Followers

Tuesday, 10 January 2012

coklat moist kek untuk Amni n Auni




resepi  coklat ganache.

Kek coklat ni ummi buat untuk amni n auni. Nak bagi semangat sikit  dia orang gi sekolah. Cerita tentang first day dia org gi sekolah ada kat sini .resepinya sama ngan yg dah ummi buat sebelum ni, boleh jengok kat sini,cuma ummi kurangkan gula 1 cawan, coz kek ni ummi salut ngan coklat ganache yg sure memang manis.
Ini first time ummi wat bunga rose dengan coklat ni,susah jugak untuk orang yg tangan kurang berseni cam ummi. hasilnya bolehlah untuk tatapan anak2 ummi nan dua orang ni.kat sini ummi nak share cara buat coklat ganache untuk salut kek n buat deco.

resepi  coklat ganache

 bahan-bahan

300 gm Cooking Chocolate
200 gm Whipping Cream
1 tsp butter 

cara-cara
  1. Satukan coklat & whipping cream dalam mangkuk tahan panas. 
  2. Cairkan dengan kaedah double boiler. Bila cair matikan api & masukkan butter. 
  3. Gaul rata. Biar suam baru tuangkan ke atas kek coklat yang telah disejukkan.
  4. Untuk buat bunga rose coklat tadi perlu di sejukkan pada suhu bilik 1 jam n dlm peti paling kurang 3 jam atau semalaman . Tutup bekas dengan cling wrap dan simpan dalam peti 
  5. Keluarkan dari peti sejuk dan putar guna mixer speed sederhana. Putar sampai ganache bertukar dari coklat gelap ke coklat cair,masukkan dlm piping beg dan boleh mula membuat bunga.
  6. Kalau ganache mula cair masa piping boleh disimpan dalam peti sejuk sebentar untuk mengeraskannya.
  7. Coklat yang lebih boleh  disimpan dalam freezer (bahagian sejuk beku). Boleh tahan lebih sebulan dalam freezer.

3 comments:

Shikinhamid Shikinhamid said...

Sedapnya..nk cikit

Sufi said...

memang sedap untuk yg hantu coklat cam anak2 saya

iman said...

hehe... ape la mlmh ni...