Followers

Friday 30 December 2011

pau



 

Bahan-bahan

  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung gandum
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor
  • 20g (1 sudu makan) shortening/ magarine
  • 2g (1 sudu teh) bread softener
  • 1/2 cawan air suam

Cara-cara

  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan shoterning, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  5. Masukkan inti dan tutup kemas,ummi guna inti kacang.separuh ummi buat bentuk ros.
  6. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  7. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.pastikan air kukusan betul2 panas

Tuesday 27 December 2011

Buah pinggang & SLE


Fakta Ringkas
Buah pinggang mempunyai fungsi berikut:
  • Menapis darah dan membuang bahan toksik.
  • Mengimbangkan elektrolit dan pH dalam darah.
  • Mengawal tekanan darah.
  • Menukarkan Vitamin D kepada bentuk yang lebih aktif.
  • Membantu pengeluaran sel darah merah dalam sumsum tulang.
Lupus Nefritis
Apabila Sistemik Lupus Erithematosus (SLE) melibatkan buah pinggang, fungsinya akan terjejas. Walaubagaimana pun, buah pinggang mempunyai simpanan fungsi yang banyak. Oleh yang demikian, tidak terdapat tanda-tanda awal penyakit buah pinggang sehinggalah ianya sudah terlewat.
Jumlah pesakit SLE yang buah pinggangnya terjejas mungkin di antara 50% hingga 80%. Dalam kebanyakan kes, penglibatan buah pinggang agak sederhana dan biasanya tidak merupakan masalah yang besar. Walaubagaimanapun ia mungkin merupakan masalah yang serius bagi sesetengah pesakit. Dengan kemajuan bidang perubatan dalam masa 30 hingga 40 tahun kebelakangan ini, ianya dapat mengubah masa depan pesakit lupus yang serius. Pada zaman sekarang, dengan rawatan yang betul, ramai pesakit yang menghidap lupus nefritis yang serius boleh menjalani kehidupan sihat dan normal.
Lupus nefritis terjadi apabila terdapat pemendapan protein (kompleks imun) pada alat penyaring buah pinggang serta keradangan saluran darah yang mengalir ke buah pinggang. Ini akan menyebabkan terdapat sel darah merah dan protein dalam air kencing, tekanan darah naik, dan, dalam kes-kes yang serius, keluaran buangan kimia yang biasanya dibuang bersama air kencing akan berkumpul dalam darah.
Penglibatan buah pinggang dalam SLE tidak ketara. Pesakit tidak akan mengalami apa-apa gejala sehinggalah kerosakan telah berlaku. Pada ketika itulah pesakit akan mengadu berat badan mereka bertambah dan terdapat kebengkakan terutamanya pada kaki. Doktor mengistilahkan ini sebagai oedema atau sindrom nefritik. Ianya merupakan gejala yang lazim terdapat jika buah pinggang terjejas. Komplikasi yang amat ditakuti ialah kegagalan buah pinggang tetapi mujurlah keadaan ini jarang berlaku. Apabila buah pinggang gagal untuk berfungsi, pesakit akan mengadu keletihan, hilang selera makan, loya, dan muntah. Jika tidak dirawat, masalah status mental, sawan, atau masalah-masalah lain mungkin berlaku.
Memantau Fungsi Buah Pinggang
Langkah yang penting ialah pengesanan penglibatan buah pinggang dalam SLE pada peringkat awal. Bagi tujuan ini, doktor akan menasihatkan pesakit menjalani ujian fungsi buah pinggang (ujian darah dan air kencing) dari semasa ke semasa. Analisa air kencing boleh menunjukkan berbagai tanda keradangan buah pinggang seperti gumpalan sel darah merah atau kehadiran protein yang berlebihan. Untuk menentukan tahap penglibatan buah pinggang, air kencing dikumpul selama 24 jam. Ujian darah akan memberi maklumat tentang peningkatan keluaran buangan di dalam darah sekiranya terdapat kerosakan pada buah pinggang. Tahap antibodi anti-DNA dan komplemen (C3 dan C4) juga diukur dari semasa ke semasa kerana ia boleh membantu menentukan aktiviti lupus.

Biopsi Buah Pinggang

Biopsi buah pinggang ialah satu ujian untuk melihat berapa banyak mendapan protein dan keradangan yang ada. Ini akan menentukan jenis rawatan yang perlu diberi. Biopsi dijalankan dengan memasukkan sebatang jarum halus ke dalam buah pinggang sambil pesakit berbaring menangkup. Sekeping tisu yang kecil di dapatkan bagi tujuan pemeriksaan di bawah mikroskop. Hanya bius setempat diperlukan bagi prosedur ini.
Terdapat enam jenis klasifikasi lupus nefritis oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Klasifikasi yang terkemudian oleh Persatuan Nefrologi Antarabangsa telah dicetak pada tahun 2004 tetapi ianya masih belum dipakai dengan luas.
Kelas I Tiada kerosakan langsung atau kerosakan yang minima
Kelas II Mesangial proliferative lupus nefritis (LN)
Kelas III Focal segmental proliferative LN

Kelas IV Diffuse proliferative LN
Kelas V Membranous LN
Kelas VI Sclerosing LN

Pakar patologi juga mengira keputusan biopsi untuk digolongkan sebagai “aktif” (menunjukkan keradangan yang aktif) atau “kronik” (menunjukkan parut). Cara ini dapat menentukan samada rawatan agresif mendatangkan manafaat atau tidak.

Rawatan

Penglibatan buah pinggang yang sedikit hanya memerlukan langkah-langkah umum seperti untuk pesakit-pesakit SLE lain. Bagi pesakit yang buah pinggangnya terlibat secara serius, cara rawatan pada umumnya adalah lebih agresif. Ini bertujuan untuk mengawal penyakit berkenaan dengan cepat dan menghalang kerosakan yang kekal. Rawatan diberi berasaskan biopsi buah pinggang.
Steroid
Kortikosteroid seperti prednisolone adalah rawatan utama lupus nefritis. Dalam kes-kes serius, pada mulanya prednisolone mungkin diberi dalam bentuk intravena (drip). Bagi kes-kes yang tidak berapa teruk pula, ia diberi secara pil. Ubat ini merupakan ubat paling baik untuk melawan keradangan dan menyumbang ke atas kemajuan dalam perawatan SLE.
Para doktor akan menasihatkan pesakit mengambil ubat ini apabila buah pinggang terjejas atau apabila penyakit itu bertambah teruk dan boleh mengancam nyawa. Keputusan pengambilan ubat ini tidak dibuat sewenang-wenangnya oleh kerana ia boleh mengakibatkan berbagai kesan sampingan. Di antara kesan sampingan jangka pendek adalah penambahan selera makan, kenaikan berat badan, dan muka menjadi bulat. Kesan jangka panjangnya pula termasuklah kerapuhan tulang, darah tinggi, dan kulit menjadi nipis.
Kadangkala, terdapat pesakit yang cuba memberhentikan pengambilan prednisolone atau mengurangkan dosnya. Mungkin mereka bosan dengan kesan sampingannya atau mereka merasa penyakit mereka bertambah baik atau sebaliknya. Adalah penting bagi pesakit-pesakit yang mengambil ubat ini memahami cara ia bertindak dan bahaya memberhentikan atau menukar dosnya tanpa pengawasan.

