Followers

Showing posts with label kuih muih. Show all posts
Showing posts with label kuih muih. Show all posts

Wednesday, 6 June 2012

Roll Sardin Bakar




Resepi ni antara yg ummi paling suka,masa kecik2 dulu selalu jugak makan. tapi sekarang ni susah nak cari. Sekarang ni kalau roll sardin orang guna roti sebagai kulitnya.


Pastri 

150 gm tepung gandum
75 gm butter
secubit garam
4-5 sb air ais 


Adunkan dahulu tepung,garam dan butter hingga mcm serbuk roti kemudian 


lembutkan dengan air ais dan diuli hingga sebati dan lembut.
Canai pastri.potong dgn pisau cutter kepada segi empat bujur 2in x 2.5 inci.


 Isikan inti kemudian basahkan tepinya dengan air lalu digulung kemas.


Susun di atas dulang pembakar bergris,sapukan egg wash ( telur yg dicampur dgn susu ) dan bakar hingga kekuningan. 


Inti


3 ekor sardin sedang dilecek
1 biji cili merah didadu
1biji bawang besar didadu
1/2 sudu teh jus limau
sedikit serbuk lada hitam
secukupnya garam 







Sardin dilenyek hancur,campurkan dengan semua bahan yang lain.

Wednesday, 1 February 2012

cekodok/jemput pisang


Cekodok pisang/jemput pisang
pisang dari kampung










Setiap kali balik ke Pahang,sure byk tanaman mak tercinta yg ummi angkut ke Shah Alam.yg wajibnya ummi mesti bawak balik pisang.Selesai kenduri hari tu ummi kepenatan sangat,waktu org tgh pack buah2an ummi buat tak tahu je coz penat sangat, otak dah tak leh fikir,rasa macam tak nak apa2.alhamdullilah nasib ada k lin kakak ipar ummi yg perihatin dia yg tolong packkan pisang n rambutan.bila dah sampai rumah rasa alhamdullilah sangat ada pisang ni,bolehlah ummi buat makan anak2 ummi,siap sedekah sikit jemput2/cekodok pisang ni kat jiran sebelah,panjangkan pahala untuk bonda tercinta.


BAHAN-BAHANNYA 

15 biji pisang masak ranum
1 camca teh soda bicarbonat
3  camca besar gula halus
2 cawan tepung gandum
1/2 camca teh garam halus


CARA MEMBUATNYA
  1. pisang di buang kulit dan lecekan hinga benar2 hancur.
  2. Masukkan gula, garam dan soda bikarbonate hingga sebati. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati.
  3. Panaskan minyak pada dgn api yg sederhana. jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas,
  4. Goreng hingga kuning keemasan . Angkat dan toskan.

Thursday, 22 December 2011

apam pisang simple


Apam ni ummi buat dgn pisang kiriman mak dari kampung, senang n cepat, Amni auni pun suka.Apam ni tak lah mengelembu sangat,tp still lembut,kalau makan dengan kelapa lagi sedap,lemak2 gitu.







APAM PISANG ( TANPA TELUR DAN MINYAK )

Bahan :

1 cawan pisang lecek
1 cawan gula perang / gula halus
2 cawan tepung naik sendiri - diayak
1 1/2 sudu kecil bicarbonate soda - diayak
4 sudu besar susu segar - ummi tambah 2 sudu susu n 1 sudu air lagi
1 sudu kecil esen pisang 
Cara-cara
  1. Tepung naik sendiri dan bicarbonate soda diayak bersama.
  2. Pisang lecek, gula halus ,gula perang, esen pisang , esen vanila dan susu dikacau rata , sebati.
  3. Masukkan bahan2 ayak tadi dan kacau hingga sebati.
  4. Tuang adunan dalam acuan kecil atau loyang yang digris dan dipanaskan dahulu dan kukus hingga masak.ummi letak dalam acuan lompang dan kukus selama 15 minit. Kalau guna loyang, kukus selama 1/2 jam.
  5. Hidangkan dengan kelapa parut putih yang dikukus jika suka( ummi tak letak,sebab malas nak keluar beli kelapa)

Monday, 12 December 2011

Lepat Pisang


Alhamdullilah,tak putus2 pisang mak kat kampung, kali ni pisang yg dikirimkan mak melalui adik dah, ummi buat lepat pisang, selalu sangat buat goreng2 jadi kali ni buat kukus pulak,kita ni bila masak  kena juga fikir pasal  kesihatan, kurangkan manis dan berminyak.

lepat pisang

Bahan-bahan ( 3 org )

 Sediakan daun pisang yg telah dilayur

  •  daun pisang dipotong segiempat sama
  • 2 cawan yg telah dilenyek
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar gula
  • secubit garam

Cara-cara

  1. pisang yg sudah dilenyek,dicampur dgn tpg gandum,susu tepung,gula dan garam. 
  2. kalau adunan lembut,tambah tpg gandum skit.
  3. adunan tadi diambil satu sudu besar dan letak atas daun pisang.
  4. daun dilipat menindih dan lipat kedua2 hujung untuk membungkus.
  5. Kukus sekitar 15- 20 minit, sedia di hidang.



Saturday, 22 October 2011

Kuih Cek Mek Molek











Hari ni ummi buat kuih ni sambil tunggu amni n auni makan.Nak habiskan mee semangkuk punnyalah lama,tu tandanya nak suruh ummi suapkan,.tapi ummi buat tak tahu je,saje je nak ajar dia orang makan sendiri coz tahun depan dah nak masuk sekolah n perlu lebih berdikari,sambil dia orang makan tu ummi sempat rebus n siap kuih ni,dah nak siap goreng baru habis makan.kuih ni memang terkenal kat belah pantai timur n kalau makan panas2 kena hati2 sikit dgn air gula tu,takut melecur lak

Bahan-bahan

2 cawan ubi keledek yg telah direbus dgn sedikit garam n lenyek
1 cawan tepung gandum
gula pasir
minyak utk mengoreng

Cara-cara:
  1. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, adun hingga boleh dibentuk.
  2. Bentukkan adunan bulat2 , leperkan masukkan gula kat tengah.
  3. Pastukan bentukkan seperti kuih cekmek molek.
  4. Goreng dgn api sederhana hingga kuning keemasan.
  5. Berhati2 kalau makan cekmek time panas2 sbb gula cair masih panas kat dalam..nnt melecur lak





Wednesday, 19 October 2011

banana crepe

 Banana crepe ni antara menu breakfast utk family ummi,simple n sedap. Amni auni boleh makan dlm 3 layer sorang, rasa dia lebih kurang lempeng tapi agak creamy sikit.utk kali ni ummi serve dengan kaya n butter je.Buah pisang tu leh gak ganti dengan strawberry or buah yg ada kat rumah.

Bahan-bahan( crepe batter)

3/4 cawan tepung gandum
3 sudu butter
1 1/2 cawan susu
2 biji telur
2 sudu gula halus
pisang

1. satukan semua bahan di dalam mangkuk hingga sebati,biarkan batter dlm 1/2 jam.
     ( batter ni kalau simpan dlm peti sejuk satu malam lagi cantik hasil dia)
2. Sudukan adunan dlm non stick frying pan yg telah disapukan sedikit butter.
    ( macam masak kuih ketayap)


3. tunggu dalm satu minit masukkan hirisan pisang,tunggu lagi dalam satu minit atau hingga masak dan angkat
4. lipatkan crepe tadi dlm bentuk tiga segi dan boleh dihidangkan denga ice cream.jem or fresh cream.






Monday, 17 October 2011

karipap







Untuk kesekian kalinya ummi buat karipap,kulit karipap ni ummi guna resepi baru yg ummi belajar dari aunty hubby,sedap ranggup thank aunty Nor,inti karipap kali ni ummi guna sardin je ,buat cam inti sandwich.

Bahan-bahan( pastry )
500g tepung gandum
100g butter/ majerin
Sedikit garam
Air secukupnya

karipap yg belum di goreng
Cara-cara
1.Gaulkan tepung dan majerin sehingga sebati.
2.air dibancuh dengan sedikit garam dan dimasukkan sedikit demi sedikit dalam adunan tepung
3.apabila doh sudah sebati,biarkan sekejap dalam 1/2 jam dan boleh digunakan





Inti Sardin

2 tin sardin
1 biji bawang besar*
2 Biji Lada Merah*
Daun Sup*
Daun Bawang*
Sedikit air jus limau nipis/kasturi
sedikit lada sulah/ lada hitam( di tumbuk halus)

*di hiris halus

1. Ambik hanya isi ikan sardin dan dihancurkan.
2. masukkan semua bahan lain,digaul sebati dan boleh digunakan.


Tuesday, 20 September 2011

Pengat durian

salam,kali ni ummi nak masukkan resipi pengat durian version bonda ummi,dia tak pekat sangat n ditambah dgn gula melaka/gula merah dan dimakan dengan pulut or roti, resepi ni ummi buat dah lama sebelum puasa,durian yg mak kirimkan dari kampung,mula2 risau gak nak buat ni takut tak ada orang nak makan,tp alhamdullilah anak2 ummi rupanya suka makanan kampung camni,so lepas tu ummi selalulah buat pengat untuk amni n auni.

pengat durian

bahan-bahan
( pengat durian)

2 mangkuk durian (1 mangkut diambik isi sahaja)
1 cawan santan pekat
2 keping gula melaka

2 cawan air
1/2  cawan  gula pasir (mengikut rasa)
2 helai daun pandan
Sedikit garam


cara-cara

Masukkan isi durian ke dalam periuk bersama gula melaka dan gula pasir dan air Kemudian, jerangkan ke atas api dan kacau perlahan-lahan hingga agak empuk isi durian. masukkan santan bersama daun pandan. Masukkan juga sedikit garam secukup rasa. Kacau perlahan-lahan hingga mendidih, kemudian sesuaikan rasanya. Setelah cukup masak bolehlah dihidangkan bersama pulut kukus or pulut tanak.

Tuesday, 13 September 2011

apam gula hangus

 

 


Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • ¾  cawan air
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.
  • 1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara

  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
  2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
  5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
  6. Kalau guna acuan kecik2 kukus dalam 15 minit
  7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

Tuesday, 23 August 2011

apam polka dot





 Apam ni ummi buat sebelum 2 hari sebelum puasa,apam ni untuk orang mengaji kat rumah mak mertua,Apam ni dengan blueberry n strawberry filling


BELEBAT PISANG

Salam ramadhan kepada semua yang masih sudi menjengah blog ummi,maaf lama sangat tak masukkakan resepi baru,ummi sebok sangat dgn tempahan kerepek n akhir-akhir ramadhan ni kesihatan ummi tak berapa mengizinkan,hari ni ummi nak masukkan resepi belebat pisang,biasanya orang buat belebat ubi keledek tapi hari ni ummi buat belebat pisang,pisang ni mak ummi kirimkan dari pahang,memang sedang2 untuk wat goreng pisang,tapi memangdangkan amni batuk so ummi cuba fikirkan resepi yg tak yah guna minyak,amni n auni ni memang suka makan pisang,nak wat lepat pisang tak sesuai,pisang ni tak masak sgt lagi,so teringat kat mak dulu2 selalu wat belebat ubi,jadi ummi call mak tanya resepinya.


Maaf ummi terlupa nak ambik gambar isi dlm dia,sebenarnya dia macam kuih tepung bungkus or kuih anak dara dua sebilik tapi intinya letak pisang


Bahan2nya:
3/4 cawan tepung beras 4 biji pisang di potong dadu
2 - 3 bijik pisang yg masak di lecek *jika ada*
1/2 cawan pati santan
 2 cawan air masak
1/2 cawan gula
sedikit garam
daun pisang untuk bungkus belebat

Cara nak buat:

  1. Campurkan kesemua bahan selain dari pisang yg di potong dadu, lalu dimasak dengan menggunakan api yang kecil. Mesti di kacau2 agar tidak berketul dan hangit. Masaklah hingga agak pekat gitu... 
  2. Bila dah tutup api baru dimasukkan ubi serta pisang yang dillecek
  3. Kacau biar rata.
  4. Sudukan ke dalam daun pisang yang dipotong sama besar.  Bungkus lah macam kita bungkuslepat pisang.
  5. Susun dalam loyang pengukus dan kukuslah lebihkurang dalam 10 minit.
  6. tunggu sejuk baru di hidang,


Monday, 4 July 2011

apam polka dot


Apam Polkadot

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur-dari peti sejuk(gred A or B)
270 gm tepung gandum
200 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@kaya or apa2 yg berkenan
pewarna

Cara-cara

1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.

Friday, 24 June 2011

Donat

petang2 weekend kalau tak ada program kemana2, ummi suka mencari resepi yg buat sekali pastu leh frozenkan,senang bila nak makan just goerengkan aje,donat adalah salah satu kuih yg si kembar kesayangan ummi suka so bila ada kelapangan ummi rajin2kanlah diri menguli donat ni sambil ditemani si kembar yg tak henti2 bercerita n bertanyakan  itu ini.


donat



 
Bahan-bahan
500g tepung gandum
5.5g( ½ bungkus) yis segera
½ cawan susu segar
1 biji telur
½ cawan Margarine+ shortening
3 sudu gula halus
1 sudu garam
½ sudu serbuk penaik
Air( mengikut keperluan )

Cara-cara
1.       Campurkan semua bahan kecuali air.
2.      Masukkan air sedikit demi sedikit mengikut keperluan
3.      Uli hingga menjadi doh
4.     Biarkan doh tadi selama 30 minit
5.      Canaikan adunan buat bentuk donat,lebih senang sekiranya mengunakan acuan donat
6.      Biarkan adunan yg telah di bentuk donat selama 30 minit
7.     Goreng dalam api yg amat perlahan,donat akan naik cantik dan tidak merekah
8.      Hidangkan donat yg telah siap di goreng dengan taburan gula ising

Monday, 20 June 2011

Karipap daging





Kulit karipap

4 cawan tepung gandum
1/2 cawan minyak + buter/magerine ( dimasak hingga cair)
secubit garam
air yang di campur dgn ais


campurkan semunya dan di uli hingga menjadi doh

untuk inti

bahan A
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu cili giling
4 sudu rempah kari
2 sudu udang kering
sedikit ikan bilis

bahan B
200g daging kisar
5 biji kentang ( dipotong dadu )
1 tangkai daun kari
air asam jawa
garam
gula
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara
1. Bahan A di tumbuk/kisar  halus
2. kemudian tumis bahan A hingga pecah minyak
3.Masukkan daun kari,dan daging cincang dan air asam jawa
4.masukkan kentang dan ditambahkan air dan bahan perasa,,tutup kuali masak hingga kering dan sesuai dijadikan inti.
5.Tunggu sehingga inti benar2 sejukbaru boleh digunakan