Followers

Saturday 18 February 2012

tiramisu cake






Selepas habis birhday party  untuk putri2 ummi. 10 feb jatuh birthday tok bah( father in law) untuk yg ke 72 tahun. Alhamdullilah dalam usia ni tok bah still dikurniakan kesihatan yang baik.  tahun ni mak tok buat makan2 sikit jemput kawan2 tok bah (orang surau). ummi just tolong buatkan kek je.Kali ni ummi buat tiramisu kek. ummi buat just guna cream chesse n whipping cream.hari tu pegi bakery shop Mascarpone chesse dah habis.

 resepi tiramisu kek yg simple

Bahan-bahan

  • 1 biji sponge kek /ummi guna chocolate span cake
  • 300ml whipping cream
  • 250ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula ising /boleh kurangkan kalau tak suka manis
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan/ummi ganti dengan strawberry filling

Cara-cara


  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 3 bahagian
  5. Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek
  6. Ratakan  creamcheese tadi atas kek
  7. Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese .
  8. kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  9. Hiaskan dengan serbuk koko/tapi ummi guna strawberry filling.

No comments: