Followers

Saturday 10 March 2012

nasi kabsah



nasi kabsah

sos

lauk tambahan sup ayam

Semalam ummi dok kemas peti ais terjumpa dengan rempah kabsah yg adik ummi beli masa dia belajar kat mesir.kebetulan pulak saffron pembelia MIL yg di beli masa dia orang pegi turki still ada lagi.terus je dapat idea nak buat nasi kabsah,walaupun minyak sapi tak ada,ummi ganti je dgn butter,alhamdullilah mlm tadi dapatlah makan nasi kabsah tanpa perlu keluar pegi kedai nasi arab.seperti biasa ummi sure buat tambahan sup ayam,coz family ummi kalau makan nasi sure nak berkuah. resepi  ni ummi rujuk kat blog resepiraidah

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 mionit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsah 
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya.
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)


Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

Sos:

~ Kisarkan tomato, cili besar hijau, batang ketumbar, gula, garam dan perahan lemon kuning. 

2 comments:

Wan Nuraini Wan Adnan said...

Sedapnyer..tgk gambar pun dah terliur. Rajin Sufi memasak =)

Unknown said...

rajin tu takdalah wan,dah lama simpan rempah ni,baru sekarang nak buat