Kita sering kali terbaca dan terlihat di mana-mana saja tentang
‘BOIKOT BARANG USA DAN ISRAEL.’. Serta kita juga dapat perhatikan hampir
70-80% perniagaan di dunia ini di kuasai oleh kaum Yahudi. Malah
pentadbiran Amerika itu sendiri di bayangi oleh kaum Yahudi. Dalam Quran
dan beberapa kitab-kitab ada menyatakan kaum Yahudi atau Bani Israel
adalah golongan yang bijaksana, pandai berniaga walaupun sikap mereka
yang sentiasa takbur sehinggakan di laknat oleh ALLAH.
Penulisan ini bukan untuk bercerita tentang ke’Takbur’an, Kezaliman
dan Keganasan mereka. Namun di sini saya ingin anda semua termasuklah
diri saya sendiri berfikir Kenapa mereka bijak dan mampu mengusai
perniagaan dunia serta melahirkan ramai cendiakawan. Sedangkan kita
orang Melayu sejak dari tahun 1970 sampai sekrang hanya dapat melahirkan
kurang 20% usahawan daripada sasaran 30% walaupun dengan pelbagai dasar
telah di unjurkan dan di laksanakan.
Baru-baru ini saya ada terbaca satu artikel yang di tulis oleh Dr
Stephan Carr tentang bagaimana kaum Yahudi dapat melahirkan ramai
cendiakawan dari pelbagai bidang. Artikel ini bertajuk “WHY THE JEWS SO
SMART?”. Saya terbaca pun setelah rakan saya ‘print’ dan
menghebahkannya. Amat menarik kerana artikel membincangkan tentang
adakah kaum Yahudi ini di lahirkan untuk menjadi pintar, suatu kebetulan
atau atas usaha mereka sendiri? Selepas saya membaca artikel ini, saya
ada membuat sedikit kajian dan membaca artikel-artikel lain bagi
menyokongnya seterusnya melakukan perbezaan dalam kehidupan kita
terutama Bangsa Melayu. Artikel ini beliau menulis setelah beliau
melakukan pelbagai kajian yang mengambil masa berbelas tahun. Di sini
saya ingin sedikit menguraikannya supaya kita semua dapat berfikir
bersama.
Permulaan artikel ini, beliau menerangkan bagaimana proses
‘Kebijaksanaan’ Yahudi itu bermula. Menurut kajian Dr Stephan, apabila
kaum Wanita Yahudi (si Ibu) mengandung, si Lelaki (Ayah) dan ibu tadi
akan membeli buku matematik, menyanyi dan bermain piano. Dan semua
perkara ini mereka akan lakukan
bersama terutama menyelesaikan masalah
matematik. Ini kerana keinginan mereka ingin melahirkan zuriat Yahudi
yang genius dan bijaksana. Bagi saya ia amat menarik sekali. Jarang kita
lihat perkara ini berlaku di kalangan orang kita. Dalam beberapa
artikel lain yang saya baca, sekiranya si Ibu banyak berfikir tak kira
yang bagus atau tidak, ia akan di ‘pindahkan’ kepada si anak dalam
kandungan itu. Jadi sekiranya si ibu berfikir tentang menyelesaikan
masalah matematik atau apa saja ilmu-ilmu, insya Allah dengan izinNYA
ilmu itu akan di pindahkan kepada si bayi tadi. Itu sebabnya Islam amat
menggalakkan kita membaca Al Quran, melakukan perkara yang baik lagi
yang bijaksana supaya anak kita nanti akan berjaya dan menjadi seorang
‘MANUSIA’. Kaedah seperti meletakkan ‘head-phone’ ke perut dan
mendendangkan lagu-lagu berilmu serta bacaan ayat Suci Al Quran pun amat
berkesan kerana dengan sumber yang terus mampu merangsangkan otak si
bayi.
Itu dari segi perbuatan semasa mengandung. Bagaimana dengan pemakanan
si Ibu pula? Menurut artikel beliau, kebanyakkan ibu-ibu Yahudi yang
mengandung lebih banyak memakan kekacang terutama kacang badam dan kurma
dengan susu. Kajian menyatakan protein kacang terutama kacang badam
amat baik untuk merangsang pertumbuhan otak bayi. Manakala kurma dan
susu saya rasa tak perlu la say ajelaskannya lagi kerana Rasullullah
sendiri telah menjelaskan khasiatnya. Di samping itu, si ibu tadi di
galakkan makan roti dan ikan tanpa kepala serta salad. Di tambahkan pula
dengan mengambil pil minyak ikan sebagai pil tambahan (supplementary).
Ini semua cukup jarang berlaku di kalangan masyarakat Melayu. Kita
masih lagi terikat dengan pantang larang yang di buat oleh orang dulu.
Memang ada pantang larang itu bagus tapi kenapa kita tak nak cuba
melakukan perkara yang memberi sedikit kelainan. Namun ada ibu-ibu moden
sekarang melakukan perubahan. Lebih banyak mengambil supplement yang
memberi khasiat kepada bayi dan diri sendiri, minum susu dan memakan
kekacang. Untuk pengetahuan, susu amat bagus untuk kesihatan ibu dan
juga bayi dalam kandungan kerana ia mampu mempercepatkan pembesaran
tulang, sel-sel otak dan mencerahkan kulit bayi iaitu merangsang sel-sel
kulit bayi. Itu sebabnya orang Yahudi putih. Kenapa orang Yahudi amat
melarang memakan kepala ikan terutama kepada ibu mengandung? Ini kerana
menurut kajian saintis-saintis kepala ikan mempunyai beberapa jenis
bahan kimia yang boleh merencatkan sel-sel otak dan saraf manusia
terutama bayi yang sedang membesar. Jadi, macamana dengan Kari Kepala
Ikan? Mmmm. Anda fikirkanlah.
Bagaimana dengan cara pemakanan orang Yahudi itu sendiri. Seperti
saya katakan tadi, mereka suka makan ikan terutama fillet dan salad
serta kekacang. Seperti orang kita, mereka amat melarang memakan daging
dan ikan bersama. Sebabnya kita sendiri pun mengatahuinya. Kalau tak
tahu, Tanya ibubapa kita. DI samping itu, mereka amat suka dan
menggalakkan memakan buah-buahan dulu sebelum memakan hidangan utama.
Kajian menunjukkan ikan amat bagus untuk perangsangan minda dan ia
sendiri telah terbukti di Malaysia. Kenapa peratusan pencapaian kejayaan
untuk semua peperiksaan utama (UPSR, PMR dan SPM) amat cemerlang di
negeri Kelantan dan Terengganu. Satu kajian tak rasmi, menyatakan bahawa
penduduk di dua buah negeri ini menjadikan ikan sebagai makanan utama
dan ikan tongkol (Ikan dalam hidangan Nasi Dagang) adalah ikan utama.
Ikan tongkol ini adalah sama spesis dengan ikan Solomon dan saya rasa
anda semua sendiri tahu khasiat ikan Solomon. Sekiranya tak tahu, ikan
Solomon mempunyai protein OMEGA yang tinggi dan amat bagus untuk
pertumbuhan minda kita. Jadi khasiat ikan Tongkol adalah lebih kurang
sama dengan ikan Solomon.
Memakan buah-buahan sebelum memakan makanan
utama memang bagus untuk kesihatan. Islam dan Rasulullah sendiri telah
mengajarkannya kepada kita. Cuma orang kita yang tak mahu mengikutnya
dan lebih suka memakan buah selepas makan berat. Menurut kajian orang
Yahudi sendiri, makan buah selepas makan hidangan utama terutama
hidangan karbohidrat menyebabkan kita akan rasa mengantuk, lemah dan
sukar memahami pelajaran atau ilmu. Di samping itu juga ia tidak baik
untuk kesihatan badan kita. Betul tak lepas makan kita akan rasa
mengantuk?