Ubat-ubatan Imunosupresif lain

Langkah ke depan dalam rawatan penyakit lupus yang membabitkan buah pinggang adalah dengan penggunaan ubat imunosupresif , terutamanya cyclophosphamide. Ubat-ubatan imunosupresif mengurangkan pengeluaran antibodi yang menyebabkan keradangan. Cyclophosphamide biasanya diambil bersama prednisolone dalam dos sederhana. Doktor hanya menasihatkan pengambilannya bagi kes-kes lupus nefritis yang aktif dan agresif. Ubat ini boleh diambil secara oral atau intravena (drip). Bagi kes-kes yang serius, kortikosteroid dan cyclophosphamide diberi dalam dos yang tinggi secara intravena (pulse therapy). Penambahbaikan dapat dilihat melalui spesimen biopsi, pengurangan jumlah protein dalam air kencing, dan peningkatan dalam fungsi buah pinggang.
Cyclophosphamide juga mempunyai banyak kesan sampingan. Ini termasuklah pengurangan sel darah putih yang membuatkan pesakit lebih mudah mendapat jangkitan. Ia juga boleh menyebabkan pendarahan dari pundi kencing, keguguran rambut, kegagalan ovari bagi pesakit wanita, dan kekurangan mani bagi pesakit lelaki. Di antara kesan jangka panjang pula termasuklah sedikit risiko beberapa jenis kanser. Oleh yang demikian, pesakit perlu melalui ujian darah berkala dan mendapat rawatan susulan daripada doktor.
Azathioprine (Imuran) kadang-kadang digunakan bersama prednisolone kerana ianya boleh mengurangkan penggunaan steroid. Namun demikian, kegunaannya tidak sepopular cyclophosphamide kerana ia kurang berkesan dalam mengurangkan keradangan dalam kes-kes yang teruk.
Ubat-ubatan imunosupresif lain yang lebih baru dan kurang merbahaya bagi merawat lupus nefritis yang serius termasuklah mycophenolate (Cell-Cept, Mifortic), tacrolimus (Prograf), dan rituximab (Mathera).
Diuretik dan Ubat Darah Tinggi
Pesakit yang mengalami kaki bengkak atau air berlebihan bertakung mungkin memerlukan ubat seperti Lasix. Ubat ini dapat membantu mengurangkan air yang berlebihan dalam badan dengan menambahkankan pengeluaran air kencing. Pesakit-pesakit yang mengalami tekanan darah tinggi pula mesti memastikan yang mereka mengambil pil-pil mereka dengan tetap. Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang yang lebih teruk.
Dialisis dan Pemindahan Buah Pinggang
Ada kalanya pesakit hanya disahkan mengidap penyakit buah pinggang apabila keradangan telah mencapai tahap yang teruk. Kadang-kadang, walaupun jarang sekali, rawatan yang diberi tidak dapat membantu pesakit dan buah pinggang gagal seterusnya. Kegagalan buah pinggang boleh dirawat melaui dialisis dan pemindahan buah pinggang.
Dialisis dan pemindahan buah pinggang boleh mendatangkan kesan yang berfaedah. Bagi pesakit yang mengalami kerosakan buah pinggang yang teruk dan memerlukan samada dialisis atau pemindahan buah pinggang, penyakit SLE dengan sendirinya bertambah baik dan jarang menimbulkan masalah lain.
Penutup
Buah pinggang kerap terlibat dalam SLE tetapi penglibatan ini biasanya tidak serius dan senang dirawat. Tetapi, ada juga yang terjejas dengan serius. Oleh itu, untuk mengesan tanda-tanda awal penglibatan buah pinggang, pesakit SLE haruslah menjalani ujian darah dan air kencing dari semasa ke semasa. Bagi setengah pesakit, suatu biopsi buah pinggang diperlukan untuk menentukan rawatan yang terbaik. Berdasarkan keputusan biopsi serta keputusan klinikal dan makmal yang lain, sesetengah pesakit hanya memerlukan rawatan prednisolone sementara yang lain pula memerlukan gabungan prednisolone serta satu atau lebih ubat imunosupresif.
Dengan rawatan yang bersesuaian, masa depan lupus nefritis cerah. Jika kegagalan buah pinggang berlaku sekalipun, aktiviti penyakit SLE biasanya akan berkurangan. Kehidupan yang berguna serta produktif dapat dikekalkan dengan menjalani dialisis atau pemindahan buah pinggang.

