Followers

Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts

Thursday, 7 March 2013

Kisah Ashabul Ukhdud (Para Pembuat Parit)

Lama tak baca kisah ni.bila nak tidurkan puteri ummi yg 2 org ni, ummi n abi memang kena ready untuk satu cerita.Sampai satu masa dah habis dah cerita yg nak di ceritakan, terpaksalah ummi guna khidmat Mr google untuk bantu cari cerita2 yg membina. Alhamdullilah dlm dok mengoogle ni terjumpa cerita ni dari blog kat sini,memang bagus utuk anak2,supaya dia org tak terus khayal dengan cerita2 yg sekadar hiburan tp tak mendidik jiwa. Snowwith, thumbelina, Barbie dan byk lagi cerita2 khayalan barat yg memang jadi kegemaran anak2 ummi. Bila dia org dah meningkat umur ni ummi mula perlahan2 nak tarik perhatian pada hero/heroin sebenar islam.Moga Allah memudahkan urusan kami membesarkan anak2 ini dlm suasana islam yg sebenarnya. Insyaallah.

 

Pada masa dahulu raja-raja bergantung kepada ahli sihir untuk mengukuhkan takhta kerajaan mereka. Sihir digunakan oleh pemerintah untuk menipu orang ramai yang menyebabkan mereka menjadikan raja sebagai tuhan selain daripada Allah swt. Rasulullah saw telah memberitahu bahawa ada seorang raja yang mempunyai seorang tukang sihir yang sudah lanjut usianya. Tukang sihir ini merasa takut akan kehilangan ilmunya dan meminta agar raja tersebut mencari seorang budak yang bijak dan menonjol pada masa itu untuk mewarisi ilmu dan kesesatannya. Raja itu menunaikan hajat tujang sihir tadi.


Pada suatu hari ketika budak itu berulang alik dari istana, dia telah melalui satu tempat yang merupakan tempat tinggal seorang rahib (ahli agama) dan dia begitu tertarik kepadanya dan mendengar segala nasihat daripada rahib tadi. Pada suatu hari budak tersebut telah terserempak dengan seekor binatang besar yang menghalang laluan orang ramai. Justeru, timbul idea bagi budak tersebut untuk mengetahui yang manakah benar di antara tukang sihir dan rahib. Lalu dia pun mengambil seketul batu dan melontar kepada binatang tersebut dengan memohon kepada tuhan agar membunuh binatang tersebut sekiranya rahib itu yang benar, Lalu binatang itu tersungkur dan rebah dengan lontaran itu.

Allah swt telah mengurniakan kepada budak tadi kelebihan menyembuh penyakit, antaranya mencelikkan penglihatan dan menyembuhkan penyakit sopak sambil ia berdakwah dengan memberitahu bahawa penyembuhnya adalah Allah. Sesiapa yang beriman kepada Allah maka Dialah jua penyembuhnya. Budak tadi tetap sabar dalam menyebarkan dakwah ketika mengubati penyakit orang ramai. Lalu tersebarlah berita mengenai kehebatan budak tadi kepada salah seorang pegawai istana yang buta. Tanpa berlengah, dia pun pergi kepada budak tadi untuk berubat. Budak tersebut memberitahu bahawa penyembuhnya adalah Allah. Jika dia beriman kepada Allah, dia akan berdoa kepada Allah supaya Dia menyembuhkan penyakitnya. Pegawai tadi terus beriman dan penyakitnya disembuhkan dengan berkat daripada doa budak tadi.

Pada suatu hari, pegawai tadi telah menghadiri suatu majlis lalu raja berasa hairan apabila melihat pegawai itu tidak buta lagi. Maka dia bertanya: "Siapakah yang menyembuhkan penglihatanmu". Lalu pegawai tersebut menjawab : "Tuhanku". Maka raja tersebut bertanya lagi: "Adakah bagi kamu tuhan selain daripadaku?". Pegawai itu menjawab : "Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah". Maka raja tersebut begitu marah apabila mendengar jawapan itu kerana ia boleh menggugat takhta dan pemerintahannya. Raja telah menyiksa pegawai itu sehinggalah dia memberitahu mengenai budak tersebut.

Apabila budak tadi datang ke istana… raja itu menyangka bahawa budak tadi telah mencapai suatu tahap ilmu sihir hasil daripada tunjuk ajar tukang sihirnya. Tetapi ternyata sangkaannya itu meleset sama sekali apabila budak tadi mengingkari sihir dan tukang sihir. Sebaliknya budak itu mengajak untuk beriman kepada Allah s.w.t yang Esa.

Apabila raja mengetahui tentang kewujudan rahib, maka diazabnya rahib itu agar meninggalkan agamanya namun ia enggan dan tetap bersabar sehinggalah badannya dibelah dengan gergaji. Rahib itu meninggal dunia dalam keadaan mempertahankan aqidahnya. Selepas itu, raja telah merancang untuk membunuh budak itu pula dengan dibawa budak itu ke puncak gunung untuk dihumbankan ke lembah yang curam. Lalu budak itu berdoa kepada Allah. Tiba-tiba bergegarlah gunung tersebut dan jatuhlah semua pegawai-pegawai raja ke dalam lurah yang tinggi itu. Maka kembalilah budak tadi kepada raja dengan selamatnya dan memberitahu mengenai apa yang berlaku.

Selepas gagal cubaaan pertama, lalu budak itu dihantar pula ke tengah laut untuk dihumbankan ke dasar lautan , lalu berdoalah budak tadi kepada Allah. Doanya dimaqbulkan dan kesemua pegawai tadi ditenggelamkan oleh Allah s.w.t. Budak tadi kembali semula kepada raja dengan selamatnya. Setiap perbuatan budak itu menjadi buah mulut orang ramai terutamanya berkaitan dengan keberanian budak tersebut dalam menghadapi pemerintah yang zalim itu tanpa rasa gentar dan takut. Raja menyedari akan kelemahannya untuk membunuh budak tersebut maka akhirnya budak itu sendiri memberitahu mengenai satu cara yang membolehkan dirinya dibunuh. Budak itu meminta raja tersebut supaya mengumpulkan orang ramai di suatu tempat dan mengikatnya pada pokok. Kemudian mengambil anak panah daripada simpanannya dan memanahnya dengan berkata : "Dengan nama Allah s.w.t Tuhan budak ini!". Lalu raja pun memanahnya sebagaimana cara yang disuruh oleh budak itu.

Raja berasa lega apabila budak itu pun meninggal dunia, namun tiba-tiba raja diberitahu bahawa orang ramai yang menyaksikan kejadian itu telah beriman kepada Allah. Raja itu pun dengan segera mengarahkan semua pegawai dan sekutu-sekutunya menggali parit dan menyalakan api ke dalamnya dengan menghumbankan setiap orang yang beriman kepada Allah ke dalamnya. Namun, semua orang yang beriman itu lebih rela dihumbankan ke dalam api tersebut kerana api neraka di hari qiamat lebih ditakuti oleh mereka daripada api dunia, begitulah pendirian orang mukmin yang sebenarnya.



Ada seorang wanita yang masih mempunyai anak kecil di dalam pangkuannya yang masih menyusu agak teragak-agak untuk terjun ke dalam parit yang dipenuhi api yang bernyala kerana memikirkan tentang bayinya itu, lalu dengan izin Allah s.w.t bayi kecil itu dapat bercakap kepada ibunya supaya bersabar kerana mereka berada di dalam kebenaran.

Allah s.w.t telah merakamkan peristiwa yang bermaksud : "Celakalah kaum yang menggali parit, (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran, (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya, Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman. Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji! Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu. Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam (kerana perbuatan buruk itu) dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat). Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar. (Al-Buruuj: 4-11)" .

PENGAJARAN KISAH
1. Allah tetap menyempurnakan agamaNya sebagaimana Dia menolong budak dalam kisah ini. Kaum yang selama ini berada dalam kesesatan dan kezaliman mendapat hidayah Allah apabila melihat peristiwa yang berlaku kepada budak itu. Allah taala senantiasa membantu mereka yang menegakkan dan memelihara serta mempertahankan agamaNya.
2. Allah mampu membangkitkan pendakwah pada agamaNya daripada kalangan orang yang mana pada mulanya dianggap pengukuh kepada kerajaan Thaghut sebagaimana budak di dalam kisah ini, pada mulanya budak itu menjadi murid kepada tukang sihir tetapi akhirnya beriman kepada Allah melalui pengajian yang diperolehi daripada Abid dan akhirnya dia menjadi penentang paling kuat kepada kerajaan yang zalim itu.
3. Iman tidak memerlukan masa yang panjang setelah diberi hidayah oleh Allah didalam hati manusia sebagaimana yang terjadi kepada kaum di dalam kisah ini.
4. Allah mengurniakan karamah (kemuliaan) kepada wali-waliNya didalam memperkukuhkan lagi keiman dan keyakinan.
5. Orang kafir sentiasa bermusuh dengan orang beriman sebagaimana digergaji rahib dan pegawai raja yang telah beriman kepada Allah.
6. Kita wajib bersabar di dalam menempuh ujian sebagaimana sabarnya rahib, pegawai dan budak itu serta kaum yang telah dihumbankan ke dalam parit api.
7. Dibolehkan membuat helahan dalam peperangan dan perkara yang bertujuan menegakkan kebenaran.
8. Orang yang jahat sentiasa mahu kejahatan mereka diwarisi kepada orang lain sebagaimana tukang sihir mahu mengekalkan ilmu sihirnya kepada orang lain untuk menyesatkan manusia.
9. Mereka yang benar-benar yakin, istiqomah, dan ikhlas dalam perjuangan sahaja yang akan mendapat kemenangan.

KESIMPULAN
Sebagai seorang yang beriman kepada Allah SWT kita hendaklah yakin akan kebenaran agama Allah dan sentiasa berdoa serta bergantung kepadaNya. Serahlah segala urusan dan penentuan hanya kepada Allah. Barang sesiapa yakin kepada Allah maka Allah akan menolongnya dan jika dia terkorban sekalipun pegorbanannya itu akan menjadi titik tolak kepada kebangkitan ke arah kebenaran. Kita hendaklah berjemaah kerana ia akan membawa kepada keberkatan dan kebahgiaan. Sesiapa yang menolong dan membantu agama Allah di dunia maka Allah akan menolongnya di dunia dan di akhirat serata menetapkannya di dalam islam.

Seperti kisah Rasulullah s.a.w dengan pamannya Abu Talib:
Abu Thalib menemui Rasulullah saw, dan berkata, ”Wahai anak saudaraku! Sesungguhnya kaum Quraisy datang menemuiku. Mereka mengatakan begini dan begitu. Maka tetaplah atasku dan atas diriku, dan janganlah engkau membebaniku dengan urusan yang tak sanggup kuatasi.” Rasulullah SAW mengira Abu Thalib terganggu karena perkara beliau ini, tidak mampu lagi melindungi dan berdiri bersama beliau.


Maka beliau berkata, “Wahai paman! Demi Allah! Seandainya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, agar aku meninggalkan urusan ini, niscaya aku takkan meninggalkannya hingga Allah memenangkannya, atau aku binasa.”

Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (At-Talaq: 2-3)

Thursday, 20 October 2011

MUHAMMAD AL FATIH


Bagaimana Muhammad Al-Fateh di bentuk


http://keepfight.wordpress.com/
KELAHIRAN MUHAMMAD AL FATIH
Istana kesultanan Ottoman sedang bergembira. Raja mereka, Sultan Murad, kini memiliki seorang putra yang diberi nama Muhammad. Sama dengan nama nabi kita, Muhammad SAW. Raja bertekad menjadikan putranya yang baru lahir ini menjadi orang besar yang menggantikan kedudukannya. Pada 27 Rajab 835 H (30 Maret 1432 M), Muhammad Al-Fatih melihat dunia untuk pertama kalinya.

Pendidikan yang dijalani Muhammad Al-Fatih tidaklah mudah. Dalam usia yang masih muda, dia sudah menjadi hafizh al-Quran. Ilmu hadits, hukum Islam, matematika dan astronomi yang berkembang saat itu pun harus dikuasainya. Muhammad Al-Fatih juga seorang yang fasih berbahasa Arab, Persia, Latin, dan Yunani. Gurunya selalu membekali Muhammad Al-Fatih adab dan akhlak islami. Semangat jihad dan menjadi orang besar selalu dikobarkan di dada Muhammad Al-Fatih. Pendidikan ini yang signifikan membentuk kepribadian Muhammad Al-Fatih kelak.
Berbagai peperangan diikuti bersama ayahnya. Dan dari setiap peperangan itu dia mendapatkan banyak pengalaman, semangat dan siasat perang. Jadilah dia seorang ahli perang di usia mudanya. Dalam ketatanegaraan, Muhammad Al-Fatih muda diamanahi memimpin di negara bagian kecil dari kesultanan ayahnya.

Menjadi Sultan Muda

Sultan Murad II wafat (5 Muharram 852 H/7 Februari 1451 M). Saat itu pemuda bernama Muhammad Al-Fatih masih sangat muda. Usianya baru 20 tahun.
Syaikh Aaq Syamsudin menyatakan keyakinannya bahwa Sultan Muhammad Al-Fatih adalah basyirah (kabar gembira) yang dikabarkan Nabi SAW itu dan akan menaklukan Konstantinopel.
Penasihat kerajaan tanpa ragu mempercayainya menjadi sultan. Mereka melihat ketawadhuan, kepintaran, dan semangat Muhammad Al-Fatih muda. Saat itulah, Syaikh Aaq Syamsudin mengatakan kepada Muhammad Al-Fatih, bahwa nabi SAW bersabda:
“Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.” [H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335]
Lalu, Syaikh Aaq Syamsudin menyatakan keyakinannya bahwa Sultan Muhammad Al-Fatih adalah basyirah (kabar gembira) yang dikabarkan Nabi SAW itu dan akan menaklukan Konstantinopel.
Sejak saat itu, Sultan Muhammad Al-Fatih, menjadi begitu berkeinginan untuk menaklukkan Konstantinopel. Dia tidak bicara dengan seseorang melainkan untuk penaklukkan kota itu. Banyak langkah-langkah ia siapkan. Mulai dari menguasai kota-kota di sekitar Konstantinopel hingga pemanfaatan teknologi mutakhir.
Seorang ilmuwan Dinasti Ustmaniyah ini juga mampu menemukan meriam. Meriam seberat 700 ton dan peluru 1500 kilogram merupakan teknologi baru dan belum pernah dipakai pada peperangan sebelum-sebelumnya. Dengan adanya penemuan meriam ini, benteng kota Konstantinopel setinggi 30 m dan tebal 10 m akan lebih masuk akal untuk dirobohkan.

PENAKLUKAN KONSTANTINOPEL

150.000 pasukan Islam sudah disiapkan mengepung kota Konstantinopel dari segala penjuru. Beliau sendiri yang berkeliling melihat persiapan pasukannya. Tak henti-hentinya Sultan mengobarkan semangat jihad pasukannya. Dia secara khusus pasukannya berpuasa dan sholat malam.
Surat dikirimkan oleh Muhammad Al-Fatih kepada Paleologus (Penguasa Konstantinopel) agar mereka masuk Islam dan menyerahkan Konstantinopel secara damai. Jika tidak, perang tidak akan terhindari lagi. Paleologus kerana bongkak dengan bentengnya yang selama 8 abad tidak dapat di tembusi menjawab tidak akan menyerah dan siap menerima serangan dari pasukan Islam.
Perang tidak terhindari lagi. Dan kesombongan Paleologus ada benarnya. Benteng kota Konstantinopel sukar sekali ditembus. Pengepungan sudah mencapai 30 hari. Tidak ada tanda-tanda benteng akan bisa di tembus. Serangan meriam yang dilancarkan memang mampu membolos benteng. Tapi secepat kilat juga pasukan Paleologus membangun kembali. Parit selebar 7 meter di luar benteng benar-benar menyulitkan pasukan Islam.
Sultan Muhammad Al-Fatih berpikir keras. Pengepungan satu bulan terakhir akan sia-sia jika benteng tak juga mampu ditembus. Saat itu yang dipikirkannya adalah celah di Golden Horn( tanduk rusa ). 22 April 1453 malam, Sultan Muhammad Al-Fatih memerintahkan pemindahan kapal melalui darat melalui Golden Horn. Idea sangat cemerlang dan benar-benar tidak disangka-sangka. 70 kapal mampu masuk ke selat Golden Horn setelah sebelumnya ditarik melalui kawasan  darat( melintasi sebuah bukit ) menghindari rantai di selat itu.
Hal ini sangat mengejutkan  pasukan Paleologus. Dan menjadi titik balik menuju penaklukkan kota Konstantinopel.