Bagaimana pula sistem pembelajaran anak-anak mereka? Dalam artikel
ini serta artikel lain, kerajaan Yahudi itu sendiri amat menitikberatkan
pendidikan. Pembelajaran mereka lebih menumpukan kepada sains,
perniagaan dan musik serta penumpuan kepada sukan atau aktiviti luar
darjah. Jadi tak hairanlah sekiranya mereka berjaya dalam bidang sains
dan perniagaan kerana kerajaan mereka sendiri memberi begitu penekanan
sehingga melahirkan ramai cendiakawan serta memonopoli perniagaan dunia
seperti Starbuck, DKNY, Levi’s, Dunkin Donut dan banyak lagi. Mereka
amat mengalakkan anak-anak mereka mencuba perkara-perkara baru, mencipta
projek-projek sains sendiri walaupun ia Nampak mengarut dan lucu
kadang-kadang tetapi mereka di beri peluang berfikir dan sekiranya
projek mereka seperti berpotensi maka pihak sekolah akan beri lebih
ketelitian.
Kenapa mereka memilh musik? Menurut mereka, bermain musik dan
memahami nota musik dapat meningkat IQ dan merangsang otak. Dan mereka
juga mengalakkan atau mewajibkan kanak-kanak bermain piano dan biola.
Bidang sukan juga turut di beri penekanan dan sukan memanah, menembak
dan balapan. Bagi mereka, sukan-sukan terutama memanah dapat melatih
otak memfokuskan sesuatu. Di samping itu, ibubapa amat mengawal
pemakanan anak-anak mereka. Kanak-kanak di sana di haruskan makan
buah-buahan bersama kacang badam dan memakan pil minyak ikan. Menurut
beberapa pengkaji, orang Yahudi rata-rata memahami 3 jenis bahasa iaitu
Hebrew, Arab dan Inggeris.bagi org islam amat bagus kita praktikkan bacaan zikir2 dan bacaan al quran bagi merangsang perkembangan bayi di dalam kandungan
Berbalik kepada masyarakat kita. Bagaimana sistem pendidikan kita?
Bagaimana dengan pembelajaran anak-anak kita sekarang? Apa yang saya
boleh rumuskan adalah masih lemah. Walaupun pelbagai kaedah
pembelajaran, pembaharuan dasar atau apa sekalipun ia masih belum
menunjukkan sebarang peningkatan. Kalau kita perhatikan sistem
pendidikan kita, tidak ada penekanan dalam mana-mana bidang. Anak-anak
kita seperti tidak haluan untuk maju. Kita lebih menekankan sistem
hafalan atau mengingat daripada pemahaman serta penelitian. Dan ini
merupakan salah satu sebab kurangnya lelaki di institusi-institusi
tinggi di Negara kita. Pengkhususan bidang hanya bermula apabila pelajar
tersebut selesai mengambil PMR. Namun yang menjadi kehairanannya
sekarang pelajar-pelajar yang keputusan PMR mereka lemah di suruh ambil
bidang SASTERA. Tidakkah kita terfikir yang bidang sastera ini perlu
banyak membaca. Kalau mereka ini rajin membaca keputusan mereka taklah
LEMAH. Sekarang ada pengkhususan bidang seperti IT, Kejuruteraan,
Lukisan dan lain-lain tetapi lebih kepada di sekolah-sekolah asrama
penuh. Kalau dulu para pelajar yang lemah ini boleh mengharapkan aliran
Vokasional tetapi sekarang Vokasional pun perlu kelulusan sederhana.
