Followers

Showing posts with label chocolate sponge cake. Show all posts
Showing posts with label chocolate sponge cake. Show all posts

Thursday, 11 October 2012

MOIST CHOCOLATE CAKE bila ummi malas


chocolate moist cake with cream cheese

Alhamdullilah berjaya jugak ummi menyiapkan kek coklat untuk anak dara 2 orang. dari minggu lepas mintak ummi buat kek coklat.hari ni baru ummi dapat siapkan.memang malas sangat nak membaking hari ni.tapi gagahkan diri jugak,nak ambik hati amni n auni yg nak exam minggu depan.ummi pun mengoogle cari resepi mudah n senang.kek ni amat senang n katagori kek campak2.siap je kek ni, ada tetamu datang jadi panas2 lagi dah potong .tak sempat nak letak topping.resepi ni ummi ambik dari blog kat sini.tapi ada sedikit perubahan berdasarkan bahan yg ada kat rumah.



kek yg sempat di snap

2 cawan tepung 
1 sudu teh serbuk soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk baking powder
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan gula
1 sudu teh garam 

*BAHAN-BAHAN DI ATAS AYAK BERSAMA

3 biji telur
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu segar
1 sudu teh vanilla
1 cawan air panas betul + 2 sudu serbuk nescafe


CARA MEMBUAT KEK :

Campurkan semua bahan,kecuali air panas,putar selama 5 minit.
Masukkan air panas dan putar sebati.
Masukkan ke dalam acuan dan bakar dengan suhu 170'C selama 45- 60 minit
setelah masak angkat dan sejukkan terlebih dahulu.

Saturday, 18 February 2012

tiramisu cake






Selepas habis birhday party  untuk putri2 ummi. 10 feb jatuh birthday tok bah( father in law) untuk yg ke 72 tahun. Alhamdullilah dalam usia ni tok bah still dikurniakan kesihatan yang baik.  tahun ni mak tok buat makan2 sikit jemput kawan2 tok bah (orang surau). ummi just tolong buatkan kek je.Kali ni ummi buat tiramisu kek. ummi buat just guna cream chesse n whipping cream.hari tu pegi bakery shop Mascarpone chesse dah habis.

 resepi tiramisu kek yg simple

Bahan-bahan

  • 1 biji sponge kek /ummi guna chocolate span cake
  • 300ml whipping cream
  • 250ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula ising /boleh kurangkan kalau tak suka manis
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan/ummi ganti dengan strawberry filling

Cara-cara


  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 3 bahagian
  5. Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek
  6. Ratakan  creamcheese tadi atas kek
  7. Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese .
  8. kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  9. Hiaskan dengan serbuk koko/tapi ummi guna strawberry filling.

Wednesday, 30 March 2011

sponge cake

sponge cake with buttercream





Bahan-bahan:-
4 biji Telur (Gred B)
20gm Serbuk Koko
100gm Tepung Gandum
120gm Gula Kaster
10gm Ovalette
20ml Air
20ml Minyak Jagung
Cara-cara:-
-pecahkan telur ke dalam mangkuk pembancuh
-sementara itu campurkan serbuk koko, tepung dan digaul rata. masukkan pula ke dalam mangkuk berisi telur tadi
-masukkan gula, ovalette dan air.
-Putar adunan sehingga kembang 10 hingga 15minit pada kelajuan tinggi.
-Perlahankan putaran dan masukkan minyak. Kacau rata.
-masukkan adunan di dalam acuan bulat bergaris pusat 18cm (7inci) dan bakar
lebih kurang 35minit sehingga masak pada suhu 170c.