Followers

Tuesday 18 September 2012

Day 4 ( Rotorua-Wai o tapu-Huka fall- Taupo- turanggi ) )


pokok manukau

Hari ke empat kami meninggalkan Rotorua ke Taupo. Dalam perjalanan kami singgah ke Wai-o-Tapo untuk tengok gaeyser. 


 tempat ni sebenarnya bekas gunung berapi...ia terkenal dgn  keunikan muka buminya...mmg rasa terpegun melihat kebesaran ciptaan Ilahi. Wai-o-Tapo ialah kawasan thermal seluas 18 km persegi. tempat pertama bila kami  tiba adalah di Lady Knox Geyser  yang meletus setiap hari jam 10:15 pagi.jangan rasa pelik kenapa dia akan meletus tepat pada masanya.ia kerana gesyer yg sedia ada akan di masukkan bahan pengaktif( sulfur) pada waktu tu.pancutan gesyer lebih besar dan  mengeluarkan air yg agak sejuk.

Lady Knox Geyser
terserempat dgn adik2 yg tgh study kat chrischurch,

Dari Lady Knox Geyser, kami masuk pula ke Wonderland. Penjelajahan dalam 3 peringkat yang mengambil masa kira-kira 75 minit (3 km).tapi untuk kami hampir 2 jam jugak sebab byk rehat dlm perjalanan. Memasuki kawasan, bau sulfur begitu kuat sekali.lagi-lagi setiap kali melewati lubang-lubang dan kolam yang berasap,menjadikan kawasn ni agak panas,kami amat beruntung kerana pergi pada musim sejuk.amni n auni boleh bertahan walaupun perjalanan agak jauh.






Sana-sini berasap,beserta bau yg kurang menyenagkan




The Champagne Pool

  The Champagne Pool sendiri merupakan kolam yang terluas dengan diameter 65 meter dan kedalaman 62 meter. Kolam ini sendiri terbentuk sejak 700 tahun yang lalu..







devil's bath nama kolam ni,warna hijau


\\\\
amni dah jadi panguin, tandanya dah penatlah tu
Hero kami,sian abi kena dokong dua2
Akhirnya kami berjaya sampai ke penhujungnya lake Ngakoro waterfall.Sebenarnya kami gagahkan perjalanan ni sebab nak tengok waterfall. Di bayangan kami waterfall ni besar n cantik tapi bila sampai,agak mengecewakan kecik je.tapi pemandangan sepanjang perjalanan ni agak menginsafkan dgn lubang2 dalam yang berasap dan mengelegak airnya. Kolam air panas yang berwarna-warni n sentiasa berasap tanpa henti.pulak tu nama2 yg diberikan agak menyeramkan macam  Hell Gates, Devil's Home, Devils' Bath, The Champangne Pool dan Devil's Ink Pot.bila tengok lubang yg berasap ni buat ummi teringat bayangan neraka allah,amat menginsafkan.



Ngakoro waterfall





Lake ngakoro



cantikkan laluan ni

rehat jap n baca map nak cari jalan keluar
kepenatan,tgh baca map nak cari jalan keluar


selepas kepanatan ,singgah jap sambil menikmati hot chocolate n capucino
solat kat tempat parking kereta,sebelum teruskan perjalanan




Selepas solat kami meninggalkan Wai-O-Tapu meneruskan perjalanan ke Huka prawn park untuk lunch n pegi Huka fall.Di Huka prown park kami hanya makan tak mengambil bahagian untuk memancing,kerana kami perlu meneruskanperjalanan ke huka fall n Taupo.


tempat memancing udang


pemanas tradisional kat tegah2 restoran,guna kayu

menu tagah hari kat huka prawn park

amni seronok dapat main lego kat restoran ni

tekun amni n auni colour kertas yg restoran sediakan



Sampai di Huka Fall dah nak masuk senja walaupun jam baru nak masuk pukul 5.yg paling sedihnya bila sampai baru perasan battery kamera dah habis dua2 h set pulak card dah full dlm dok kelam kabut tu,alhamdullilah ada penyelamat. h set lama ummi yg selalu kami bawak untuk jadi alarm clock sebagai penyelamat.dapatlah kami snap gambar kat sini.
Huka Falls ni adalah  air terjun yang airnya mengalir dari Tasik Taupo ke Sungai Waikato. dari maklumat yg ummi jumpa air yang turun adalah mencukupi untuk mengisi lima kolam renang bersaiz Olimpik setiap saat.  air yang teramatlah  deras dengan warna biru memberikan pemandangan yang cukup menakjubkan. Satu aktiviti menarik yang terdapat di sini adalah menaiki jet bot di Huka Falls Jet.




 Kami singgah cuma dlm 15 minit je sebab dah nak masukk maghrib.lagipun kami mengejar masa nak sampai ke turanggi.akhirnya dlm sekitar pukul 6 kami sampai di motel yg di tempah.walaupun hotel tu agak lama tapi cukuplah bagi kami sekadar untuk rehat 1 malam sahaja.walaupun tempat penginapan ni sediakan dapur yg lengkap tapi mlm tu ummi tak masak,just masak meegi je.cuaca yg teramat sejuk. ambik wuduk pun terketar2 apatah lagi nak samak semua peralatan yg di sediakan,tak lalu ummi di buatnya.mlm tu rebus air n makan meegi je.yg bestnya kita org makan meegi atas kata katil,sebabnya setiap katil yg ada di sediakan heater electrik blanket. .


kami org yg terakhir,bilik dah penuh,alhamdullilah



Dapur yg lengkap,bila sampai je amni n auni terus keluarkan bahan untuk di masak n susun atas rak.
rainbow motel yg agak simple n lama










No comments: