Followers

Monday, 13 February 2012

Amni and Auni 5th birthday



sponge chocolate cake for amni

Chocolate moist cake for Auni

Rasa sekejap sangat masa berlalu,Anak ummi yg dua orang ni dah masuk 5 tahun pada tanggal 7 Feb lepas,alhamdullilah majlis sambutan hari lahir buat puteri2 ummi ni taklah segah mana. jemputan pun cuma jiran n keluarga terdekat je.yang tak seronoknya tok pahang tak dapat datang.

Menu untuk sambutan birthday kali ni simple je,sesuai untuk makan petang antaranya .

Bee hon sup
laksa nyonya
karipap
lasagna
nugget
sosej
puding jagung
pop cake
sponge kek
coklat moist kek












bee hon tu ummi tempah dari jiran sebelah rumah ,alhamdullilah dia siap sedekahkan karipap untuk majlis ni.laksa nyonya pulak di masak oleh mak tok , yg lain ummi buat sendiri.

Acara untuk birthday auni n amni tak macam tahun lepas,buat yg sempat je. lepas potong kek terus main game. game untuk budak2 je,org dewasa tak de,masa agak suntuk. majlis start pukul 4,tapi pukul 6 baru semua berkumpul. jadi potong kek dah pukul 6. game start lambat,habis 3 game terpaksa stop dulu solat maghrib baru mula game yg terakhir,Game untuk kali ni untuk yg 7 tahun ke bawah pecahkan belon dan musical chair untuk yg dah besar sikit cari gula2 dlm tepung dan Hot and Cold .

Alhamdullilah terima kasih kepada yg sudi datang memeriahkan majlis untuk amni  n auni dan tolong ummi dari awal hingga akhir majlis( tolong kemas rumah).terutamanya buat mak tok yg tolong masakkan laksa nyonya n hadiahkan baju untuk birthday girl. susah nak cari baju untuk dia org,ummi n abi memang asalnya nak cari baju kurung pink colour( atas permintaan dia orang ni).dah byk kali keluar cari baju tp tak jumpa ,kalau ada pun sepasang je.last2 ummi fikir pakai baju lama je tp alhamdullilah mak tok sudi cari baju utk dia org mula2 cari gown ,tak jumpa so mak tok belikan t sirt princess.


1 comment:

Wan Nuraini Wan Adnan said...

wow!..sweetnya hot pink...cantik..sorry sufi, tak ingat langsung majlis umah awak hari tu. duk mengemas rumah je satu hari tu.