Followers

Monday, 8 October 2012

day 6 ( Taupo - Hamilton - Auckland)




 Hari ke enam kami bercadang bertolak awal ke hamilton yg memakan masa sekitar 2 jam lebih.tapi sebelum bertolak kami bercadang nak menyusuri tasik taupo. bila sampai kat pekan taupo nampak pulak playground.Amni n auni dengan muka manis pujuk abi,nak main sekejap je.tapi bila singgah dah tak jadi sekejap dlm dok layan dia org main kira dlm 2 jam jugak lah kami kami kat pekan taupo tu walaupun kesejukan macam dlm peti ais .Sebelum bertolak ke Hamilton sempat jugak jln2 kat pekan dia yg comel ja.betul2 mengadap taman tu ada jual kebab halal tp sayang pagi tu tak bukak lagi 








 1/2 jam pertama semua pakai sweater je.tapi tiba2 je dtg angin sejuk .rasa cam nak pecah dada,cepat2 ambik sweater


kebab halal di taupo



Taupo lake


pemandangan sepanjang perjalanan ke Hamilton

Sampai di Hamilton agak lewat hampir pukul 3 ptg.so kami just pusing2 sekejap n cari kedai jual makanan halal.jumpa Firdaus butcher.sakanlah ummi beli fresh lamb n chicken.yang bestnya kedai2 yg jual barangan halal kat sini jual banyak produk dari malaysia.macam kicap cap kipas udang n roti canai segera. untuk lunch hari tu kami just beli roti arab,makan dlm kereta.nasib baik amni n auni memang suka makan roti,walaupun kosong tak de kuah.dapat barang dapur n belikan hadiah ice cream utk amni n auni. kami meneruskan perjalanan ke Auckland yg jaraknya sekitar 126km nak dekat 2 jam jugak dlm perjalanan



 Sampai di Auckland kita org pusing2 dulu bandar auckland.bila matahari dah nak hilang baru pergi cari motel yg dah kita org booking masa kat Taupo.Airport Kiwi Motel yg kita org pilih kali ni jauh sikit dari bandar tp dekat dgn airport.masa tengah dok cari motel ni kita org melalui kawasan perkuburan yg memanjang n berhadapannya byk motel dlm hati ummi masa tu dok fikir ada ke org yg nak menginap kat tempat macam ni.tp dah sampai kat hujung tanah perkuburan ni betul2 motel kita org.rupa2nya org yg macam kamilah yg ramai dok kat situ .Alhamdullilah motelnya bersih n ada dapur yg lengkap.hargapun sesuai dgn bajet kita orang .

walaupun agak kecil tp bersih


Menu untuk malam tu,memang yg di tunggu2 sepanjang perjalanan ni.sebelum ni selalu je dgr pasal freshnya daging,lamb n ayam kat sini.jadi bila jumpa yg halal semangat sangat ummi masak utk mlm tu.memang daging dia fresh sangat. 

lamb yg di perap dgn rempah kebab




Malam tu memang tidur dengan lena akibat kekenyangan n keletihan.
ayam goreng utk amni n auni


kari daging

Tuesday, 2 October 2012

nasi arab and chicken/lamb hanith


nasi arab and chicken hanith






Assalamualaikum lama ummi tak masukkan entry pasal masak2 ni,bukan bermakna ummi tak masak tapi malas sangat nak menaip.tapi kenangkan sayang kalau tak masukkan resepi2 yg dah di cuba dlm blog, sebab blog ni dah macam diary masakkan buat ummi.tempat ummi jadikan rujukan bila nak masak.lagipun semua resepi yg ummi masukkan memang  pernah di uji di dapur ummi.kali ni ummi nak masukkan resepi nasi arab.First time ummi masak nasi ni masa syawal lepas kat kampung.alhamdullilah rasanya menepati citarasa kami sekelurga.

Nasi Arab

2 cups basmathi- cuci, rendam ngan 1 tbsp garam selam 30 minit & toskan
1  pewarna kuning telur
 air rebusan ayam or daging .kalau tak de masuk je kiub ayam or daging
3 kuntum bunga cengkih*
6 biji buah pelaga*
2 btg kulit kayu manis*
1 tsp saffron*(bancuh dengan 2 sudu air panas)/gantikan dengan serbuk kunyit
1/3 tsp Arabic mixed spices/ummi guna rempah kabsah,tak letak pun ok
4 tbsp minyak masak
1/2 tsp rose water/ tak ada pun takpe


Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan bertanda, tumis sekejap hingga naik bau,masukkan arabic mixed spice n air saffron. Masukkan beras dan goreng hingga semua bersalut selama 1 minit dan masukan air secukupnya. Bila dah mendidih masukkan rose water dan gemburkan sedikit.apabila air dah kering masukkan pewarna kuning telur. tunggu hingga masak.

buat utk kali ke 2 masa family open house nasi arab +lamb hanith

Chicken Hanith/ lamb

1 tsp serbuk jintan putih- kalu letak 2 tbsp pon ok gak
1 tsp serbuk kunyit..
1 tsp serbuk jintan manis
2 tbs serbuk buah pelaga
1 tsp garam
1tsp Arabic mixed spices/ tak letak pun ok

satukan semua bahan di atas.

