Followers

Thursday 29 March 2012

project cuti sekolah amni auni

memang tekun amni n auni nak siapkan biskut dia orang















Cuti sekolah dah hampir 2 minggu dah ummi baru terhegeh2 nak update aktivit masak2 ummi n anak2 masa cuti hari tu.kesian kat dia orang, bila ummi buat kek or biskut dok jauh2 je sambil cakap adik n kakak tak kacau ummi cuma tengok2 je.ummi tahu dalam hati dia org teringin nak pegang mixer n main dengan dough. so kali ni ummi buat biskut n suruh dia org buat sendiri dari pegang mixer ,gaulkan bahan n tekap biskut sambil ummi bantu.memang seronok n tekun anak2 ummi.alhamdullilah moga rajinya sampai ke besar ya sayang.resepi untuk cookies ni boleh refer kat sini

biskut ni dia org nak susun buat nama sendiri

auni dgn penuh berhati2



amni yg serius



amni yg tengah berangan sementara tunggu turn


Wednesday 28 March 2012

kuew teow ladna









Agak lama ummi tak update blog ni,bukan apa kebetulan hubby  bercuti nak habiskan cuti tahunan seminggu. jadi bila mr hubby ada kat rumah kenalah ummi  masak agak proper sikit sikit utk lunch.biasanya kalau hubby keja ummi tak masakpun untuk ummi just masak untuk anak2,ummi makan je apa yg ada. walaupun hubby ni tak cerewet nak ummi masakkan tp ummi kesian kat dia walaupun bercuti tapi still kena wat keja office,kiranya cam keja jugak tp tak yah gi office je. dalam pada tu kita org selesaikan byk kerja yg tertunda n selesaikan urusan dgn bank.kesian kat anak2 walaupun hubby ada kat rumah tapi tak leh layan dia org sangat. itulah ahad lepas bila nak habis cuti hubby ajak jugak anak2 pergi bercuti.pagi ahad hubby cakap ummi siap kita keluar holiday n suruh ummi pilih lokasi.dah last minute ummi pun tak tahu nak gi mana,last2 hubby kata kita gi je PD dekat n kita dah tahu apa aktiviti yg nak buat kat sana. walaupun minggu lepas dah singgah kat PD,tp kali ni pegi lagi just nak mandi manda je.alhamdullilah sampai sana terus check in hotel sri malaysia petang tu terus je kami sekeluarga cari pantai,sepetanglah kami berendam kat pantai,esok paginya pulak berendam kat swimming poll,anak2 memang puas kali ni.bila balik rumah semua dah keletihan malamnya ummi masak kuew teow ladna je,sebab ini je bahan yg ada kat rumah,masak pun senang n cepat.

Bahan-bahan 

  • 250 gram kue teow
  • 4 sb minyak sayuran
  • 1 sb kicap pekat (dark soy sauce)
  • 100 gram isi ayam - di potong kecil2 
  • 1 sb serbuk pati ayam 
  • 2 sb tepung jagung
  • 11/2 kobis bunga
  • mushroom 
  • 1 biji carrot
  • 1 sb bawang putih - dicincang kasar
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 sb sos ikan
  • 1 sb sos tiram 
  • fish ball- potong 2 di goreng sekejap
  • gula, serbuk perasa & sedikit serbuk white pepper

  1. Gaulkan isi ayam dengan 1 sb tepung jagung, white paper dan serbuk pati ayam . Perap selama 10 minit.
  2. Di dalam mangkuk, gaulkan kue teow dengan 1 sb minyak & kicap pekat. Kemudian goreng dalam nonstick pan sehingga warna kekuningan. Angkat dan sejukkan.
  3. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga bewarna kekuningan. Masukkan pula ayam yg telah diperap tadi dan goreng sehingga masak. Masukkan 2 cawan air bersama 1 kiub ayam dan masak hingga mendidih.
  4. Masukkan carrot,kobis bunga,mushroom, sos ikan, sos tiram, gula & serbuk perasa. Kacau hingga rata. Masukkan pula tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit stok ayam.
  5. Bila sudah pekat, angkat dan tuangkan ke atas kue teow tadi. Taburkan sedikit serbuk white pepper. and cili potong.

Majlis kat melaka

sabtu lepas ummi sekeluarga bertandang ke melaka untuk meraikan majlis pertunangan adik ummi kat sana.Untuk majlis tu sempatlah ummi buatkan fondant kek,dalam tu ummi buat red valvet kek.Dalam dok sebok siapkan kek untuk majlis ni,anak2 ummi pun sebok jugak nak kek untuk dia orang,jadi kelam kabutlah ummi dgn nak peacking barang n siapkan kek,ummi just buat sponge kek je. Selera anak2 ummi ni walaupun kembar tp berbeza,sorang sukakan  coklat n sorang lagi sukakan strawberry,jadi ummi bahagikan 2 adunan,atas buat strawberry bawah buat perasa coklat.Alhamdullilah sempatlah kami makan kat homestay yg telah disediakan oleh family tunang adik ummi.seronok amni,auni n sepupu2 dia orang potong kek sambil nyanyi lagu happy birthday to me,kira birthday untuk semua orang.






habis majlis plannya ummi nak balik pahang hantar bonda tercinta,tp atas sebab yg tak leh nak dielakkan ummi,just stay kat melaka dgn family abang nazri,hassan n fizah.Malam tu sempat kami ke Bandar melaka naik bot sambil pusing2 menyaksikan warna warni kat bandar melaka. Gambar kat melaka ni limited ,coz ummi gunakan kamera yg terlebih canggih tak leh cahaya kurang,





wajah2 gembira nak pegi mandi pantai
 Kami keluar dari homestay tu dah nak dekat pukul 12 tgh. terima kasih pada suaidah sekeluarga atas layanan yg first class.siap hantar breakfast n lunch yg bestnya ada asam pedas melaka,memang sedap.jangan serik ya terima kedatangan kami lagi.keluar dari melaka kami singgah kat PD alhamdullilah cuaca memang baik.dapatlah budak2 mandi.

semua dah keletihan,nak balik