Followers

Tuesday 28 June 2011

lemon chicken

lasagna
lemon chicken

 Hari-hari menu asyik nasi je,timbul gak rasa jemu, so hari ni ummi cuba ubah selera sikit masak lemon chicken ngan lasagna, macam biasalah ummi masak tak ikut resepi sangat coz bahan2 yg ada kat dapur terhad, inilah resepi yg amat simple n senang nak masak
Lemon Chicken

½  ekor ayam
2 biji lemon( sebijik di parut kulit kulit dan diambil jusnya)
1 tbsp olive oil
1 biji bawang putih ( ditumbuk halus )
1 tsp rosemary kering
1 tsp oregano kering
Bahan B
2 biji kentang
1 biji carrot
1 labu bawang besar
Garam

1.       Basahkan ayam dgn air sejuk( dari peti)
2.       Lapkan ayam dgn paper  tower.
3.       Campurkan olive oil,parutan kulit lemon,jus lamon,oregano.rosemary,bawang putih dan garam  di kacau
      hingga sebati dan di sapu kan pd ayam.perapkan ayam selama 15-30 minit.
4.       Bakar ayam bersama bahan B selama 1 jam 20 minit,susun hirisan lemon dahulu di dalam loyang dan
       ayam diletak di atas lemon
5.       30 minit pertama Loyang perlu di tutup dgn alluminium foil,
6.       Selepas 30 pertama keluarkan sedikit air/jus ayam untuk dijadikan sos,
7.       Bakar lagi selama 1 jam ,ayam perlu di balikkan sampil di sapu dgn lemon sos.

Sos lemon.

1 sudu butter
1 sudu teh  tepung jagung( di bancuh dgn sedikit air )
Jus ayam
Bahan perasa
4 sudu susu
Sedikit batang salary
Sebiji bawang merah di potong besar2
Lada sulah
½ cawan air


1.       Panaskan butter dan masukkan bawang dan batang salary
2.       Masukkan jus ayam ,susu ,air dan bahan perasa serta lada sulah.
3.       Apabila sudah mengelegak masukkan bancuhan air tepung jagung.
4.       Sebelum di hidang keluarkan batang salary dan bawang.




Untuk resepi lasagna tunggu next entry coz ummi kena ajar anak2 pulak

Friday 24 June 2011

Donat

petang2 weekend kalau tak ada program kemana2, ummi suka mencari resepi yg buat sekali pastu leh frozenkan,senang bila nak makan just goerengkan aje,donat adalah salah satu kuih yg si kembar kesayangan ummi suka so bila ada kelapangan ummi rajin2kanlah diri menguli donat ni sambil ditemani si kembar yg tak henti2 bercerita n bertanyakan  itu ini.


donat



 
Bahan-bahan
500g tepung gandum
5.5g( ½ bungkus) yis segera
½ cawan susu segar
1 biji telur
½ cawan Margarine+ shortening
3 sudu gula halus
1 sudu garam
½ sudu serbuk penaik
Air( mengikut keperluan )

Cara-cara
1.       Campurkan semua bahan kecuali air.
2.      Masukkan air sedikit demi sedikit mengikut keperluan
3.      Uli hingga menjadi doh
4.     Biarkan doh tadi selama 30 minit
5.      Canaikan adunan buat bentuk donat,lebih senang sekiranya mengunakan acuan donat
6.      Biarkan adunan yg telah di bentuk donat selama 30 minit
7.     Goreng dalam api yg amat perlahan,donat akan naik cantik dan tidak merekah
8.      Hidangkan donat yg telah siap di goreng dengan taburan gula ising

Monday 20 June 2011

Karipap daging





Kulit karipap

4 cawan tepung gandum
1/2 cawan minyak + buter/magerine ( dimasak hingga cair)
secubit garam
air yang di campur dgn ais


campurkan semunya dan di uli hingga menjadi doh

untuk inti

bahan A
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu cili giling
4 sudu rempah kari
2 sudu udang kering
sedikit ikan bilis

bahan B
200g daging kisar
5 biji kentang ( dipotong dadu )
1 tangkai daun kari
air asam jawa
garam
gula
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara
1. Bahan A di tumbuk/kisar  halus
2. kemudian tumis bahan A hingga pecah minyak
3.Masukkan daun kari,dan daging cincang dan air asam jawa
4.masukkan kentang dan ditambahkan air dan bahan perasa,,tutup kuali masak hingga kering dan sesuai dijadikan inti.
5.Tunggu sehingga inti benar2 sejukbaru boleh digunakan



chocolate cake

birthday cake untuk ABI

b
Birthday cake untuk mak untuk bonda tercinta



order dari Puan Hanim untuk suaminya

Wednesday 8 June 2011

agar-agar lumut



agar-agar lumut





Bahan-bahan
  • 15 g agar-agar tali / serbuk
  • 200g gula (kurangkan kalau x suka manis)
  • 1400ml air
  • 200ml santan pekat
  • 2 biji telur( gred c )
  • Sehelai daun pandan / perisa pandan
  • Secubit garam
  • Pewarna hijau
Cara Membuat
  1. Agar-agar tali di rendam sekejap.  masak dengan air sehingga hancur.
  2. Masukkan gula. Bila semuanya hancur tapiskan.
  3. Kecilkan api. Masukkan daun pandan, pewarna hijau dan perisa pandan.
  4. Kacau telur dengan santan.
  5. Masukkan ke dalam bancuhan agar-agar tadi.
  6. Kacau sehingga mendidih.
  7. Tuang ke dalam acuan.

Sunday 5 June 2011

fondant cake

fondant cake

Add caption
 



First time buat fondant cake untuk wedding abg hamdan,alhamdullilah percubaan pertama bolehlah,walaupun tak secantik org lain,insyaalah di masa akan dtg boleh di perbaiki,thanks to k nini atas segala tip yg sudi di kongsi.

Agak teruk jugak nak menguli fondant ni,sebelum ni pernah buat,tapi sikit je just untuk cupcake,bila buat untuk kek ni baru terasa lenguhnya tangan