Followers

Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Thursday, 21 February 2013

Rosemary Buttercake


Sebenarnya rosemarry buttercake ni agak lama ummi buat.ummi baru perasan ianya tersimpan dlm draft.kek ni ummi olah dari resepi butter kek,kebetulan ada fresh rosemary.itu yg ummi letakkan.hasilnya memang best,wangi dengan bau rosemarry.kek ni ummi buat just untuk makan2 . memang sedap makan kek ni bila masih panas2 lagi.
 

bahan.-bahan


250 gram butter

180 gram gula (gula castor) 
 1 sudu teh esen vanila
5 biji telur gred A

 220 gram tepung gandum
2 sudu teh baking powder

* Ayak tepung n baking powder bersama
2 sudu besar susu segar
Fresh rosemary secukupnya

Cara-caranya:


Pukul butter dan gula hingga kembang.
masukkan telur satu persatu diselang selikan dengan tepung hingga habis.pukul hingga sebati,masukkan esen vanilla dan susu segar.
Putar selama 4 hingga ke 5 minit. Putar sehingga adunan lembut dan tidak berbintil-bintil.
masukkan fresh rosmary,kacau hingga sekata.
Tuang adunan dalam acuan  bakar 160'C selama 50-60 minit,atau hingga masak.

Tuesday, 18 December 2012

Butter cake dan icing buttercream


buttercream cake hantaran

 Alhamdullilah,2 orang adik ummi telah selamat di ijabqabulkan.Moga dapatmelayari rumah tangga di atas jalan yg di redhainya.

kek ni ummi buatkan sebagai hantaran untuk rombongan ke melaka.dalamnya butter cake n luarnya ummi buat buttercream.

kat sini ummi sediakan resepinya.

 BUTTER CAKE

bahan.-bahan


250 gram butter

180 gram gula (gula castor) 1 sudu teh esen vanila
5 biji telur gred A

 220 gram tepung gandum
2 sudu teh baking powder

* Ayak tepung n baking powder bersama

Cara-caranya:




Pukul butter dan gula hingga kembang.
masukkan telur satu persatu diselang selikan dengan tepung hingga habis.pukul hingga sebati,masukkan esen vanilla.
Putar selama 4 hingga ke 5 minit. Putar sehingga adunan lembut dan tidak berbintil-bintil.
Tuang adunan dalam acuan  bakar 160'C selama 50-60 minit,atau hingga masak.sejukkan baru di hias dengan buttercream.

butter cake


BUTTERCREAM ICING

300gm  krimwell
150gm icing sugar
30gm butter
2 tsp vanilla esen / lemon oil 

satukan krimwell n butter pukul hingga kembang,
masukkan gula  n esen vanilla pukul lagi hingga kembang dan boleh di gunakan.
 * krim ni lebih elok di buat awal sehari baru digunakan.

kek hantaran






Tuesday, 3 April 2012

cake

marble susu
rainbow marble cake



kek ubi kayu

banana chocolate cake yg tak sempat bertoping
chocolate sponge cake with buttercream
marble chesse cake

marble cake

Saturday, 18 February 2012

tiramisu cake






Selepas habis birhday party  untuk putri2 ummi. 10 feb jatuh birthday tok bah( father in law) untuk yg ke 72 tahun. Alhamdullilah dalam usia ni tok bah still dikurniakan kesihatan yang baik.  tahun ni mak tok buat makan2 sikit jemput kawan2 tok bah (orang surau). ummi just tolong buatkan kek je.Kali ni ummi buat tiramisu kek. ummi buat just guna cream chesse n whipping cream.hari tu pegi bakery shop Mascarpone chesse dah habis.

 resepi tiramisu kek yg simple

Bahan-bahan

  • 1 biji sponge kek /ummi guna chocolate span cake
  • 300ml whipping cream
  • 250ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula ising /boleh kurangkan kalau tak suka manis
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan/ummi ganti dengan strawberry filling

Cara-cara


  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 3 bahagian
  5. Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek
  6. Ratakan  creamcheese tadi atas kek
  7. Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese .
  8. kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  9. Hiaskan dengan serbuk koko/tapi ummi guna strawberry filling.

Tuesday, 10 January 2012

coklat moist kek untuk Amni n Auni




resepi  coklat ganache.

