Followers

Tuesday, 28 August 2012

Day 3:New Zealand ( Rotorua- Te puke - Mt Manganau- Taurangga- Rotorua)


geram sangat ummi dengan buah ni,tapi takleh petik
Assalamualaikum.Selamat hari raya n salam kemaafan,terima kasih pada yg masih sudi menjengah blog ummi.sebulan berpuasa,sebulan juga blog ummi tak di updatekan.jadi byk entry yg tertangguh dari cerita  trip ke New Zealand ,masakan n family.insyaallah ummi akan update kan perlahan2.

 
Day 3: Rotorua- Te puke - Mt Maunganau- Taurangga- Rotorua

Hari ke tiga kami buat keputusan untuk buat perjalanan jauh sikit. Dari Rotorua ke taurangga n singgah di Te puke untuk melawat ladang buah kiwi n Mount Maunganui. perjalanan ni makan masa hampir 3 jam pegi dan balik.sekitar 159km.

Perjalanan pagi tu alhamdullilah,cuaca amat baik sekali,dalam perjalanan keluar dari Rotorua,sempat juga singgah kat tasik rotoitti,cantik pemandangan kat situ.

rotoiti lake

amni n auni sempat main trampolin
pemandangan yg sempat kami rakamkan,sepanjang perjalanan


dalam pukul 12tgh kami sampai kat ladang kiwi di Te puke.kami di bawa naik train keliling ladang,sambil di beri penerangan,cuma yg tak berapa best kiwi ni semua dah togel,maklumlah sekarang musim sejuk.



selepas habis melawat ladang kiwi,kami dihidangkan dgn kiwi n jus
pokok Persimmons fruit yg dah togel

auni terkedu tengok replika burung kiwi yg besar
pokok2 besar ni di tanam sebagai pagar untuk ladang buah2an kat sana bagi menghalang angin yg kuat rosakkan tanaman

geram tengok pokok limau yg penuh dengan buah limau


train yg bawa kami jalan2 pusing ladang

 Hampir pukul 3 baru selesai pusing2 kawasan ladang. kami meneruskan perjalanan kami ke mt maunganau. sampai sana dah dekat pukul 4 ptg.tak buat apa2 just pusing kawasan je.angin terlalu kuat.ummi mampu bertahan 1 minit je keluar dari car nak snap picture.punyalah lah kuat angin,sampai nak jatuh badan ummi kena tolak dek angin.bunyi tiupan angin kat situpun amat menyeramkan. patutlah tak nampak org pun dok kat tepi pantai tu.



masa ni teringat pada kejadian tsunami

ombak yg kuat sangat

cam biasalah kat tepi2 pantai ni byk rumah besar yg cantik2


sekejap je kami di Mt Maunganau.kami terus bertolak ke Tauranga. sampai kat tauranga hari dah nak malam n terperangkap dalam jam.Kami sampai betul2 pukul 5. Org baru keluar dari office.kat Taurangga kami tak buat apa2 just pusing bandar sekejap je n terus bertolak balik ke rotorua.perjalanan balik kali ni memang mencabar dah lah gelap.jalan dia berbukit-bukau.siap jumpa bridge yg hanya ada 1 lane je.memang kecut perut  kami di buat nya. 





sampai kat hotel,ummi masak pasta dengan sos seafood bolognaise