sumber:  Persatuan SLE Malaysia

Monday 26 December 2011

resepi nasi ayam






1 ekor ayam , ummi potong 4

 tumis rempah tumis bersama bawang merah,bawang putih dan halia,masukkan air, ayam,batang salary dan carrot,perasakan dengan garam dan lada sulah
Didihkan selama 45 minit

 Keluarkan ayam daripada periuk dan toskan. 
Air rebusan ayam di gunakan untuk sup n masak nasi,

untuk sup sesuai dihidangkan dengan taburan daun bawang,daun sup dan bawang goreng.

Ayam yag telah di rebus diperap sebentar dengan bahan perap, dan di bakar di dlm  oven sekitar 190 C,sekitar 15 hingga 20 minit or hingga kulitnya nampak sedikit garing.

Bahan Perap ayam

Halia
bawang putih
kicap masin n kicap manis
sos tiram
lada sulah
minyak bijan
Halia n bawang putih di tumbuk halus dan di campur bersama bahan lain.

sambal cili:

5 biji cili merah
5 biji cili api
 halia
1 tsp minyak bijan
1 biji tomato
Garam secukupnya
Gula secukupnya

Campurkan kesemua bahan dan blend

Untuk kicap

Ambik lebihan bahan perapan tambahkan kicap,sos tiram,sedikit minyak bijan dan sedikit air rebusan ayam,
semua dicampurkan dan di masak sekejap di atas dapur.



BAHAN NASI AYAM 
 
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan
6 cawan air rebusan ayam
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 inci halia, dititik
2 ulas bawang putih, dititik
1 1/2 camca besar marjerin/ mentega
Garam secukup rasa
1/2 tsp minyak bijan


Panaskan minyak bawang putih. Tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar.

Setelah naik baunya masukkan daun pandan.

Masak beras berserta kedalam bahan-bahan yang telah ditumis dan goreng beras sebentar,kemudian di pindahkan ke dalam rice cooker.

Kemudian masukkan garam, lada sulah dan gula  masukkan air rebusan ayam. 
apabila nasi hampir kering masukkan minyak bijan,biarkan nasi hingga masak.

Nasi ayam ni sesuai di hidangkan bersama ulam-ulaman seperti salad,tomato  dan timun.

Sunday 25 December 2011



Hari ni cam malas lah pulak nak masak nasi,tanya anak2 nak makan apa cepat je jawap nak makan ayam goreng,so hari ni menu western lah pulak.

Resepi ayam goreng ni sama dengan yg entry ummi yan lepas kat sini 



Bahan-bahan untuk Kentang Putar :


 4 biji kentang yang bersaiz besar.


  1 sudu besar mentega


  3 sudu besar susu segar


  Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.


Cara-cara :




1. Rebus kentang yg telah di buang kulit, Rebus kentang sehingga empuk. Bila dah empuk, toskan  
    air.lenyekkan kentang sewaktu masih panas lagi

2. Masukkan susu segar dan mentega. Gaul rata. Rasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.

Sos Kentang Putar.


Bahan-bahan :


650 ml air


1 biji bawang Holland - cincang halus


1 batang saderi- cincang halus


3 sudu besar serbuk Pati Ayam/ 1 1/2 kiub Pati Ayam Maggi


4 sudu besar mentega


4 sudu besar tepung gandum


1 sudu besar sos tomato


1 sudu besar sos tiram


1/2  sudu kecil serbuk lada sulah / lada hitam


garam secukup rasa


Cara -cara :
Masak air dengan masukkan serbuk pati ayam, daun saderi dan bawang besar. Masak sampai mendidih. Renehkan sebentar dengan api perlahan selama 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.

