus tutup api dan pastikan kuah sentiasa
    di kacau.
3.Hidangkan laksa dengan kuah dan bahan sampingan dan sambal belacan