Itu sistem pembelajaran, di tambahkan para pelajar sekarang kurang
aktif dalam bidang sukan mahupun ko-kurikulum. Walaupun pihak sekolah,
guru-guru begitu mengalakkan penglibatan para pelajar dalam bidang sukan
mahupun kokurikulm tapi sambutannya dingin. Para remaja atau pelajar
sekarang lebih suka melepak di pusat-pusat membeli belah, merempit, dan
aktiviti-aktiviti yang kurang berfaedah. Itu kalau yang sederhana dan
lemah, bagi pelajar cerdik pandai lebih suka duduk di rumah dan
mengulangkaji pelajaran atau membaca buku. Bagus itu memang bagus tapi
kurang sihat untuk otak kerana otak perlu juga untuk beraktiviti dan
melakukan kerja lain selain mengingat segala huruf-huruf atau ayat-ayat.
Sekarang di zaman moden dan serba canggih ini, semua orang perlu cepat
kerana cepat hasilnya duit. Jadi apabila ibubapa terlalu sibuk dengan
kerja atau mencari duit menyebabkan anak-anak di abaikan. Kurangnya
sikap ambil berat tentang perilaku anak-anak menjadi faktor peningkatan
jenayah juvana, hisap rokok dan lain-lain lagi. Daripada sini, macammana
pemakanan anak-anak? Ibubapa sekarang terlampau meletakkan harapan yang
begitu tinggi kepada anak mereka sehingga berlakunya tekanan terhadap
anak-anak. Mengharapkan anak-anak berjaya dalam peperiksaan, berjaya
dalam kehidupan dan harap mendapat kerja yang hebat bila besar tetapi
harapan yang di beri tanpa sedikit pun usaha mahupun penjagaan yang rapi
menjadikan hasilnya,0. Itu sebabnya lahirnya mat-mat dan minah-minah
rempit dan banyak lagi. Berbanding anak-anak Yahudi, mereka cukup di
beri pemantauan dan pendidikan yang hampir sempurna oleh ibubapa mereka.
Isu masalah remaja ini nanti saya akan utarakan kelak dalam penulisan
saya seterusnya.
Dalam artikel Dr Stephan ini juga ada satu
perkara yang begitu menarik minat saya. MEROKOK. Menurut beliau, orang
Yahudi tak suka merokok dan mereka menganggap merokok ini adalah TABOO.
Dan ada beberapa lagi artikel lagi menyokong kenyataan ini. Kebanyakkan
daripada rakyat Yahudi ini tak suka kepada rokok dan juga perokok.
Menurut penulisan Dr Stephan ini, para saintis Yahudi menjalankan satu
kajian di mana Nikotin yang terdapat dalam rokok dapat merosakkan
sel-sel utama otak dan seterusnya melekat ataupun kerosakkan ini akan
menjadi keturunan atau Hereditary. Jadi kesimpulan yang ringkas, perokok
akan sentiasa membawa gen yang rosak otak seterusnya menghasilkan
generasi yang ‘cacat’ otak. Dalam artikel ‘Prices Of Cigarettes’
menunjukkan harga sekotak rokok di Israel adalah lingkungan USD 25-30(RM
80-95) dan satu kajian yang terperinci oleh WHO mendapati rakyat Israel
paling kurang menghisap rokok di dunia. Namun pengeluar dan pemilik
rokok terbesar di dunia adalah dari kaum Yahudi dan hampir 100%
keuntungan rokok dunia di salurkan ke Israel. Jadi kenapa semasa kempen
boikot-memboikot barang USA dan Yahudi, jenama rokok terkenal tidak di
boikot bersama? Anda fikirkan?