Dalam periuk yang lain, cairkan mentega dalam api sederhana panas. Biarkan cair. Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit. Kacau perlahan sampai tepung tak melekat di periuk. Pastikan api perlahan ya.

Tuangkan air rebusan perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit. Kacau sampai kuah menjadi likat.

Masukkan sos tomato dan sos tiram. Kacau sebati.

Masukkan kicap pekat. Tambah kicap sekira mahu kuahnya berwarna gelap.

Masak sehingga pekat. Rasa dahulu sebelum masukkan garam. Sekiranya anda sudah berpuas hati dengan rasa yang sedia ada. Tak perlu tambah garam. Sekiranya mahu masin lebih. Baru tambahkan garam.


Akhir sekali, taburkan serbuk lada sulah . Kacau lagi sampai serbuk lada sulah  sebati dengan kuah dan kepekatannya beersesuaian.
Resepi  Coleslaw

Bahan-bahan
  • Kobis Putih 
  • carrot
  • Mayonis 
  • Susu segar 2 susu
  • Gula Pasir 1 sudu besar
  • secubit garam
Cara Membuatnya
  1. Kobis dan carrot dibasuh bersih-bersih dan keringkan. Setelah itu dihiris dan dicincang kecil-kecil.
  2. Masukkan kobis dan carrot yang telah dicincang itu ke dalam bekas yang mempunyai penutup. Biarkan sebentar.
  3. Masukkan mayonnis, susu , gula pasir, garam ke dalam mangkuk dan kacau sampai betul-betul sebati.
  4. Tuangkan ramuan yang dah sebati itu ke dalam sayuran yang telah dicincang  dikacau hingga rata.
  5. Setelah itu, tutup bekas tu dan simpanlah dalam peti sejuk,paling kurang 1 jam.
  6. kalau suka masam2 skit leh tambah,cuka or lemon jus

Friday 23 December 2011

Nasi daging


Dah tiap2 hari masak kadang2 ummi kekeringan idea nak masak apa,tadi sebelum hubby pegi keja ummi mintak tolong dia bagi idea apa yg ummi nak masak.so dia kata masak je nasi arab dia boleh makan anak2 pun boleh makan,so ummi tak yah nak fikir banyak. bila hubby dah gi keja ummi pun seboklah mnyelongkar apa yg ada kat dapur,alhamdullilah bahan2 nak buat nasi daging ada,bolehlah ummi merealisasikan impian en hubby nak makan nasi nasi daging.


Bahan-bahan:

3 cawan beras basmati
½ kilo daging
1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
1 sudu  rempah kurma
1 inci halia
2 biji nbawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 sudu mentega/ minyak sapi/magarine
3 sudu minyak masak
2 biji tomato/ dipotong dadu
1/2  cawan susu
1 sudu teh garam
 

Cara penyediaan:

Rebus daging bersama rempah sup bunjut,  dan garam sehingga empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasi dan buat sup untuk makan ngan nasi
Masukkan minyak diikuti butter tunggu hingga butter mencait kemudian tumiskan halia, kulit kayu manis dan buah pelaga,bawang putih,bawang merah hingga kekuningan,masukkan rempah kurma didalam periuk nasi hingga naik bau,masukkan tomato. Masukkan beras dan kacau seketika.

Masukkan air rebusan daging. Kalau beras disukat satu cawan pastikan air rebusan juga satu cawan.

Bila beras sudah mula kembang, masukkan  susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak.

Hidangkan nasi daging dengan *air asam dan daging yang telah direbus tadi.




Air asam

3 tangkai lada merah
5 biji cili api
sebiji tomato
1/2 biji bawang besar
( bahan di atas dihiris halus)
air asam jawa
belacan
garam
gula
limau kasturi

Untuk buat air asam, satukan buah tomato, hirisan bawang besar, hirisan cili merah, air asam jawa pekat, perahan limau kasturi, sedikit belacan, garam dan gula secukup rasa.

Thursday 22 December 2011

roti Manis

Kali ni ummi buat roti ikut resepi reka sendiri.tak pasti mana silapnya setiap kali ummi buat roti ambik dari mana2 resepi sure tak berapa menjadi. kali ni ummi buat roti tak guna tepung roti or tepung berprotain tinggi,guna je tepung cap sauh yg memang dah ada kat rumah.shorterning pun dah habis, ummi guna krimwell. ok gak hasilnya better than yg ummi buat sebelum ni,rotinya lembut je.


















Bahan-bahan

bahan A
4 cawan tepung gandum
3 tbs susu tepung
3 tsp yis segera
3 tsp serbuk penaik
4 tbs gula

bahan B
2 tbs margerine/butter
2 tbs shortening/ ummi guna krimwell
1 biji telur


300 ml air suam di bancuh dengan secubit garam


cara-cara
1. Campurkan semua bahan A dan digaul hingga rata,
2.Masukkan bahan B  di gaul rata dan masukkan air,uli hingga menjadi doh
3.Rehatkan doh sekitar 20 minit.selepas itu keluarkan angin dari doh dengan cara menumbuk2 dgn perlahan
   ya .
4. Buatkan bentuk yang disukai,kali ni ummi letak inti kacang,itu je stok yg ada kat rumah.





5.Selepas siap di bentuk rehatkan sekitar 20 minit dan boleh dibakar sekitar  2o minit hingga masak pada
   suhu 200 c.Guna api atas bawah.




apam pisang simple


Apam ni ummi buat dgn pisang kiriman mak dari kampung, senang n cepat, Amni auni pun suka.Apam ni tak lah mengelembu sangat,tp still lembut,kalau makan dengan kelapa lagi sedap,lemak2 gitu.







APAM PISANG ( TANPA TELUR DAN MINYAK )

Bahan :

1 cawan pisang lecek
1 cawan gula perang / gula halus
2 cawan tepung naik sendiri - diayak
1 1/2 sudu kecil bicarbonate soda - diayak
4 sudu besar susu segar - ummi tambah 2 sudu susu n 1 sudu air lagi
1 sudu kecil esen pisang 
Cara-cara
  1. Tepung naik sendiri dan bicarbonate soda diayak bersama.
  2. Pisang lecek, gula halus ,gula perang, esen pisang , esen vanila dan susu dikacau rata , sebati.
  3. Masukkan bahan2 ayak tadi dan kacau hingga sebati.
  4. Tuang adunan dalam acuan kecil atau loyang yang digris dan dipanaskan dahulu dan kukus hingga masak.ummi letak dalam acuan lompang dan kukus selama 15 minit. Kalau guna loyang, kukus selama 1/2 jam.
  5. Hidangkan dengan kelapa parut putih yang dikukus jika suka( ummi tak letak,sebab malas nak keluar beli kelapa)

Wednesday 21 December 2011

sambal udang




Bahan-bahan
  • 8-9 batang cili kering (nak sambal lebih banyak dan lebih pedas, boleh lebihkan)
  • 4-5 ulas bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • Udang Segar (saiz mengikut keperluan)
  • Air asam-1/2 cawan
  • Minyak untuk menumis, gula, garam.
  • 1 Labu Bawang Besar-Dihiris 


Cara-cara
  1.  Blend bawang putih, bawang merah dan cili kering (cili kering yg telah direndam didlm air)..kisar shingga hancur bersama-sama dengan air..
  2. Panaskan minyak..bile sudah panas masukkan bahan yg telah dikisar..
  3. Tumis sehingga garing atau pecah minyak,masukkan gula dan  udang 
  4.  Masukkan air asam..biarkan mengelegak dan masukkan bawang besar yang telah dihiris..tunggu hingga sambal naik minyak dan pekat,perasakan dgn garam.
  5. sedia untuk dihidangkan 

ayam masak oyster sos




ayam masak oyster sos








Ini adalah menu harian umi. Jarang ummi nak masukkan resepi harian dlm blog coz bila dah lepas masak tak terfikir nak ambik gambar,ummi pulak lepas masak terus je nak hidang untuk makan,lagipun mr hubby memang suka makan makanan panas2. Kali ni tiba teringat nak ambik gambar so bolehlah menambah resepi dlm blog ni.
 Ayam masak oyster sos ni antara menu favorite En hubby n anak2 tp untuk anak2 ummi asingkan dulu sebelum masukkan cili.

