Followers

Tuesday 13 March 2012

Cara campurkan warna

 


Salam kali ni ummi nak share campuran warna untuk hasilkan warna2 yg di kehendaki.kadang2 bila kita nak warna2 tertentu tak jumpa kat kedai terpaksalah kita mencampuri warna tu sendiri.sumber ni ummi ambik kat sini.sejak ummi beli buku panduan asas menghias kek ni, ummi rajin singgah blog k zati sambil menimba ilmu kat sana.





HITAM:

Sekiranya tidak ada paste atau liquid hitam, kombinasi royal blue, merah, oren dan kuning lemon boleh menghasilkan hitam. Membeli warna hitam bukanlah penyelesaian untuk menghasilkan aising berwarna hitam Berapa banyak pun kita masukkan hitam, kita tidak akan mendapat aising hitam yang sebenarnya. Tipnya – campurkan dark brown colour atau warna coklat ataupun chocolate emulco dengan warna hitam. Ia perlu disimpan didalam chiller semalaman.


GOLD:
Sedikit warna coklat dicampurkan dengan lemon yellow.
Atau boleh juga gunakan lemon yellow, 3 bahagian oren dan 1 bahagian red.

COKLAT:

Campuran merah dan hijau boleh menghasilkan coklat. Kadang-kadang warna hijau akan terlebih ton kerana asid di dalam aising, misalnya daripada jus lemon dan cream of tar tar, jadi abaikan penggunaan asid. Juga campurkan ¼ tsp air ke dalam bancuhan warna sebelum dimasukkan ke dalam BC untuk menghapuskan ton hijau.

MERAH:

Payah untuk menghasilkan warna merah terang? Campurkan pewarna merah ke dalam BC dan simpan 24 jam. Warnanya akan semakin terang dan gelap.(Saya mewarnakan BC dengan warna merah dan simpan di dalam peti untuk beberapa lama untuk kemudahan membuat art writing. Warna merah semakin lama disimpan semakin terang warnanya. Untuk tujuan penyimpanan lama ini, BC tidak dicampur susu kerana BC yang mengandungi susu dikatakan hanya tahan dua minggu sekiranya disimpan di dalam bekas kedap udara dan disimpan di dalam chiller. Susu akan memberi rasa yang lain pada BC jika lebih dua minggu disimpan)


UNGU:

Pastikan campurkan susu ke dalam pewarna. BC tidak akan menjadi warna biru pudar.


PASTEL:

Campurkan 2 bahagian putih dan 1 bahagian mana-mana warna pilihan


APRIKOT:

2 bahagian oren campur 1 bahagian golden yellow


AQUA:

5 bahagian sky blue campur 1 bahagian hijau daun/leaf green


AVOCADO:

4 bahagian lemon yellow campur 1 bahagian leaf green campur sentuhan warna hitam


BURGUNDY:

5 bahagian rose pink campur 1 bahagian violet


CHARTREUSE:

5 bahagian lemon yellow campur 1 bahagian hijau daun


RUST:

8 bahagian Oren campur 2 bahagian merah campur 1 bahagian brown


COPPER:

1 bahagian golden yellow campur 1 bahagian brown campur 1 bahagian christmas red


CORAL:

3 bahagian rose pink campur dua bahagian lemon yellow


LAVENDER:

5 pink campur 1 bahagian violet


SILVER/GRAY:

1 bahagian hitam campur 1 bahagian biru


TURQOISE:

6 bahagian biru campur 1 bahagian lemon yellow


TEAL: 9 bahagian sky blue campur 1 bahagian lemon yellow


MAUVE: 5 bahagian rose pink campur 2 bahagian oren campur 2 bahagian merah dan 1 bahagian hitam


PLUM :1 bahagian violet campur sentuhan chrismas red


MAROON: 4 bahagian red dan 1 bahagian burgundy


MOSS GREEN: 3 bahagian lemon yellow campur 2 bahagian violet


NAVY BLUE :1 bahagian sky blue campur 1 bahagian violet


GRAPE: 1 bahagian sky blue campur 6 bahagian rose pink 

5 comments:

Anonymous said...

Saya nak tanye BC tu ape..untuk mendapatkan warna merah terang

Anonymous said...

BC tu buttercream .

Hime said...

Salam..camne cara nak buat kaler hijau mint ye? nk tau sesangat..tq..

Hime said...

Salam..camne cara nak buat kaler hijau mint ye? nk tau sesangat..tq..

Elex said...

salam..mcm mna cara untuk mndapatkan warna navy blue tq