MENJELANG KEMENANGAN

Kemenangan itu telah dekat. Basyirah nabi SAW akan segera mampu diwujudkan. Sultan Muhammad Al-Fatih sudah melihat hal itu di matanya. 17 Mei 1453, Sultan mengumpulkan pasukkannya lalu berkhutbah:
“Jika penaklukan kota Konstantinopel berhasil, maka sabda Rasulullah SAW telah menjadi kenyataan dan salah satu dari mukjizatnya telah terbukti, maka kita akan mendapatkan bagian dari apa yang telah menjadi janji dari hadits ini, yang berupa kemuliaan dan penghargaan. Oleh karena itu, sampaikanlah pada para pasukan satu persatu, bahwa kemenangan besar yang akan kita capai ini, akan menambah ketinggian dan kemuliaan Islam. Untuk itu, wajib bagi setiap pasukan, menjadikan syariat selalu di depan matanya dan jangan sampai ada di antara mereka yang melanggar syariat yang mulia ini. Jangan mengusik tempat-tempat peribadatan dan gereja-gereja. Jangan mengganggu para pendeta dan orang-orang lemah tak berdaya yang tidak ikut terjun dalam pertempuran. Bermunajat hanya kepada Allah, jauhkan diri dari maksiat, bertahajjud pada malam hari dan berpuasalah pada esok hari.”
Khutbah Sultan Muhammad Al-Fatih benar-benar membakar semangat jihad pasukkannya lebih hebat lagi. Mereka pun berpuasa di siang hari dan tahajud pada malam harinya. Hingga Allah mentakdirkan Konstantinopel jatuh ke tangan pasukan muslimin.

KONSTANTINOPEL , TAKBIR PERTAMAMU

Untuk pertama kalinya, sejak Islam dibawa oleh Rasulullah SAW, Konstantinopel bergemuruh oleh pekikan takbir. Allahu Akbar!
Kota Konstantinopel dibuka oleh Sultan Muhammad Al-Fatih 29 Mei 1453. Seluruh warga Konstantinopel berkumpul di Gereja Hagia Sophia. Menangis. Lesu. Pasrah. Bagaimana nasib mereka setelah ini? Mereka bersimpuh tak berdaya. Apa yang akan dilakukan Sultan Muhammad Al-Fatih? Mereka bahkan tak berani untuk sekedar membayangkan.
Seorang pemuda, usianya baru 23 tahun berhenti di depan gereja Hagia Sophia. Dia lalu turun dari kudanya kemudian sholat dua rakaat. Setelah itu dihampirinya warga kota Konstantinopel yang sedang bersimpuh di gereja itu. Dengan lantang dia berseru:
“Berdiri! Saya adalah Sultan Muhammad dan saya ingin mengatakan kepada kalian, saudara-saudara kalian dan semua orang bahwa hidup dan kebebasan kalian dijamin.”
Sejak saat itu, gereja Hagia Sophia dialihfungsikan menjadi masjid. Dan masih bisa ditemui sampai sekarang. Nama kota diganti menjadi Islambul (kota Islam, kini: Istambul, Turki) dan menjadi ibukota kerajaan Daulah Utsmaniyah.

Akhir Kehidupan Muhammad Al-Fatih

Berita penaklukkan Konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al-Fatih sangat menggentarkan Eropah. Mereka harus bersatu melenyapkan Sultan Muhammad Al-Fatih. Tapi persatuan Eropa saat itu sangatlah mahal dan sulit didapatkan. Satu persatu kerajaan-kerajaan kecil Kristian Eropah mampu dikuasai Sultan Muhammad Al-Fatih.
Muhammad Al-Fatih menguasai kota Otarant di Italia Julai 1480. Kota Otarant ini dijadikannya markas untuk menaklukkan Rom. Namun, di saat semua persiapan untuk penaklukan Kota Rom tengah disiapkan, Allah SWT berkehendak lain. 3 Mei 1481, Allah memanggil kekasih dan wali-Nya ini, Muhammad Al-Fatih, kembali kepadaNya.
Demikianlah kehidupan dari sultan Muhammad Al-Fatih. Sumbangannya terhadap Islam dan ilmu pengetahuan sangat besar. Pemergiannya meninggalkan wilayah kerajaan Daulah Utsmaniyah yang sangat luas, termasuk Konstantinopel. Dia juga membangun tiga ratus masjid dan 57 sekolah moden saat itu.