Bahan-bahan:
300g ayam
3 biji bawang putih ~ diketuk dan dicincang halus
1 biji bawang besar ~ belah 2 dan dihiris
1/2 inci halia ~ dihiris nipis
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu kecil serbuk lada putih /nak pedas boleh ganti
dengan lada hitam ditumbuk kasar
1 sudu besar tepung jagung ~ dibancuh dgn air utk memekatkan kuah
3 biji cili merah di hiris kasar
1 tangkai daun bawang
Air
Garam sekiranya perlu
Minyak.

Cara penyediaan:
1. ayam dibasuh bersih dan barulah dipotong di gaul dgn sedikit lada sulah .
2. Panaskan minyak dan goreng daging dgn menggunakan api besar selama 3 ke 5 minit. Angkat daging.
3. Dengan menggunakan minyak yg sama dlm anggaran 2/3 sudu, tumiskan bawang putih dan halia sehingga sedikit garing.
4. Masukkan ayam, sos tiram, serbuk lada putih dan kicap. gaul rata.
5. Masukkan air sebanyak mana kuah yg dikehendaki dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung kacau seketika masukkan bawang besar dan cili  dan bolehlah diangkat.
6. Taburkan daun bawang sebelum dihidang.

menu ni ummi hidangkan bersama sambal tumis udang dan sayur bayam





Tuesday 13 December 2011

pulut kuning


Pulut kuning ni ummi buat bulan lepas untuk anak sedara ummi yg sambut birthday n sekali wat berkhatan,tak sempat nak deco sangat coz hari tu ada jemputan khawin.balik dari kenduri kelam kabut nak deco tengok apa yg ada kat rumah je.



Bahan2
  • 1 kg beras pulut [ dibasuhkan]
  • 3 keping asam keping
  • 3 s/b kunyit serbuk
  • air secukupnya untuk merendam pulut.
  • 1 biji kelapa (dptkan 2 cawan santan pekat or 2 kotak santan )
  • 1 sudu kecil gula
  • garam secukupnya
Cara-cara 
1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama beberapa jam/semalaman untuk mendapatkana warna kuning.
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dididihkan airnya.
5. Kukuskan sehingga naik wap sekitar 30 minit.
6. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
7. Tuangkan santan yg telah digaulkan dengan garam dan gula.
8. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
9. Kukuskan semula sehingga naik wap lagi 20 minit.
11. Bila telah naik wap, tutup api dapur sejukkan n  tekan pulut dalam acuan yg 
     diinginkan.
12. Ummi masukkan serunding kat tengah2 pulut,boleh dihias berdasarkan kretiviti masing2.
13. Hidangkan pulut dengan rendang atau kari ayam or daging.

Monday 12 December 2011

Lepat Pisang


Alhamdullilah,tak putus2 pisang mak kat kampung, kali ni pisang yg dikirimkan mak melalui adik dah, ummi buat lepat pisang, selalu sangat buat goreng2 jadi kali ni buat kukus pulak,kita ni bila masak  kena juga fikir pasal  kesihatan, kurangkan manis dan berminyak.

lepat pisang

Bahan-bahan ( 3 org )

 Sediakan daun pisang yg telah dilayur

  •  daun pisang dipotong segiempat sama
  • 2 cawan yg telah dilenyek
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar gula
  • secubit garam

Cara-cara

  1. pisang yg sudah dilenyek,dicampur dgn tpg gandum,susu tepung,gula dan garam. 
  2. kalau adunan lembut,tambah tpg gandum skit.
  3. adunan tadi diambil satu sudu besar dan letak atas daun pisang.
  4. daun dilipat menindih dan lipat kedua2 hujung untuk membungkus.
  5. Kukus sekitar 15- 20 minit, sedia di hidang.



