Followers

Friday 6 January 2012

roti

Anak2 ummi memang suka makan roti,kali ni ummi buat doh roti tapi inti dlmnya macam2

Roti kosong makan dgn kari

roti piza

Roti kacang
Roti kopi

Roti kacang


Roti

Bahan-bahanya  ( doh )
400gram tepung gandum
2sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 1/2 sudu besar butter/ marjerin/ shortening
150ml susu suam/air suam
1/2 sudu kecil bread improver
2 sudu kecil yis

untuk inti
inti kacang
sosej
krim kopi( campurkan gula,butter dan kopi)

Cara-caranya


1.  masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak
     melekat pada tangan, 
2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan  kain bersih dan
    biar doh naik dua kali ganda.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi
    mengeluarkan angin.
3. Bahagi doh pada beberapa bebola kecil, biarkan seketika lebih kurang
    7 atau 8 minit baru dibentukkan
    mengikut bentuk yang digemari, setelah dibentuk, susun di atas loyang
    atau dulang pembakar, biarkan naik dua kali ganda.

Cara buar roti bunga








4.  gliss permukaan roti, bakar pada suhu 180 darjah selama 16-18 minit
     atau sehingga permukaan roti  perang.
     ( Bahan gliss ialah 1 biji telur di campur dgn 2 sudu susu segar.)

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan
    kelembutan nya.

No comments: