Followers

Tuesday 3 May 2011

apam pisang coklat with kaya filling




Bagun pagi2 auni asyik dok batuk je,dah 2 hari batuknya tak hilang kesian dia,sebelum ni amni yg terukbatuk,bila amni dah agak ok auni pulak ni sure kes kongsi makanan,cerita pasal makan pagi2 ni masuk kedapur tengok roti dah habis,apa yg nak di masak untuk amni n auni,kalau boleh nak elakkan masak yangberminyak,bukak peti ais tengok ada pisang yg mak bawak dari pahang  dalam dua tiga biji,mulalah ummi serch kat internet cari resepi apam pisang tp ummi tukar skit tambah coklat n kaya filling nak tarik minat amni n auni,tp apam ni terlebih merekahnya coz bila dah masukkan dalam kukusan ummi terus pegi buat gardening kat dpn rumah,so apam tu dah terlebih masak hampir 45 minit atas dapur.
Apam Pisang coklat dgn kaya
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 cawan gula
3  biji pisang ranum ( dilecek)
1 biji telur
50ml minyak masak
40ml susu
secubit garam
2 sudu besar serbuk koko
kaya
Cara-caranya
1. Lecek pisang yang telah ranum dan campurkan dengan secubit garam, ketepikan. selepas itu ayak tepung gandum bersama baking powder.
2. Di dalam mangkuk adunan pukul telur dan gula menggunakan senduk kayu atau whisker, selepas itu masukkan pisang yang telah dilecek, tepung sedikit demi sedikit, serbuk koko,  soda bikarbonat,susu dan minyak masak,kacau sebati.
3. Panaskan pengukus, Isikan 3/4 adunan apam dan letakkan kaya ke dalam acuan dan kukus selama 12 hingga 15 minit, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.




No comments: