Followers

Friday, 24 June 2011

Donat

petang2 weekend kalau tak ada program kemana2, ummi suka mencari resepi yg buat sekali pastu leh frozenkan,senang bila nak makan just goerengkan aje,donat adalah salah satu kuih yg si kembar kesayangan ummi suka so bila ada kelapangan ummi rajin2kanlah diri menguli donat ni sambil ditemani si kembar yg tak henti2 bercerita n bertanyakan  itu ini.


donat



 
Bahan-bahan
500g tepung gandum
5.5g( ½ bungkus) yis segera
½ cawan susu segar
1 biji telur
½ cawan Margarine+ shortening
3 sudu gula halus
1 sudu garam
½ sudu serbuk penaik
Air( mengikut keperluan )

Cara-cara
1.       Campurkan semua bahan kecuali air.
2.      Masukkan air sedikit demi sedikit mengikut keperluan
3.      Uli hingga menjadi doh
4.     Biarkan doh tadi selama 30 minit
5.      Canaikan adunan buat bentuk donat,lebih senang sekiranya mengunakan acuan donat
6.      Biarkan adunan yg telah di bentuk donat selama 30 minit
7.     Goreng dalam api yg amat perlahan,donat akan naik cantik dan tidak merekah
8.      Hidangkan donat yg telah siap di goreng dengan taburan gula ising

No comments: