Followers

Wednesday 28 March 2012

kuew teow ladna









Agak lama ummi tak update blog ni,bukan apa kebetulan hubby  bercuti nak habiskan cuti tahunan seminggu. jadi bila mr hubby ada kat rumah kenalah ummi  masak agak proper sikit sikit utk lunch.biasanya kalau hubby keja ummi tak masakpun untuk ummi just masak untuk anak2,ummi makan je apa yg ada. walaupun hubby ni tak cerewet nak ummi masakkan tp ummi kesian kat dia walaupun bercuti tapi still kena wat keja office,kiranya cam keja jugak tp tak yah gi office je. dalam pada tu kita org selesaikan byk kerja yg tertunda n selesaikan urusan dgn bank.kesian kat anak2 walaupun hubby ada kat rumah tapi tak leh layan dia org sangat. itulah ahad lepas bila nak habis cuti hubby ajak jugak anak2 pergi bercuti.pagi ahad hubby cakap ummi siap kita keluar holiday n suruh ummi pilih lokasi.dah last minute ummi pun tak tahu nak gi mana,last2 hubby kata kita gi je PD dekat n kita dah tahu apa aktiviti yg nak buat kat sana. walaupun minggu lepas dah singgah kat PD,tp kali ni pegi lagi just nak mandi manda je.alhamdullilah sampai sana terus check in hotel sri malaysia petang tu terus je kami sekeluarga cari pantai,sepetanglah kami berendam kat pantai,esok paginya pulak berendam kat swimming poll,anak2 memang puas kali ni.bila balik rumah semua dah keletihan malamnya ummi masak kuew teow ladna je,sebab ini je bahan yg ada kat rumah,masak pun senang n cepat.

Bahan-bahan 

  • 250 gram kue teow
  • 4 sb minyak sayuran
  • 1 sb kicap pekat (dark soy sauce)
  • 100 gram isi ayam - di potong kecil2 
  • 1 sb serbuk pati ayam 
  • 2 sb tepung jagung
  • 11/2 kobis bunga
  • mushroom 
  • 1 biji carrot
  • 1 sb bawang putih - dicincang kasar
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 sb sos ikan
  • 1 sb sos tiram 
  • fish ball- potong 2 di goreng sekejap
  • gula, serbuk perasa & sedikit serbuk white pepper

  1. Gaulkan isi ayam dengan 1 sb tepung jagung, white paper dan serbuk pati ayam . Perap selama 10 minit.
  2. Di dalam mangkuk, gaulkan kue teow dengan 1 sb minyak & kicap pekat. Kemudian goreng dalam nonstick pan sehingga warna kekuningan. Angkat dan sejukkan.
  3. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga bewarna kekuningan. Masukkan pula ayam yg telah diperap tadi dan goreng sehingga masak. Masukkan 2 cawan air bersama 1 kiub ayam dan masak hingga mendidih.
  4. Masukkan carrot,kobis bunga,mushroom, sos ikan, sos tiram, gula & serbuk perasa. Kacau hingga rata. Masukkan pula tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit stok ayam.
  5. Bila sudah pekat, angkat dan tuangkan ke atas kue teow tadi. Taburkan sedikit serbuk white pepper. and cili potong.

No comments: