Followers

Thursday 27 October 2011

light cheese cake with blueberry

Light Chesse Cake





Alhamdullilah badan dah rasa ok sikit,dari pagi tadi demam umi agak teruk.Bila k long datang ambik kek yg dia tempah pagi tadi ummi dah rasa cam tak leh nak berdiri,terus makan ponstan n baring kat sofa.tapi bila ada anak memang tak leh baring sangat,se kecik orang tu ummi kena tengok2kann juga,dalam sakit2 tu ummi gagahkan badan wat bubur nasi utk lunch ummi n anak2,dah tak larat nak fikir nak masak menu lain.Alhamdullilah nasib anak2 ummi memang suka makan bubur nasi ni.


Dua hari lepas umur ummi meningkat lagi.Alhamdullilah masih diberi kesempatan untuk menghirup udara muka bumi ini.sempena birthday ummi, ummi ada buatkan light chesse cake,sebenarnya ummi ni tak berapa suka sgt kek ni,tapi dah macam budaya pulak bila ada birthday mesti kena ada kek kan.So dalam dok fikir nak buat kek apa,teringat pulak dua hari lepas hubby ada sebut pasal chesse cake.Ummi ni memang tak berapa suka chesse cake yg biasa umi buat tu ,so ummi ziarah lah dari blog ke blog cari resepi chesse cake yg tak heavy sangat,so terjumpa kat blog Hasue,nampak macam best je,siap bagi tutorial lagi,Thanks atas resepi yg best ni.Bila buat memang ok untuk orang yang tak suka sangat chessecake yg heavy,memang light je rasa chesse dia.tapi ummi terpaksa menderhaka sikit coz cream cheese yg ada kat rumah tak cukup.





Light Cheese Cake

Bahan-bahan
• 110g cream cheese  + sekeping chesse slice( resepi asal guna 125g cream cheese)
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese + chesse slice sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan 
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan.
6. Ummi siap letakkan sikit strawberry filling atas kek.kebetulan ada lebih
7. Bakar pada suhu 160 darjah selama 50 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
 8.dah siap ummi papkan sikit fresh cream n bluberry filling.

Thanks hubby belikan fresh flower untuk ummi.Ummi memang suka dengan rose



No comments: