Hari ni cam malas lah pulak nak masak nasi,tanya anak2 nak makan apa cepat je jawap nak makan ayam goreng,so hari ni menu western lah pulak.
Resepi ayam goreng ni sama dengan yg entry ummi yan lepas kat sini
Bahan-bahan untuk Kentang Putar :
4 biji kentang yang bersaiz besar.
1 sudu besar mentega
3 sudu besar susu segar
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
Cara-cara :
1. Rebus kentang yg telah di buang kulit, Rebus kentang sehingga empuk. Bila dah empuk, toskan
air.lenyekkan kentang sewaktu masih panas lagi
2. Masukkan susu segar dan mentega. Gaul rata. Rasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
Sos Kentang Putar.
Bahan-bahan :
650 ml air
1 biji bawang Holland - cincang halus
1 batang saderi- cincang halus
3 sudu besar serbuk Pati Ayam/ 1 1/2 kiub Pati Ayam Maggi
4 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah / lada hitam
garam secukup rasa
Cara -cara :
Masak air dengan masukkan serbuk pati ayam, daun saderi dan bawang besar. Masak sampai mendidih. Renehkan sebentar dengan api perlahan selama 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.
Dalam periuk yang lain, cairkan mentega dalam api sederhana panas. Biarkan cair. Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit. Kacau perlahan sampai tepung tak melekat di periuk. Pastikan api perlahan ya.
Tuangkan air rebusan perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit. Kacau sampai kuah menjadi likat.
Masukkan sos tomato dan sos tiram. Kacau sebati.
Masukkan kicap pekat. Tambah kicap sekira mahu kuahnya berwarna gelap.
Masak sehingga pekat. Rasa dahulu sebelum masukkan garam. Sekiranya anda sudah berpuas hati dengan rasa yang sedia ada. Tak perlu tambah garam. Sekiranya mahu masin lebih. Baru tambahkan garam.
Akhir sekali, taburkan serbuk lada sulah . Kacau lagi sampai serbuk lada sulah sebati dengan kuah dan kepekatannya beersesuaian.
Akhir sekali, taburkan serbuk lada sulah . Kacau lagi sampai serbuk lada sulah sebati dengan kuah dan kepekatannya beersesuaian.
Resepi Coleslaw
Bahan-bahan
- Kobis Putih
- carrot
- Mayonis
- Susu segar 2 susu
- Gula Pasir 1 sudu besar
- secubit garam
- Kobis dan carrot dibasuh bersih-bersih dan keringkan. Setelah itu dihiris dan dicincang kecil-kecil.
- Masukkan kobis dan carrot yang telah dicincang itu ke dalam bekas yang mempunyai penutup. Biarkan sebentar.
- Masukkan mayonnis, susu , gula pasir, garam ke dalam mangkuk dan kacau sampai betul-betul sebati.
- Tuangkan ramuan yang dah sebati itu ke dalam sayuran yang telah dicincang dikacau hingga rata.
- Setelah itu, tutup bekas tu dan simpanlah dalam peti sejuk,paling kurang 1 jam.
- kalau suka masam2 skit leh tambah,cuka or lemon jus
No comments:
Post a Comment