Letakka  ayam/lamb yang  ke atas aluminium foil (aluminium foil tu kena double  supaya tak koyak.)..lumurkan dengan ke semua bahan di atas, buat macam kita letak kunyit ngan garam kat ayam yg nak di goreng,dan balut aluminium foil rapat- rapat dan rebus dalam air selama35 minit.air letak jgn sampai tengelam ayam. atau boleh juga grill dalam oven. tp masa bungkus dalam aluminium foil tu kena masukkan sikit air  supaya tak kering sangat and grill dalam avon guna api yg paling kuat sekitar 30 minit. air yg terdapat dlm aluminium tu boleh di jadikan sup.

lamb yg tengah di rebus

Sambal nasi arab

2 biji cili hijau
2 biji tomato
1 batang daun ketumbar
2 sudu jus lamon/limau nipis
garam
gula
air masak

campurkan semuanya dan dikisar jangan terlalu halus.


# Nasi arab ni sesuai dihidangkan bersama ulam timun,cili hijau,bawang besar mentah n tomato

Thursday, 27 September 2012

Day 5 New Zealand( Turangi - Whakapapa ski field - Taupo )





Terima kasih pada yg sudi menjengah blog ummi,maaf ya lambat betul ummi nak habiskan cerita pasal trip new  zealand ni.hari ni ummi sambung cerita aktiviti hari ke lima family ummi di bumi  new zealand . Aktiviti yg amat di tunggu2 oleh puteri2 ummi. Hari ni bagun pagi dalam kesejukkan kita orang just makan meegi je untuk breakfast selepas bersiap n check out dari motel dan menerukan perjalanan ke ski field.Whakapapa Ski Area, Mount Ruapehu. pagi tu bila tanya dgn uncle yg jaga motel tu dia kata tak jauh perjalanan ke Whakapapa sekitar 15 minit.  So kita org dengan semangatnya meneruskan perjalanan tapi bila dah lebih 15 minit tak jumpa lagi hati mula cuak. ya lah minyak kereta tinggal separuh je.So mr hubby buat keputusan untuk masuk ke Tongariro National Park utk cari minyak jln2 punya jalan tak de pun petrol station terpaksalah kita org terukan perjalanan ke pekan turanggi.kira macam satu pusingan pulak. dah buang masa hampir sejam kisahkan pasal minyak kereta. nasib pemandangan sekitarnya cantik hilang rasa geram.


Pemandangan sepanjang perjalanan








amni auni tertidur,lama sangat perjalanan nak main snow
mula2 nampak snow kat tepi jalan tu ,kami dah mula exited





tak menyempat,singgah jap kat padang golf,dah tak sabar nak pegang snow

Bila mula2 nampak Snow anak2 dah exited nak main.kita org memang tak plan nak main ski ke apa.niat asalnya just pegang snow sekejap n nak teruskan perjalanan ke hamilton.tapi bila dah start main tak perasan masa berlalu hampir 4 jam.




orang lain sebok buat snow man anak2 ummi sebok  nak buat princess castle cara dia orang

bertungkus lumus nak siapkan istana utk princess
walaupun amat sejuk tapi matahari amat terik.dah last2 amni auni dah tak nak pakai jaket pakai sweater dah cukup
orang tgh main ski,turun dari mount ruapehu
kita orang parking kereta sebelah pelancong india.tgh2 main snow tiba2 bau beriani.apa lagi perut pun menjerit lapar,nasib baik umi ada bawak air panas n meegi so hari tu sekali lagi lunch dgn meegi











Sebenarnya plan asal  selepas main snow nak teruskan perjalanan ke hamilton yg memakan masa hampir 3 jam.Tapi memandangkan bila kita org masuk ke bandar Taupo hari dah nak masuk senja. Kami buat keputusan bermalam je di bandar Taupo.alhamdullilah bila surf internet cari Motel yg berpatutan dapatlah kita org motel kecil tapi berpatutan bersih,moden n ada facilities dapur yg lengkap,ini adalah syarat utama kami .cuma agak mahal sikit kira NZD160.bila convert duit kita dah sekitar rm400. melebihi bajet kita org satu mlm just RM300 je.apa2 alhamdullilah malam tu kami dapat rehat secukupnya.