Jadi bagi perokok di luar sana, adakah anda tahu yang anda membawa
gen-gen ‘cacat otak? Jangan marah kerana ini kenyataan. Memang sekarang
anda tak nampak permasalahannya tetapi cuba lihat anak anda dan dua
generasi anda seterusnya. Pernahkah kita terfikir kenapa anak-anak
sekarang degil, suka memberontak, panas baran, tak dengar cakap ibubapa
serta sukar untuk mempelajari dan memahami perkara-perkara baru. Betul
ramai pelajar yang berjaya dalam SPM, dari 9A1 hingga 20A1 dan juga
ramai yang berjaya memasuki IPTA atau IPTS. Adakah ini kualiti yang
Negara mahukan. Tidakkah kita lihat lagi ramai para remaja yang ‘rosak’
daripada yang berjaya. Kajian WHO juga boleh menyokong kajian Dr Stephan
ini di mana ia menyatakan bahawa masyarakat Asia khususnya Asia
Tenggara adalah masyarakat yang paling banyak menghisap rokok berbanding
di Negara lain. Bolehkah kita mengaitkan bahawa faktor rokok merupakan
salah satu faktor di mana Negara-negara di Asia Tenggara kurang maju dan
agak kebelakang.
Mari kita kita bandingkan, negara-negara Asia Tenggara yang lain
selain SIngapura dengan hanya berkenaan rokok. Kebanyakkan Negara-negara
di Asia Tenggara tidak mempunyai undang-undang yang ketat berkenaan
rokok. Malahan harga rokok pun tidaklah mahal sangat berbanding di
Singapura. Di sana, hanya 10-17% rakyatnya merokok. Di samping itu juga
untuk merokok hanya di kawasan tertentu saja dan sekiranya mereka
merokok di kawasan terbuka mereka akan di kenakan kompaun dan akan di
hadapkan ke mahkamah. Itu baru merokok, tak termasuk buang punting rokok
merata-rata. Di Malaysia memang ada undang-undang untuk perokok tapi
kurang atau tidak ada langsung penguatkuasaan.Walaupun kompaun sampai
RM25,000 sekiranya merokok di kawasan larangan merokok tapi pernah kita
melihat perokok di tangkap dan di kenakan saman atas kesalahan merokok.
Sedikit pengetahuan, kebanyakkan remaja Singapura di kategorikan
antara remaja mempunyai IQ tinggi di dunia dan rakyat INDIA mempunyai IQ
paling bagus di dunia. Jadi tak hairanlah Singapore National University
antara 50 universiti terbaik di dunia dan berjaya melahirkan graduan
yang hebat. Berbanding di Negara kita dan Negara-negara Asia Tenggara
yang lain.
Jadi, mari kita berfikir tentang kehebatan kaum Yahudi berbanding
bangsa kita. Memang mereka adalah kaum yang di laknat oleh ALLAH buat
selama-lamanya tapi kenapa perkara yang baik kita tak boleh nak contohi,
demi melahirkan generasi yang hebat, cerdik dan taat. Masih banyak
perkara lagi yang saya tak sentuh terutama bab cara mereka membantu kaum
mereka dalam perniagaan, bidang penumpuan di IPT, kesungguhan
memartabatkan bangsa dan agama mereka dan banyak lagi. Jadi
kesimpulannya adakah kaum Yahudi ini menjadi hebat kerana kurniaan
daripada Tuhan atau pun atas usaha dan kesungguhan mereka sendiri.
Ingatlah Allah sentiasa membantu orang bersungguh-sungguh. Anda
fikirkanlah sendiri. Saya bukan menyokong mereka tapi hanya untuk kita
semua berfikir dan sedar yang Islam kebelakang dan di tindas kerana kita
tidak ada generasi yang hebat lagi cerdik pandai. Semoga Malaysia dan
Islam terus maju kehadapan.
· Sedikit santapan – Satu kajian yang di lakukan bahagian Kardiologi
PPUM di ketuai oleh Prof. Wan Azman menyatakan apabila kita sujud semasa
sembahyang, pada ketika itu denyutan jantung kita akan menjadi perlahan
dan stabil. Sekiranya jantung kita sentiasa berdenyut dalam keadaan
yang biasa dan stabil, Insya Allah ia akan memanjangkan umur kita dan
kualiti jantung kita. Fikir-fikirkan……
~sumber daripada www.syok.org