Followers

Saturday, 28 July 2012

6 perkara Allah sembunyikan







Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri danberkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah... Allah always with us.
 Artikle ni ummi ambik dari FB.moga dengan kisah ini menjadi kita hamba yg taat dan bertambah lagi amalan di bulan yg penuh berkat ini

Friday, 20 July 2012

Salam Ramadhan



Alhamdullilah baru selesai solat tarawih.Syukur kepada allah S.W.T dengan limpah dan kasih sayangnya masih diberi ruang  dan  kesempatan untuk kami sekeluarga bertemu lagi dengan bulan yg penuh barakah ini.


" Ya Allah semoga dengan kehadiran ramadhan ini menjadi permulaan kepadaku menjadi lebih baik dari semalam.Ya Allah dengan rahmat dan kasih sayangmu aku memohon semoga  ramadhan ini menjadi latihan kepadaku  menjadi isteri, anak,ibu dan hambamu yang solehah.Ya allah moga kau limpahkan kasih sayangmu kepada kami sekeluarga.tempatkanlah roh ayahku yang banyak berjasa kepada kami sekeluarga di kalangan hambamu yang soleh,sesungguhnya kami amat merinduinya ya allah. Rahmatilah ibu,ibu dan bapa mertuaku,keluarga ku,muslimin dan muslimat di dunia ini.Kau sucikan hati2 kami .Ya allah berikan kemenangan kepada saudara kami di Palastin,syria,myamar dan dimana sahaja saudara seislam yang tertindas". 

Selamat menyambut kedatangan ramadhan kepada semua.Ummi momohon kemaafan sekiranya ada sebarang kekurangan dalam percakapan,perbuatan dan penulisan ummi.

Akhir kalam. semoga kita semua dapat menunaikan ibadah puasa dengan tenang dan ikhlas.moga ramadhan kita kali ini  dapat mengeratkan lagi hubungan kita dengan yang maha pencipta

Wednesday, 18 July 2012

Day 2 : New Zealand ( Rotorua)

Day 2: Rotorua
bergambar sekeluarga sebelum turun
Hari kedua di bumi New Zealand. hari ni kami merancang untuk pusing2 sekitar rotorua.pegi skyline rotorua. tiket nak naik skyline ni untuk family NZ$62.00. kat atas tu selain dapat melihat pemandangan rotorua ada aktiviti lain lagi.boleh jugak naik luge n gondola yg terbuka.tapi kami tak naik.kerana semasa kami berada di  atas  hujan turun renyai2 je n sejuk ya amat.sesekali muncul rainbow yang cantik sangat.Amni auni seronok bila cakap keluar asap dari mulut.tapi dalam dok sejuk tu sempat lagi dia orang mintak aiskrim. so singgah jap cafe order aiskrim n  makan sandwich.

amni auni sempat main kat playground depan motel

inilah rupa motel yang kami tinggal kat rotorua,walaupun nampak buruk ,tapi fasilities yg disediakan tersangatlah ok




sampai atas tu semangat nak wat jungle trekking kat trek yg di sediakan walaupun amat kesejukkan.tapi baru separuh jalan hujan so terpaksa berpatah balik.

lunch sandwich je
teruja amni dapat icecream besar

pelangi yang selalu muncul lepas hujan

Turun dari skyline rotorua.kami terus menuju muzeum rotorua.tapi tak masuk just pusing2 sekeliling.memang cantik sangat.walaupun tengah winter still dapat tengok bunga2.tapi sayang sangat kat ros garden just tinggakl bunga je.daun semua dah luruh.amni n auni jumpa playground terus tak nak gi mana2 ummi jelah jalan2 pusing garden.





auni tengah pujuk ummi,mintak petikkan ros ni
tinggal bunga je,daun dah luruh


berlatar belakangkan museum rotorua

Dalam perjalanan  nak balik.tiba2 nampak kat tasik tu berasap je.so singgah jap.rotorua ni terkenal dengan gesyer.kat mana2 ada je asap keluar dari tanah.and air panas.lagi satu keunikkan rotorua ni bau dia memang teramat menyeksakan.amni n auni mula2 sampai tu bising jugak.kenapa ummi datang kat bandar bau kentut.memang kat rotorua ni seluruh kawasannya berbau seperti telur tembelang yang sangat busuk. Ia disebabkan oleh kandungan sulfur yang tinggi di udara.rotorua adalah sebahagian kawasan gunung berapi.



Asap berkepul2 tengah tasik




Amni auni pelik kenapa air ni panas




 Masa kat tasik ni dah hampir pukul 5. dah nak masuk masuk maghrib.so singgah kejap je.sebelum balik kami singgah sekejap di pasaraya Pak N save kira2 cam Giant kalau di Malaysia.singgah cari barang2 yg boleh masak.malam tu kami beli telur n Clams je. sebelum ni ummi ada gak google cari ayam halal New zealand n jumpa brand Brick. semasa kat Pak N save jumpalah brand ni tapi tak delah pulak perkataan halal so malam tu ummi beli sayur,clam n telur je.Tapi rupa2nya bila sembang ngan malaysian yg dok kat sana ayam ni memang halal,cuma dia tak tulis perkataan halal.kalau nak lebih yakin mintak je senarai makanan halal kat casher kat situ.So menu untuk malam tu nasi,kurma telur n sayur kacang campur n clams goreng.



Tengah dok membeli belah jumpa ngan buah ni Tamarillos,rasa dia macam gabungan buah passionfruit n tomato
,kurma telur





Lepas makan amni n auni sempat lagi berendam.
sebelum tidur sempat lagi berendam



anak ummi tidur kepenatan


Friday, 13 July 2012

Day 1 New Zealand ( north island)

Day 1 ( KL-Auckland-Rotorua)

alhamdullilah ummi sekeluarga dah selamat sampai di bumi malaysia.3 minggu dah entry ni  patut di masukkan. tapi sejak akhir2 ni malas benar ummi nak menulis dlm blog.sebok sangat tu tak dalah sangat. cuma semagat nak menulis dah kian menghilang. kali ni ummi gagahkan diri untuk menulis trip kami sekeluarga ke auckland.mungkin boleh menjadi rujukkan kepada pengunjung blog ummi kalau nak ke sana.tulisan ni pun ummi nak didikasikan kepada adik ummi layarminda.tahun lepas dah janji nak tulis pasal trip ke goldcoast n brisbane tapi sampai sudah tak tertulis so k ni gantikan dengan trip ke auckland ya. kira acikan...



Perjalanan kami sekeluarga tak lah terancang sangat. rabu hubby bagi tahu nak pegi. monday dah perlepas. kelam kabut gak nak buat persiapan. tambahan kat sana tengah winter. alhamdullilah ummi just pinjam baju parent in law.hubby pun just pakai baju dia masa study kat US dulu. punyalah lama .alhamdullilah still boleh pakai,jimat bajet.tapi utk anak2 terpaksa beli jugak long johns,sweater n jaket kat situ pun dah kering pokek.memang niat hubby nak bawa kita orang travel masa winter.nak bawak anak2 main snow n dapat pengalaman baru.alhamdullilah tercapai hajat hubby nak bawa si kembar main snow.reason yg ke dua masa winter hotel n kereta sewa murah sikit. kita org ni travel  ala2 bajet gitu.




So 26 Julai lepas kita orang bertolak ke auckland dalm pukul 9 mlm.penerbangan ni ambik masa lebih kurang 10 jam. sampai sana kira2 pukul 11 pagi waktu auckland.waktu kat sana 4 jam lebih awal pada malaysia.yg bestnya kastam kat auckland ni tak cerewet cam kat australia bila kita declare ada bawak food dia still bukak beg tapi ummi dah readykan list barang2 yg dibawa n cakap je kita org tak de bawa makanan yg ada susu n daging so tutup beg n terus je boleh jalan.ummi bawak makanan 1 beg megi,sambal bilis ,biskut n rempah2 yg nak masak,tapi ingat ya jangan bawak bawang or benda2 yg boleh tumbuh sure kena campak.  dari auckland airport kita orang terus dapatkan  kereta sewa yg kita orang dah booking awal dari malaysia.kereta rent dari NZ discount car rental.agak murah just NZ159 untuk 8 days. siapkan urusan kat airport tambah ngan urusan ngan kereta sewa so pukul 2.30  kita orang  drive terus ke Rotorua.Lebih kurang 3 jam perjalanan dari airport auckland.
bismillahirrahmanirrahim,baru nak mulakan perjalanan,tgh study map,nak pilih jalan mana yg best


Walaupun masih kepenatan alhamdullilah anak2 ummi enjoy dengan pemandangan sepanjang perjalanan. memang subhanallah cantik sangat.kami saja tak lalu highway tapi pilih inland scenic tourist route. kiranya cam jalan kampunglah . memang hilang segala keletihan tambahan sepanjang perjalanan dihidangkan dengan pelangi yg memang besar n  jelas siap ada dua sekali. subahanallah hebat betul ciptaan allah.dalam perjalanan kami melalui mata-mata. mata-mata ni adalah salah satu tempat di mana pengembaraan Lord of the ring dilakukan.kami tak singgah mana2 tempat .kena kejar masa nak sampai Rotorua sebab bila winter malamnya cepat pukul 5 dah nak masuk  maghrib.gambar yang diambik semua dalam kereta yang tengah bergerak.




cantik sangat rainbow ni

double rainbow tak jelas sangat dlm gambar,sebab ummi snap dari dlm car je ,dahlah car ni tinted

daun2 dah menguning,cantik gold colour,
pokok yang dah tak berdaun

Alhamdullilah kami sampai di rotorua dalam pukul 5.30 memang dah malam.alhamdullilah senang nak cari motel yag kami dah tempah sejak di malaysia lagi.nama motel tu Silver oak heritage,sangat ok ,ada ruang tamu,bilik n dapur yg lengkap siap  ada private spa dalam bilik.

Amni n auni kesejukkan






Sampai kat motel memang kesejukan.whether kat luar 4 darjah calcius siap ngan hujan lagi,memang sejuk.perdasarkan info yg ummi dapat dari internet n pengalaman kami waktu winter ni memang selalu hujan,so nak selesa readykan ngan baju hujan.kalau bawak payung tak fungsi sangat sebab angin kuat,silap hari bulan payung pun boleh terbang.malam tu ummi just masak meggi,nasi n sambal bilis yg di bawa dari malaysia utk alas perut.

Untuk aktiviti seterusnya.ummi akan sambung next N3.moga allah kurniakan kerajinan pada ummi 



Thursday, 12 July 2012

home made nuttella

First time ummi buat nuttella sendiri,sebab anak ummi suka makan apa2 yg berunsurkan coklat. kalau ikut resepi asal guna hazelnuts tapi ummi tukar dgn macadamia. kebetulan kacang ni masih banyak kat rumah.


Bahan-bahan


1 cup macadamia nut(dipanggang)
1/4 cup dark cocoa powder
1/2 cup powdered sugar
3/4 teaspoon vanilla extract
1/4 teaspoon salt
4 tablespoons canola oil/butter oil



Cara-cara

kisar kacang hingga halus selama 3 minit.masukkan semua bahan lain.kisar hingga semuanya sebati.dah siap boleh makan bersama roti n kek.utuk tahan lebih lama simpan dalam peti ais