Followers

Friday, 29 July 2011

selamat menyambut kedatangan ramadhan


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa
umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan
hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.


Sempena kedatangan Ramadhan yg mulia,Ummi menyusun jari memohon kemaafan sekiranya ada kesalahan yg sengaja dan tidak disegajakan,semoga ramadhan kali ini kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan seterusnya dpt mempertingkatkan amalan di bulan yang penuh barakah ini

Friday, 15 July 2011

KEREPEK

Alhamdullilah Syaaban dah mula menjengah,insyaallah tak lama lagi Ramadhan akan tiba,semoga kedatangan ramadhan kali ini akan kita tempuhi dengan amalan yang berganda,

Sempena kedatangan Ramadhan tak lama lagi dan Syawal yg bakal menyusul ummi akan mula menjual kerepek,tak banyak sangat just empat jenis,buat permulaan,sesapa yg berminat bolehlah hubungi ummi nak buat berniaga pun boleh. 

semua kerepek dijual di dalam balang untuk senang di bawa dan tak mudah patah,semua produk ni hasil tangan sendiri, kira home made lah



kerepek jejari nestum

kacang celup tepung/ kacang botak pedas

kacang celup tepung/ kacang botak pedas

kerepek jejari pedas
kerepek jejari manis




Thursday, 14 July 2011

puding tembikai


order by k Fida



Bahan-bahan

  • 1 paket agar-agar tali (20gm)
  • 4 keping roti gardenia*
  • 1  cawan susu *
  • 6 cawan air
  • 1 cawan susu pekat*
  • 1 1/2 cawan gula 
  • 2 sudu besar mentega
  • sedikit esen vanilla
  • Bijan Hitam/ Cincau/ Kismis Hitam/ Biji Selasih 

Cara-cara

  1. Masak agar2 bersama gula dan air hingga agar2 dan gula hancur
  2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan. Blend halus semua bahan yg bertanda *
  3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
  4. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai) . Biar keras sedikit.
  5. Lapiskan sedikit warna asal diatas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit
  6. Adunan selebihnya diwarnakan merah, lapiskan perlahan2 diatas lapisan putih. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.

Monday, 4 July 2011

apam polka dot


Apam Polkadot

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur-dari peti sejuk(gred A or B)
270 gm tepung gandum
200 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@kaya or apa2 yg berkenan
pewarna

Cara-cara

1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.

kuih lapis

Hari ni nak gi ziarah baby anas,so fikir2 apa yg nak di bawa untuk ummi baby Anas.As usual ummi pun membelek2 blog k hajar,so jumpalah resepi ni,lama sangat tak buat kuih lapis ni,bila guna resepi k hajar alhamdulilah jadi n sedap,thanks k hajar.






Bahan A :    300gm tepung beras
                  150gm tepung gandum
                  150gm tepung ubi
                  600ml santan pekat
                  600ml air
                  1tsp garam

Bahan B :    420gm gula kastor
                  300ml santan pekat
                  400ml air
                  2 helai daun pandan

CARA :

1.Masak B hingga mendidih dan sejukkan.
2.Satukan bahan A kacau rata dan campurkan ke B kacau rata dan tapis.
3.Bahagi adunan kepada dua bahagian.satu bahagian dibiarkan putih dan ditambah 1/2 st garam lagi.
4.Satu lagi bahagian di tambah pewarna merah
5.Mula melapis putih sebanyak 300ml selama 5-7min....diikuti warna merah berselang seli hingga habis