Wednesday 7 December 2011

Menu Aidil Adha 2011 kat Tementi

Lama dah ummi nak masuk N3 ni tp ada problem sikit dengan  h/set,ummi maklumlah kamera dah rosak harapkan h/set yg tak berapa nak canggih ni jelah.Menu hari raya haji di sediakan ramai2.tp penglibatan ummi sikit je coz sampai kat tementi dah malam,mostly semua dah nak siap,ummi just tolong memeriahkan suasana je.Cuma satu je menu yang sempat ummi buat di pagi raya puding laici.


sate

ketupat pulut

puding laici
Banyak lagi menu hari tu yg specialnya nasi dagang n rendang tapi ummi lupa pulak nak snap coz sebok sangat dgn acara makan2,Second day tu masak behoon sup, Resepinya ummi akan masukkan dlm blog family http://usrahtisakinah.blogspot.com/ bila ummi ada kelapangan.

Balik dari tementi,macam biasalah jenuh ummi mngangkut hasil2 bumi dari kampung,












Abang hamdan tengah tekun mencabut ubi kayu

Ubi kayu yang telah di buang kulit


kerepek ubi


bingka ubi
Hasil dari ubi kayu yang di bawa balik dari kampung
Ini pula hasil dari pisang yang di bawa dari kampung
jemput pisang
lepat pisang

Terima kasih kepada bonda tercinta yang sentiasa ada buah tangan untuk anak2nya yang balik ke kampung.
 Rasa rindu sangat kat mak




Monday 5 December 2011

laksa lemak ( kuah putih )

Laksa penang memang adalah antara menu ummi kalau makan kat luar,amni n auni selalu tanya ummi boleh tak buatkan laksa yg tak pedas,Ummi sendiri masa kecik2 dulu mak selalu masakkan laksa lemak putih,so hari ni ummi masakkan laksa utk si kembar kesayangan ummi. alhamdullilah memang dia orang suka sangat.




















Laksa di rebus

Bahan Kuah
600 g ikan kembung, rebus, ambil isi & tumbuk
2 liter santan (dan 2 biji kelapa)asingkan santan pekat dgn cair
or satu kotak santan ( 1 liter) + 1 liter air
6 ulas bawang merah, ditumbuk
1 cm halia, ditumbuk
1 atau 2 sudu lada hitam, di tumbuk
1 keping asam gelugur
Garam secukupnya

Bahan Sampingan

1 biji timun, dihiris halus
10 batang kacang panjang, dihiris kecil
40 g daun selasih, dimayang
30 g daun kesum, dimayang
200 g taugeh, dibuang ekor
limau nipi/ limau kasturi

Sambal belacan

3 cm kiub belacan, dibakar
15-20 tangkai ciii kering, direndam( dikisar halus bersama belacan )

kalau nak sambal belacan yg pedas


segenggam cili api
3 cili merah- buang biji
1/2 labu bawang besar
3 sudu besar air asam limau kasturi
2" belacan di bakar
garam gula secukupnye

kisarkan semua bahan 

Cara-Cara

1.Satukan semua bahan yg ditumbuk  kecuali ikan n santan  campurkan bersama air.dan masakkan hingga
    mengelegak.
2. satukan santan pekat bersama dengan isi ikan.masukkan kedalam air yg telah mengelegak.perasakan dgn
    garam dan gula.masak lagi jgn lama sgt biar mengelagak sekejap terus tutup api dan pastikan kuah sentiasa
    di kacau.
3.Hidangkan laksa dengan kuah dan bahan sampingan dan sambal belacan