Followers

Friday 5 April 2013

New Zealand Part 2. Day 1 ( Auckland )



 Dah lebih 2 bulan kami sekeluarga balik dari New Zealand tapi masih tak ada kesempatan utk menulis.maaf buat sahabat2 yg tertunggu2 cerita ummi dari New Zealand, untuk trip yg kedua ni. insyaallah ummi akan cuba menulis pengalaman kami di sana selama hampir 19 hari. moga allah memberi kelapangan utk ummi terus menulis.dan diharap tulisan ummi ini boleh menjadi rujukan utk yg nak pegi ke sana. 

Di Airport Auckland


kami bertolak ke Auckland pada 14 januari 2013 pd pukul 9 mlm menaiki pesawat MAS. Alhamdullilah kami sampai di Auckland Airport pd pukul 11.30 pagi.kali ni ummi pegi persama parent hubby. tapi mak n abah tak naik pesawat MAS.dia orang  naik QANTAS.Mak abah ambik flight dari singapore,transit 2 jam kat sidney. so dia orang sampai 2 jam lewat dari kami.
Bila semua dah berkumpul kami tunggu kereta dari company tempat kita orang sewa kereta pick up dari airport n bawa kat tempat dia utk ambik kereta.kali ni kita orang ambik  8 seater van.agak besar n selesa utk kita org ber enam.selesai urusan kereta,terus cari motel.
sempat lagi amni n auni mewarna sementara tunggu abi uruskan pasal kereta


kereta sewa,agak besar n selesa utk kami bere

Motel yg kita orang ambik ialah Hensens Cottage motel  kat New Market, Auckland.Motel ni sederhana besar n siap ada dapur sekali.Sampai je motel,solat n alas perut makan meegi je.

Amni n Auni suka motel ni sebab ada playground n banyak pokok bunga
 
Sempat main kat depan motel

sempat main
lepas solat keluar kejap pusing2 bandar Auckland sambil cari kedai makan halal.

Add caption


Hajat hati nak makan ayam goreng kat Mid City Kebab kat Queen Street.tp cari2 tak jumpa.rasanya dah tukar kedai lain kot.Masa ummi datang first time kat sini June lepas,sempat makan kat sini. Ayam goreng dia memang best sangat.nampaknya tak de rezeki kami kali ni.Dalam dok cari2 tu jumpa  Turkish Kebab kat jalan yg sama.kita org tapau je bawak balik.tapi ayam dia tak sesedap kat Mid City kebab.

Malam tu semua tidur kepenatan.esok banyak aktiviti yg perlu di lakukan.

1 comment:

Unknown said...

Лучший поиск Фото проститутки секс раком Мода - это форма несовершенства, настолько невыносимая, что нам приходится менять ее каждые пол года ... На нашем сайте размещают свои анкеты только лучшие проститутки Киева. Встречусь только с интересными очкариками!это не салон!