menu untuk abi,biasanya masak asam pedas ikan tapi abi tak makan ikan so kenalah masak ayam
ASAM PEDAS AYAM
1/2 ekor ayam kecil
15 tangkai cili kering
5 biji bawang merah /1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
halia
lengkuas( di titik)
belacan
1/2 sudu lada hitam ( ditumbuk kasar)
serai ( dititik )
daun kesum
bunga kantan
4 sudu asam jawa( di bancuh dengan secawan air)
kacang bendi/ terung /timun
cara-cara memasak
1. cili kering,bawang merah,bawang putih,halia,belacan dikisar halus dan ditumis hingga pecah
minyak.
2. masukkan ayam,air asam jawa,bunga kantan,serai dan sayur
3. apabila sudah mengelegak masukkan 3 cawan air lagi.
4.bila ayam dan masak,masukkan daun kesum,lengkuas dan lada hitam
5. bila dah masak perasakan dgn garam dan lada
6. sedia di hidang dgn nasi,roti,roti canai or biskut tawar pun ok
2 comments:
sedapnye..yummy!!!
hari tu cik dah baut,xjadi..
sedih...
tapi ayah ndak kata sedap,hihi..
nak try lg ikut resepi ni..
shukran ummi auni n amni :)
buat lagi insyaallah jadi,usaha tangga kejayaan
Post a Comment