Followers

Tuesday, 23 August 2011

apam polka dot





 Apam ni ummi buat sebelum 2 hari sebelum puasa,apam ni untuk orang mengaji kat rumah mak mertua,Apam ni dengan blueberry n strawberry filling


ayam pandan


Ini adah menu buka puasa minggu lepas ayam pandan


Ayam Pandan
Bahan-bahan ( 3-4 org )
  • 1/2 ekor ayam (1kg)
  • * 3 biji bawang merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1/2 inci halia
  • * 1/2 inci kunyit
  • * 1/2 inci lengkuas
  • * 2 batang serai
  • * 1 sk ketumbar
  • * 1 sk jintan manis
  • * 15 biji cili padi 
  • 2 sb santan pekat
  • 1 sb madu
  • garam, gula 
  • daun pandan
Cara-cara
  1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
  2. Tumbuk semua bahan bertanda*. Gaul bahan tumbuk dgn ayam, madu, santan, garam dan gula
  3. Buat poket dgn daun pandan dan masukkan ayam dlm poket tu.
  1. Balut ayam dgn daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.
  1. Cucuk ayam yg telah siap dibungkus dgn lidi supaya ayam tak terkeluar.
  1. Potong lebihan hujung daun supaya kemas.
  1. Siap bungkus, goreng hingga golden brown dgn api sederhana. 
Ayam pandan ni ummi sediakan dengan kari ikan merah





BELEBAT PISANG

Salam ramadhan kepada semua yang masih sudi menjengah blog ummi,maaf lama sangat tak masukkakan resepi baru,ummi sebok sangat dgn tempahan kerepek n akhir-akhir ramadhan ni kesihatan ummi tak berapa mengizinkan,hari ni ummi nak masukkan resepi belebat pisang,biasanya orang buat belebat ubi keledek tapi hari ni ummi buat belebat pisang,pisang ni mak ummi kirimkan dari pahang,memang sedang2 untuk wat goreng pisang,tapi memangdangkan amni batuk so ummi cuba fikirkan resepi yg tak yah guna minyak,amni n auni ni memang suka makan pisang,nak wat lepat pisang tak sesuai,pisang ni tak masak sgt lagi,so teringat kat mak dulu2 selalu wat belebat ubi,jadi ummi call mak tanya resepinya.


Maaf ummi terlupa nak ambik gambar isi dlm dia,sebenarnya dia macam kuih tepung bungkus or kuih anak dara dua sebilik tapi intinya letak pisang


Bahan2nya:
3/4 cawan tepung beras 4 biji pisang di potong dadu
2 - 3 bijik pisang yg masak di lecek *jika ada*
1/2 cawan pati santan
 2 cawan air masak
1/2 cawan gula
sedikit garam
daun pisang untuk bungkus belebat

Cara nak buat:

  1. Campurkan kesemua bahan selain dari pisang yg di potong dadu, lalu dimasak dengan menggunakan api yang kecil. Mesti di kacau2 agar tidak berketul dan hangit. Masaklah hingga agak pekat gitu... 
  2. Bila dah tutup api baru dimasukkan ubi serta pisang yang dillecek
  3. Kacau biar rata.
  4. Sudukan ke dalam daun pisang yang dipotong sama besar.  Bungkus lah macam kita bungkuslepat pisang.
  5. Susun dalam loyang pengukus dan kukuslah lebihkurang dalam 10 minit.
  6. tunggu sejuk baru di hidang,


Friday, 29 July 2011

selamat menyambut kedatangan ramadhan


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa
umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan
hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.


Sempena kedatangan Ramadhan yg mulia,Ummi menyusun jari memohon kemaafan sekiranya ada kesalahan yg sengaja dan tidak disegajakan,semoga ramadhan kali ini kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan seterusnya dpt mempertingkatkan amalan di bulan yang penuh barakah ini

Friday, 15 July 2011

KEREPEK

Alhamdullilah Syaaban dah mula menjengah,insyaallah tak lama lagi Ramadhan akan tiba,semoga kedatangan ramadhan kali ini akan kita tempuhi dengan amalan yang berganda,

Sempena kedatangan Ramadhan tak lama lagi dan Syawal yg bakal menyusul ummi akan mula menjual kerepek,tak banyak sangat just empat jenis,buat permulaan,sesapa yg berminat bolehlah hubungi ummi nak buat berniaga pun boleh. 

semua kerepek dijual di dalam balang untuk senang di bawa dan tak mudah patah,semua produk ni hasil tangan sendiri, kira home made lah



kerepek jejari nestum

kacang celup tepung/ kacang botak pedas

kacang celup tepung/ kacang botak pedas

kerepek jejari pedas
kerepek jejari manis




Thursday, 14 July 2011

puding tembikai


order by k Fida



Bahan-bahan

  • 1 paket agar-agar tali (20gm)
  • 4 keping roti gardenia*
  • 1  cawan susu *
  • 6 cawan air
  • 1 cawan susu pekat*
  • 1 1/2 cawan gula 
  • 2 sudu besar mentega
  • sedikit esen vanilla
  • Bijan Hitam/ Cincau/ Kismis Hitam/ Biji Selasih 

Cara-cara

  1. Masak agar2 bersama gula dan air hingga agar2 dan gula hancur
  2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan. Blend halus semua bahan yg bertanda *
  3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
  4. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai) . Biar keras sedikit.
  5. Lapiskan sedikit warna asal diatas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit
  6. Adunan selebihnya diwarnakan merah, lapiskan perlahan2 diatas lapisan putih. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.

Monday, 4 July 2011

apam polka dot


Apam Polkadot

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur-dari peti sejuk(gred A or B)
270 gm tepung gandum
200 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@kaya or apa2 yg berkenan
pewarna

Cara-cara

1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.

kuih lapis

Hari ni nak gi ziarah baby anas,so fikir2 apa yg nak di bawa untuk ummi baby Anas.As usual ummi pun membelek2 blog k hajar,so jumpalah resepi ni,lama sangat tak buat kuih lapis ni,bila guna resepi k hajar alhamdulilah jadi n sedap,thanks k hajar.






Bahan A :    300gm tepung beras
                  150gm tepung gandum
                  150gm tepung ubi
                  600ml santan pekat
                  600ml air
                  1tsp garam

Bahan B :    420gm gula kastor
                  300ml santan pekat
                  400ml air
                  2 helai daun pandan

CARA :

1.Masak B hingga mendidih dan sejukkan.
2.Satukan bahan A kacau rata dan campurkan ke B kacau rata dan tapis.
3.Bahagi adunan kepada dua bahagian.satu bahagian dibiarkan putih dan ditambah 1/2 st garam lagi.
4.Satu lagi bahagian di tambah pewarna merah
5.Mula melapis putih sebanyak 300ml selama 5-7min....diikuti warna merah berselang seli hingga habis

Tuesday, 28 June 2011

lemon chicken

lasagna
lemon chicken

 Hari-hari menu asyik nasi je,timbul gak rasa jemu, so hari ni ummi cuba ubah selera sikit masak lemon chicken ngan lasagna, macam biasalah ummi masak tak ikut resepi sangat coz bahan2 yg ada kat dapur terhad, inilah resepi yg amat simple n senang nak masak
Lemon Chicken

½  ekor ayam
2 biji lemon( sebijik di parut kulit kulit dan diambil jusnya)
1 tbsp olive oil
1 biji bawang putih ( ditumbuk halus )
1 tsp rosemary kering
1 tsp oregano kering
Bahan B
2 biji kentang
1 biji carrot
1 labu bawang besar
Garam

1.       Basahkan ayam dgn air sejuk( dari peti)
2.       Lapkan ayam dgn paper  tower.
3.       Campurkan olive oil,parutan kulit lemon,jus lamon,oregano.rosemary,bawang putih dan garam  di kacau
      hingga sebati dan di sapu kan pd ayam.perapkan ayam selama 15-30 minit.
4.       Bakar ayam bersama bahan B selama 1 jam 20 minit,susun hirisan lemon dahulu di dalam loyang dan
       ayam diletak di atas lemon
5.       30 minit pertama Loyang perlu di tutup dgn alluminium foil,
6.       Selepas 30 pertama keluarkan sedikit air/jus ayam untuk dijadikan sos,
7.       Bakar lagi selama 1 jam ,ayam perlu di balikkan sampil di sapu dgn lemon sos.

Sos lemon.

1 sudu butter
1 sudu teh  tepung jagung( di bancuh dgn sedikit air )
Jus ayam
Bahan perasa
4 sudu susu
Sedikit batang salary
Sebiji bawang merah di potong besar2
Lada sulah
½ cawan air


1.       Panaskan butter dan masukkan bawang dan batang salary
2.       Masukkan jus ayam ,susu ,air dan bahan perasa serta lada sulah.
3.       Apabila sudah mengelegak masukkan bancuhan air tepung jagung.
4.       Sebelum di hidang keluarkan batang salary dan bawang.




Untuk resepi lasagna tunggu next entry coz ummi kena ajar anak2 pulak

Friday, 24 June 2011

Donat

petang2 weekend kalau tak ada program kemana2, ummi suka mencari resepi yg buat sekali pastu leh frozenkan,senang bila nak makan just goerengkan aje,donat adalah salah satu kuih yg si kembar kesayangan ummi suka so bila ada kelapangan ummi rajin2kanlah diri menguli donat ni sambil ditemani si kembar yg tak henti2 bercerita n bertanyakan  itu ini.


donat



 
Bahan-bahan
500g tepung gandum
5.5g( ½ bungkus) yis segera
½ cawan susu segar
1 biji telur
½ cawan Margarine+ shortening
3 sudu gula halus
1 sudu garam
½ sudu serbuk penaik
Air( mengikut keperluan )

Cara-cara
1.       Campurkan semua bahan kecuali air.
2.      Masukkan air sedikit demi sedikit mengikut keperluan
3.      Uli hingga menjadi doh
4.     Biarkan doh tadi selama 30 minit
5.      Canaikan adunan buat bentuk donat,lebih senang sekiranya mengunakan acuan donat
6.      Biarkan adunan yg telah di bentuk donat selama 30 minit
7.     Goreng dalam api yg amat perlahan,donat akan naik cantik dan tidak merekah
8.      Hidangkan donat yg telah siap di goreng dengan taburan gula ising