Kek coklat ni ummi buat untuk amni n auni. Nak bagi semangat sikit  dia orang gi sekolah. Cerita tentang first day dia org gi sekolah ada kat sini .resepinya sama ngan yg dah ummi buat sebelum ni, boleh jengok kat sini,cuma ummi kurangkan gula 1 cawan, coz kek ni ummi salut ngan coklat ganache yg sure memang manis.
Ini first time ummi wat bunga rose dengan coklat ni,susah jugak untuk orang yg tangan kurang berseni cam ummi. hasilnya bolehlah untuk tatapan anak2 ummi nan dua orang ni.kat sini ummi nak share cara buat coklat ganache untuk salut kek n buat deco.

resepi  coklat ganache

 bahan-bahan

300 gm Cooking Chocolate
200 gm Whipping Cream
1 tsp butter 

cara-cara
  1. Satukan coklat & whipping cream dalam mangkuk tahan panas. 
  2. Cairkan dengan kaedah double boiler. Bila cair matikan api & masukkan butter. 
  3. Gaul rata. Biar suam baru tuangkan ke atas kek coklat yang telah disejukkan.
  4. Untuk buat bunga rose coklat tadi perlu di sejukkan pada suhu bilik 1 jam n dlm peti paling kurang 3 jam atau semalaman . Tutup bekas dengan cling wrap dan simpan dalam peti 
  5. Keluarkan dari peti sejuk dan putar guna mixer speed sederhana. Putar sampai ganache bertukar dari coklat gelap ke coklat cair,masukkan dlm piping beg dan boleh mula membuat bunga.
  6. Kalau ganache mula cair masa piping boleh disimpan dalam peti sejuk sebentar untuk mengeraskannya.
  7. Coklat yang lebih boleh  disimpan dalam freezer (bahagian sejuk beku). Boleh tahan lebih sebulan dalam freezer.

Thursday, 27 October 2011

light cheese cake with blueberry

Light Chesse Cake





Alhamdullilah badan dah rasa ok sikit,dari pagi tadi demam umi agak teruk.Bila k long datang ambik kek yg dia tempah pagi tadi ummi dah rasa cam tak leh nak berdiri,terus makan ponstan n baring kat sofa.tapi bila ada anak memang tak leh baring sangat,se kecik orang tu ummi kena tengok2kann juga,dalam sakit2 tu ummi gagahkan badan wat bubur nasi utk lunch ummi n anak2,dah tak larat nak fikir nak masak menu lain.Alhamdullilah nasib anak2 ummi memang suka makan bubur nasi ni.


Dua hari lepas umur ummi meningkat lagi.Alhamdullilah masih diberi kesempatan untuk menghirup udara muka bumi ini.sempena birthday ummi, ummi ada buatkan light chesse cake,sebenarnya ummi ni tak berapa suka sgt kek ni,tapi dah macam budaya pulak bila ada birthday mesti kena ada kek kan.So dalam dok fikir nak buat kek apa,teringat pulak dua hari lepas hubby ada sebut pasal chesse cake.Ummi ni memang tak berapa suka chesse cake yg biasa umi buat tu ,so ummi ziarah lah dari blog ke blog cari resepi chesse cake yg tak heavy sangat,so terjumpa kat blog Hasue,nampak macam best je,siap bagi tutorial lagi,Thanks atas resepi yg best ni.Bila buat memang ok untuk orang yang tak suka sangat chessecake yg heavy,memang light je rasa chesse dia.tapi ummi terpaksa menderhaka sikit coz cream cheese yg ada kat rumah tak cukup.





Light Cheese Cake

Bahan-bahan
• 110g cream cheese  + sekeping chesse slice( resepi asal guna 125g cream cheese)
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese + chesse slice sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan 
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan.
6. Ummi siap letakkan sikit strawberry filling atas kek.kebetulan ada lebih
7. Bakar pada suhu 160 darjah selama 50 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
 8.dah siap ummi papkan sikit fresh cream n bluberry filling.

Thanks hubby belikan fresh flower untuk ummi.Ummi memang suka dengan rose



Monday, 20 June 2011

chocolate cake

birthday cake untuk ABI

b
Birthday cake untuk mak untuk bonda tercinta



order dari Puan Hanim untuk suaminya

Sunday, 5 June 2011

fondant cake

fondant cake

Add caption
 



First time buat fondant cake untuk wedding abg hamdan,alhamdullilah percubaan pertama bolehlah,walaupun tak secantik org lain,insyaalah di masa akan dtg boleh di perbaiki,thanks to k nini atas segala tip yg sudi di kongsi.

Agak teruk jugak nak menguli fondant ni,sebelum ni pernah buat,tapi sikit je just untuk cupcake,bila buat untuk kek ni baru terasa lenguhnya tangan

Friday, 6 May 2011

victoria sandwich cake


http://recipes.epicurean.com/recipe
  • Serves 8
  • Butter - 175g (6 oz), softened
  • Caster sugar - 175g (6 oz)
  • Eggs - 3
  • Self raising flour - 175g (6 oz), sifted
  • Jam - 3 tbsp
  • Icing sugar - sifted, optional, or caster sugar
  • fresh cream

Directions:
Prepare two 18cm (7 inch) sandwich tins. Cream the butter and sugar together until very pale in colour, light in texture and fluffy. Beat in the eggs, one at a time, adding 1 tablespoon of the flour with each one.
Gently fold in the remaining flour with a metal spoon.
Transfer to prepared tins and smooth the tops with a knife. Bake at 180 0C  for 25-30 minutes or until well-risen, golden brown and firm. Leave in the tins for 2-3 minutes. Turn out on to a wire cooling rack. Leave until cold. When cold sandwich together with jam and fresh cream. Dust the cake with icing sugar.

Friday, 29 April 2011

Buttermilk Chocolate cake


Buttermilk Chocolate cake




Untuk birthday Aishah yg ke sembilan ummi berjaya siapkan Buttermilk Chocolate cake,Aisyah antara sepupu yg agak rapat ngan amni n auni. mula-mulanya cadang nak buat chocolate moist cake,tp sehari sebelum buat aishah mintak supaya maksunya buat buttermilk cake,so maksunya kenalah tunaikan permintaan birthday girl ni,lagi pun dia bukannya ada byk permintaan Cuma mintak taburkan chocholate rice je,cake nya bersaiz  11inche x 11 inche with chocolate ganache n buttercream.



The Perfect Present Buttermilk Chocolate Cake

Ingredients

2 Cups Flour

2 Cups Sugar

¾ Cup  Cocoa powder

2 Teaspoons Baking Soda

2 Eggs (I use large eggs)

1 Teaspoon Salt

1 Cup Buttermilk

1 Cup Mazola Vegetable Oil

1 ½ Teaspoons Vanilla Extract

Preparation


  • Preheat Oven to 300° F
    (This is not a typo! This is a slow bake chocolate cake recipe.)
  • Use Crisco Shortening to lightly grease and flour the
    9 x 13 in. Baking Dish.
    (It's a one layer chocolate cake!)
  • Place all the ingredients on the left into a mixing bowl.
  • Mix at medium or medium high speed until all ingredients are blended and smooth.
  • Pour into greased and floured baking dish
  • Bake for 1 hr. (Cupcakes 20 min.)
  • Test by sticking in the middle with a knife.
    If it comes out clean... it's done!
  • Allow to cool.





Tuesday, 19 April 2011

chocolate moist cake

Chocolate Moist Cake


Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 cawan gula halus
  • 4 biji telur gred A
  • 250 gm butter
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 cawan susu cair

Cara-cara

  1. Masukan serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan susu cair kacau rata dan ketepikan.
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder, masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,
  3. Masukan dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah.
  4. Sejukan kek dan baru  di hias

Monday, 11 April 2011

reunion cake

Sponge kek dengan buttercream with blueberry filling





Ahamdullilah berjaya juga siapkan kek ini walaupun dalam kaadaan kesihatan yang tak berapa baik,terima kasih k fida kerana percaya pada Sufi,

Ini first time buat kek yang agak besar 12 x 12 inche

Wednesday, 30 March 2011

kek Ubi Kayu

kek Ubi Kayu

sponge cake

sponge cake with buttercream





Bahan-bahan:-
4 biji Telur (Gred B)
20gm Serbuk Koko
100gm Tepung Gandum
120gm Gula Kaster
10gm Ovalette
20ml Air
20ml Minyak Jagung
Cara-cara:-
-pecahkan telur ke dalam mangkuk pembancuh
-sementara itu campurkan serbuk koko, tepung dan digaul rata. masukkan pula ke dalam mangkuk berisi telur tadi
-masukkan gula, ovalette dan air.
-Putar adunan sehingga kembang 10 hingga 15minit pada kelajuan tinggi.
-Perlahankan putaran dan masukkan minyak. Kacau rata.
-masukkan adunan di dalam acuan bulat bergaris pusat 18cm (7inci) dan bakar
lebih kurang 35minit sehingga masak pada suhu 170c.