Monday, 3 October 2011

KebijaksanaanYahudi dan Pemakanan



Kita sering kali terbaca dan terlihat di mana-mana saja tentang ‘BOIKOT BARANG USA DAN ISRAEL.’. Serta kita juga dapat perhatikan hampir 70-80% perniagaan di dunia ini di kuasai oleh kaum Yahudi. Malah pentadbiran Amerika itu sendiri di bayangi oleh kaum Yahudi. Dalam Quran dan beberapa kitab-kitab ada menyatakan kaum Yahudi atau Bani Israel adalah golongan yang bijaksana, pandai berniaga walaupun sikap mereka yang sentiasa takbur sehinggakan di laknat oleh ALLAH.

Penulisan ini bukan untuk bercerita tentang ke’Takbur’an, Kezaliman dan Keganasan mereka. Namun di sini saya ingin anda semua termasuklah diri saya sendiri berfikir Kenapa mereka bijak dan mampu mengusai perniagaan dunia serta melahirkan ramai cendiakawan. Sedangkan kita orang Melayu sejak dari tahun 1970 sampai sekrang hanya dapat melahirkan kurang 20% usahawan daripada sasaran 30% walaupun dengan pelbagai dasar telah di unjurkan dan di laksanakan.


Baru-baru ini saya ada terbaca satu artikel yang di tulis oleh Dr Stephan Carr tentang bagaimana kaum Yahudi dapat melahirkan ramai cendiakawan dari pelbagai bidang. Artikel ini bertajuk “WHY THE JEWS SO SMART?”. Saya terbaca pun setelah rakan saya ‘print’ dan menghebahkannya. Amat menarik kerana artikel membincangkan tentang adakah kaum Yahudi ini di lahirkan untuk menjadi pintar, suatu kebetulan atau atas usaha mereka sendiri? Selepas saya membaca artikel ini, saya ada membuat sedikit kajian dan membaca artikel-artikel lain bagi menyokongnya seterusnya melakukan perbezaan dalam kehidupan kita terutama Bangsa Melayu. Artikel ini beliau menulis setelah beliau melakukan pelbagai kajian yang mengambil masa berbelas tahun. Di sini saya ingin sedikit menguraikannya supaya kita semua dapat berfikir bersama.
Permulaan artikel ini, beliau menerangkan bagaimana proses ‘Kebijaksanaan’ Yahudi itu bermula. Menurut kajian Dr Stephan, apabila kaum Wanita Yahudi (si Ibu) mengandung, si Lelaki (Ayah) dan ibu tadi akan membeli buku matematik, menyanyi dan bermain piano. Dan semua perkara ini mereka akan lakukan
bersama terutama menyelesaikan masalah matematik. Ini kerana keinginan mereka ingin melahirkan zuriat Yahudi yang genius dan bijaksana. Bagi saya ia amat menarik sekali. Jarang kita lihat perkara ini berlaku di kalangan orang kita. Dalam beberapa artikel lain yang saya baca, sekiranya si Ibu banyak berfikir tak kira yang bagus atau tidak, ia akan di ‘pindahkan’ kepada si anak dalam kandungan itu. Jadi sekiranya si ibu berfikir tentang menyelesaikan masalah matematik atau apa saja ilmu-ilmu, insya Allah dengan izinNYA ilmu itu akan di pindahkan kepada si bayi tadi. Itu sebabnya Islam amat menggalakkan kita membaca Al Quran, melakukan perkara yang baik lagi yang bijaksana supaya anak kita nanti akan berjaya dan menjadi seorang ‘MANUSIA’. Kaedah seperti meletakkan ‘head-phone’ ke perut dan mendendangkan lagu-lagu berilmu serta bacaan ayat Suci Al Quran pun amat berkesan kerana dengan sumber yang terus mampu merangsangkan otak si bayi.

Itu dari segi perbuatan semasa mengandung. Bagaimana dengan pemakanan si Ibu pula? Menurut artikel beliau, kebanyakkan ibu-ibu Yahudi yang mengandung lebih banyak memakan kekacang terutama kacang badam dan kurma dengan susu. Kajian menyatakan protein kacang terutama kacang badam amat baik untuk merangsang pertumbuhan otak bayi. Manakala kurma dan susu saya rasa tak perlu la say ajelaskannya lagi kerana Rasullullah sendiri telah menjelaskan khasiatnya. Di samping itu, si ibu tadi di galakkan makan roti dan ikan tanpa kepala serta salad. Di tambahkan pula dengan mengambil pil minyak ikan sebagai pil tambahan (supplementary).

Ini semua cukup jarang berlaku di kalangan masyarakat Melayu. Kita masih lagi terikat dengan pantang larang yang di buat oleh orang dulu. Memang ada pantang larang itu bagus tapi kenapa kita tak nak cuba melakukan perkara yang memberi sedikit kelainan. Namun ada ibu-ibu moden sekarang melakukan perubahan. Lebih banyak mengambil supplement yang memberi khasiat kepada bayi dan diri sendiri, minum susu dan memakan kekacang. Untuk pengetahuan, susu amat bagus untuk kesihatan ibu dan juga bayi dalam kandungan kerana ia mampu mempercepatkan pembesaran tulang, sel-sel otak dan mencerahkan kulit bayi iaitu merangsang sel-sel kulit bayi. Itu sebabnya orang Yahudi putih. Kenapa orang Yahudi amat melarang memakan kepala ikan terutama kepada ibu mengandung? Ini kerana menurut kajian saintis-saintis kepala ikan mempunyai beberapa jenis bahan kimia yang boleh merencatkan sel-sel otak dan saraf manusia terutama bayi yang sedang membesar. Jadi, macamana dengan Kari Kepala Ikan? Mmmm. Anda fikirkanlah.



Bagaimana dengan cara pemakanan orang Yahudi itu sendiri. Seperti saya katakan tadi, mereka suka makan ikan terutama fillet dan salad serta kekacang. Seperti orang kita, mereka amat melarang memakan daging dan ikan bersama. Sebabnya kita sendiri pun mengatahuinya. Kalau tak tahu, Tanya ibubapa kita. DI samping itu, mereka amat suka dan menggalakkan memakan buah-buahan dulu sebelum memakan hidangan utama.

Kajian menunjukkan ikan amat bagus untuk perangsangan minda dan ia sendiri telah terbukti di Malaysia. Kenapa peratusan pencapaian kejayaan untuk semua peperiksaan utama (UPSR, PMR dan SPM) amat cemerlang di negeri Kelantan dan Terengganu. Satu kajian tak rasmi, menyatakan bahawa penduduk di dua buah negeri ini menjadikan ikan sebagai makanan utama dan ikan tongkol (Ikan dalam hidangan Nasi Dagang) adalah ikan utama. Ikan tongkol ini adalah sama spesis dengan ikan Solomon dan saya rasa anda semua sendiri tahu khasiat ikan Solomon. Sekiranya tak tahu, ikan Solomon mempunyai protein OMEGA yang tinggi dan amat bagus untuk pertumbuhan minda kita. Jadi khasiat ikan Tongkol adalah lebih kurang sama dengan ikan Solomon.

Memakan buah-buahan sebelum memakan makanan utama memang bagus untuk kesihatan. Islam dan Rasulullah sendiri telah mengajarkannya kepada kita. Cuma orang kita yang tak mahu mengikutnya dan lebih suka memakan buah selepas makan berat. Menurut kajian orang Yahudi sendiri, makan buah selepas makan hidangan utama terutama hidangan karbohidrat menyebabkan kita akan rasa mengantuk, lemah dan sukar memahami pelajaran atau ilmu. Di samping itu juga ia tidak baik untuk kesihatan badan kita. Betul tak lepas makan kita akan rasa mengantuk?

Bagaimana pula sistem pembelajaran anak-anak mereka? Dalam artikel ini serta artikel lain, kerajaan Yahudi itu sendiri amat menitikberatkan pendidikan. Pembelajaran mereka lebih menumpukan kepada sains, perniagaan dan musik serta penumpuan kepada sukan atau aktiviti luar darjah. Jadi tak hairanlah sekiranya mereka berjaya dalam bidang sains dan perniagaan kerana kerajaan mereka sendiri memberi begitu penekanan sehingga melahirkan ramai cendiakawan serta memonopoli perniagaan dunia seperti Starbuck, DKNY, Levi’s, Dunkin Donut dan banyak lagi. Mereka amat mengalakkan anak-anak mereka mencuba perkara-perkara baru, mencipta projek-projek sains sendiri walaupun ia Nampak mengarut dan lucu kadang-kadang tetapi mereka di beri peluang berfikir dan sekiranya projek mereka seperti berpotensi maka pihak sekolah akan beri lebih ketelitian.

Kenapa mereka memilh musik? Menurut mereka, bermain musik dan memahami nota musik dapat meningkat IQ dan merangsang otak. Dan mereka juga mengalakkan atau mewajibkan kanak-kanak bermain piano dan biola. Bidang sukan juga turut di beri penekanan dan sukan memanah, menembak dan balapan. Bagi mereka, sukan-sukan terutama memanah dapat melatih otak memfokuskan sesuatu. Di samping itu, ibubapa amat mengawal pemakanan anak-anak mereka. Kanak-kanak di sana di haruskan makan buah-buahan bersama kacang badam dan memakan pil minyak ikan. Menurut beberapa pengkaji, orang Yahudi rata-rata memahami 3 jenis bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris.bagi org islam amat bagus kita praktikkan bacaan zikir2 dan bacaan al quran bagi merangsang perkembangan bayi di dalam kandungan

Berbalik kepada masyarakat kita. Bagaimana sistem pendidikan kita? Bagaimana dengan pembelajaran anak-anak kita sekarang? Apa yang saya boleh rumuskan adalah masih lemah. Walaupun pelbagai kaedah pembelajaran, pembaharuan dasar atau apa sekalipun ia masih belum menunjukkan sebarang peningkatan. Kalau kita perhatikan sistem pendidikan kita, tidak ada penekanan dalam mana-mana bidang. Anak-anak kita seperti tidak haluan untuk maju. Kita lebih menekankan sistem hafalan atau mengingat daripada pemahaman serta penelitian. Dan ini merupakan salah satu sebab kurangnya lelaki di institusi-institusi tinggi di Negara kita. Pengkhususan bidang hanya bermula apabila pelajar tersebut selesai mengambil PMR. Namun yang menjadi kehairanannya sekarang pelajar-pelajar yang keputusan PMR mereka lemah di suruh ambil bidang SASTERA. Tidakkah kita terfikir yang bidang sastera ini perlu banyak membaca. Kalau mereka ini rajin membaca keputusan mereka taklah LEMAH. Sekarang ada pengkhususan bidang seperti IT, Kejuruteraan, Lukisan dan lain-lain tetapi lebih kepada di sekolah-sekolah asrama penuh. Kalau dulu para pelajar yang lemah ini boleh mengharapkan aliran Vokasional tetapi sekarang Vokasional pun perlu kelulusan sederhana.

Itu sistem pembelajaran, di tambahkan para pelajar sekarang kurang aktif dalam bidang sukan mahupun ko-kurikulum. Walaupun pihak sekolah, guru-guru begitu mengalakkan penglibatan para pelajar dalam bidang sukan mahupun kokurikulm tapi sambutannya dingin. Para remaja atau pelajar sekarang lebih suka melepak di pusat-pusat membeli belah, merempit, dan aktiviti-aktiviti yang kurang berfaedah. Itu kalau yang sederhana dan lemah, bagi pelajar cerdik pandai lebih suka duduk di rumah dan mengulangkaji pelajaran atau membaca buku. Bagus itu memang bagus tapi kurang sihat untuk otak kerana otak perlu juga untuk beraktiviti dan melakukan kerja lain selain mengingat segala huruf-huruf atau ayat-ayat. Sekarang di zaman moden dan serba canggih ini, semua orang perlu cepat kerana cepat hasilnya duit. Jadi apabila ibubapa terlalu sibuk dengan kerja atau mencari duit menyebabkan anak-anak di abaikan. Kurangnya sikap ambil berat tentang perilaku anak-anak menjadi faktor peningkatan jenayah juvana, hisap rokok dan lain-lain lagi. Daripada sini, macammana pemakanan anak-anak? Ibubapa sekarang terlampau meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada anak mereka sehingga berlakunya tekanan terhadap anak-anak. Mengharapkan anak-anak berjaya dalam peperiksaan, berjaya dalam kehidupan dan harap mendapat kerja yang hebat bila besar tetapi harapan yang di beri tanpa sedikit pun usaha mahupun penjagaan yang rapi menjadikan hasilnya,0. Itu sebabnya lahirnya mat-mat dan minah-minah rempit dan banyak lagi. Berbanding anak-anak Yahudi, mereka cukup di beri pemantauan dan pendidikan yang hampir sempurna oleh ibubapa mereka. Isu masalah remaja ini nanti saya akan utarakan kelak dalam penulisan saya seterusnya.

Dalam artikel Dr Stephan ini juga ada satu perkara yang begitu menarik minat saya. MEROKOK. Menurut beliau, orang Yahudi tak suka merokok dan mereka menganggap merokok ini adalah TABOO. Dan ada beberapa lagi artikel lagi menyokong kenyataan ini. Kebanyakkan daripada rakyat Yahudi ini tak suka kepada rokok dan juga perokok. Menurut penulisan Dr Stephan ini, para saintis Yahudi menjalankan satu kajian di mana Nikotin yang terdapat dalam rokok dapat merosakkan sel-sel utama otak dan seterusnya melekat ataupun kerosakkan ini akan menjadi keturunan atau Hereditary. Jadi kesimpulan yang ringkas, perokok akan sentiasa membawa gen yang rosak otak seterusnya menghasilkan generasi yang ‘cacat’ otak. Dalam artikel ‘Prices Of Cigarettes’ menunjukkan harga sekotak rokok di Israel adalah lingkungan USD 25-30(RM 80-95) dan satu kajian yang terperinci oleh WHO mendapati rakyat Israel paling kurang menghisap rokok di dunia. Namun pengeluar dan pemilik rokok terbesar di dunia adalah dari kaum Yahudi dan hampir 100% keuntungan rokok dunia di salurkan ke Israel. Jadi kenapa semasa kempen boikot-memboikot barang USA dan Yahudi, jenama rokok terkenal tidak di boikot bersama? Anda fikirkan?
Jadi bagi perokok di luar sana, adakah anda tahu yang anda membawa gen-gen ‘cacat otak? Jangan marah kerana ini kenyataan. Memang sekarang anda tak nampak permasalahannya tetapi cuba lihat anak anda dan dua generasi anda seterusnya. Pernahkah kita terfikir kenapa anak-anak sekarang degil, suka memberontak, panas baran, tak dengar cakap ibubapa serta sukar untuk mempelajari dan memahami perkara-perkara baru. Betul ramai pelajar yang berjaya dalam SPM, dari 9A1 hingga 20A1 dan juga ramai yang berjaya memasuki IPTA atau IPTS. Adakah ini kualiti yang Negara mahukan. Tidakkah kita lihat lagi ramai para remaja yang ‘rosak’ daripada yang berjaya. Kajian WHO juga boleh menyokong kajian Dr Stephan ini di mana ia menyatakan bahawa masyarakat Asia khususnya Asia Tenggara adalah masyarakat yang paling banyak menghisap rokok berbanding di Negara lain. Bolehkah kita mengaitkan bahawa faktor rokok merupakan salah satu faktor di mana Negara-negara di Asia Tenggara kurang maju dan agak kebelakang.
Mari kita kita bandingkan, negara-negara Asia Tenggara yang lain selain SIngapura dengan hanya berkenaan rokok. Kebanyakkan Negara-negara di Asia Tenggara tidak mempunyai undang-undang yang ketat berkenaan rokok. Malahan harga rokok pun tidaklah mahal sangat berbanding di Singapura. Di sana, hanya 10-17% rakyatnya merokok. Di samping itu juga untuk merokok hanya di kawasan tertentu saja dan sekiranya mereka merokok di kawasan terbuka mereka akan di kenakan kompaun dan akan di hadapkan ke mahkamah. Itu baru merokok, tak termasuk buang punting rokok merata-rata. Di Malaysia memang ada undang-undang untuk perokok tapi kurang atau tidak ada langsung penguatkuasaan.Walaupun kompaun sampai RM25,000 sekiranya merokok di kawasan larangan merokok tapi pernah kita melihat perokok di tangkap dan di kenakan saman atas kesalahan merokok.

Sedikit pengetahuan, kebanyakkan remaja Singapura di kategorikan antara remaja mempunyai IQ tinggi di dunia dan rakyat INDIA mempunyai IQ paling bagus di dunia. Jadi tak hairanlah Singapore National University antara 50 universiti terbaik di dunia dan berjaya melahirkan graduan yang hebat. Berbanding di Negara kita dan Negara-negara Asia Tenggara yang lain.

Jadi, mari kita berfikir tentang kehebatan kaum Yahudi berbanding bangsa kita. Memang mereka adalah kaum yang di laknat oleh ALLAH buat selama-lamanya tapi kenapa perkara yang baik kita tak boleh nak contohi, demi melahirkan generasi yang hebat, cerdik dan taat. Masih banyak perkara lagi yang saya tak sentuh terutama bab cara mereka membantu kaum mereka dalam perniagaan, bidang penumpuan di IPT, kesungguhan memartabatkan bangsa dan agama mereka dan banyak lagi. Jadi kesimpulannya adakah kaum Yahudi ini menjadi hebat kerana kurniaan daripada Tuhan atau pun atas usaha dan kesungguhan mereka sendiri. Ingatlah Allah sentiasa membantu orang bersungguh-sungguh. Anda fikirkanlah sendiri. Saya bukan menyokong mereka tapi hanya untuk kita semua berfikir dan sedar yang Islam kebelakang dan di tindas kerana kita tidak ada generasi yang hebat lagi cerdik pandai. Semoga Malaysia dan Islam terus maju kehadapan.

· Sedikit santapan – Satu kajian yang di lakukan bahagian Kardiologi PPUM di ketuai oleh Prof. Wan Azman menyatakan apabila kita sujud semasa sembahyang, pada ketika itu denyutan jantung kita akan menjadi perlahan dan stabil. Sekiranya jantung kita sentiasa berdenyut dalam keadaan yang biasa dan stabil, Insya Allah ia akan memanjangkan umur kita dan kualiti jantung kita. Fikir-fikirkan……

~sumber daripada www.syok.org

Tuesday, 18 January 2011

cara pendidikan anak-nak guna otak kanan

artikle ni ummi ambik dari iLuvislam.com,cukup menarik,ummi nak cuba praktikkan untuk amni dan auni,moga anak ummi jadi anak yg solehah dan cemerlang dunia akhirat.

Shicida Methods - Jadikan Anak Anda Pandai

www.iLuvislam.com
unknown
editor : kasihsayang


BANYAK cara untuk mendidik personaliti anak-anak. Ada menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan semata-mata mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak.Salah satu teknik yang mula di pratikkan di Malaysia ialah SHICIDA METHODS , iaitu kaedah mendidik anak-anak berfikir menggunakan otak kanan yang diajar oleh orang Jepun.Ini kerana otak sebelah kanan lebih efektif berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya. Kelas SHICIDA METHODS ada ditawarkan di sesetengah tempat disini,namun kosnya agak mahal berbanding kelas-kelas lain,malah tidak ramai ibu bapa khususnya orang Melayu mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas sebegini.Disini disertakan serba sedikit kaedah SHICIDA METHODS untuk dipraktikkan oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.Kaedah ini boleh Nampak kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak anda menerimanya :


1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam,cakap padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia,dia budak baik,dia anak soleh,dia budak kuat,dia budak pandai dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur.Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi.Kalau mereka sudah tidur,cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam.Cuba pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi.Insya-Allah menjadi.

2) Mula guna kad untuk ajar anak anda.Ada peserta yang ajar ABC-Z guna kad dalam masa seminggu sahaja,lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a…..b….c….d . Insya-Allah mereka cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk.Boleh juga buat atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu .

3) Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan,jadi cuba ajar anak anda main tanah liat,main cat air ( water colour ) ,melukis,gunting kertas,origami dan sebagainya.Memang agak leceh dan kena kemas semula,tapi untuk kebaikan anak-anak apa salahnya berkorban sikit.Satu lagi cuba lukis gambar,contohnya rama-rama,tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu lagi.Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.Tahukah anda kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai ? Ini kerana mereka makan menggunakan kayu penyepit.Kayu penyepit mengaktifkan kerja tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.

4) Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak kiri.Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka,kembali semula ke cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.

5) Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita tersebut.Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi .

6) Main teka-teki dengan mereka. Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut.Untuk permulaan,berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti memberitahu warna,bunyi dan sebagainya.Lama- kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam ( Sixth Sense ) dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak terbabit.Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan.Tapi ingat semua permainan yang hendak dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari.Tidak perlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan.

Sebelum lakukan semua kaedah ini,pastikan anda mempunyai masa yang benar-benar cukup.Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan. Seorang Kaunselor juga memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apa yang kita sebut itulah yang mereka ikut .Cuba ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud anda,misalnya – “ Tolong senyap Along ” berbanding “ Along Jangan bising ” .