Followers

Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Friday, 12 October 2012

Roti naik

Roti naik
 
roti cheese n gula

 Alhamdullilah  berjaya juga ummi buat roti ni. roti ni antara roti favorite mak n ayah mertua ummi. setiap kali dia org balik johor sure berkotak2 yg di bawa balik.Ummi bahagikan roti ni 2 bahagian.bahagian pertama ummi bakar kosong yg kedua ummi letakkan cheese n gula sikit.resepi roti ni ummi ambik dari sini

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g tepung roti/tepung gandum high protein
100 g tepung gandum
250 ml air
50 g susu tepung
3/4 camca teh bread improver  

120 g gula halus
100 g mentega
11 g yeast segera
1 camca teh esen vanilla
Beberapa titik pewarna kuning (tak letak sebab habis stok)



  1. Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik. 
  2. Tumbuk doh untuk membuang udara, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang....

Saturday, 25 February 2012

pizza




Bila dah rasa malas nak makan nasi,ummi  mula merayap ke blog2 nak dpt idea apa yg nak di masak,bila singgah blog k ummi ni ummi dapat idea nak masak pizza.masuk dapur tengok barang2 bolehlah buat walaupun tak cukup sepenuhnya.asalkan ada rupa pizza,insyaallah anak2 ummi makan.

Bahan Base:- (2 keping sederhana besar)
  • 250 gm tepung gandum
  • 3 sudu besar butter
  • 1 sudu makan gula
  • 1 paket yis (11 g)
  • sedikit garam
  • 1 cawan susu segar
  • air 1/2 cawan air panas *air panas n susu di satukan
Cara Membuat Base:-
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan kering. Gaul rata.
  2. Masukkan butter dan gaul rata.
  3. Kemudian masukkan air n susu tadi sedikit-sedikit (secukupnya).
  4. Uli hingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh yang lembut.
  5. Rehatkan selama 30 minit.
  6. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Canaikan dan letak dalam loyang pizza.
  7. Letakkan topping pizza.
Bahan Sos (Topping):-
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 3 ulas bawang putih
  • gula secukup rasa
  • garam, pepper dan oregano
  • 2 sudu besar minyak zaitun - utk tumis.
  • sedikit sos cili dan sos tomato
  • 200 gm daging kisar
  •  cendawan butang
  • mozarella cheese secukupnya - untuk tabur
Cara Membuat:-
  1. Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang putih dan bawang besar.
  2. Masukkan bahan lain, kacau sebentar.
  3. Masukkan daging, button mushroom dan sosej. Kacau hingga masak. Seimbangkan rasa.
  4. Angkat dan sejukkan.
Cara Menyediakan Pizza:-
Sapukan base yang telah dicanai tadi dengan sedikit sos cili dan sos tomato. Ratakan dipermukaan base. Masukkan sebahagian topping. (Tinggalkan sebahagian untuk 1 keping lain). Akhir sekali taburkan mozarella cheese menutupi topping tadi. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 15 - 18 minit. Keluarkan dari ketuhar dan hidang panas-panas.
* kalau ada capsicum,nenas lagi sedap

Friday, 6 January 2012

roti

Anak2 ummi memang suka makan roti,kali ni ummi buat doh roti tapi inti dlmnya macam2

Roti kosong makan dgn kari

roti piza

Roti kacang
Roti kopi

Roti kacang


Roti

Bahan-bahanya  ( doh )
400gram tepung gandum
2sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 1/2 sudu besar butter/ marjerin/ shortening
150ml susu suam/air suam
1/2 sudu kecil bread improver
2 sudu kecil yis

untuk inti
inti kacang
sosej
krim kopi( campurkan gula,butter dan kopi)

Cara-caranya


1.  masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak
     melekat pada tangan, 
2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan  kain bersih dan
    biar doh naik dua kali ganda.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi
    mengeluarkan angin.
3. Bahagi doh pada beberapa bebola kecil, biarkan seketika lebih kurang
    7 atau 8 minit baru dibentukkan
    mengikut bentuk yang digemari, setelah dibentuk, susun di atas loyang
    atau dulang pembakar, biarkan naik dua kali ganda.

Cara buar roti bunga








4.  gliss permukaan roti, bakar pada suhu 180 darjah selama 16-18 minit
     atau sehingga permukaan roti  perang.
     ( Bahan gliss ialah 1 biji telur di campur dgn 2 sudu susu segar.)

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan
    kelembutan nya.

Thursday, 22 December 2011

roti Manis

Kali ni ummi buat roti ikut resepi reka sendiri.tak pasti mana silapnya setiap kali ummi buat roti ambik dari mana2 resepi sure tak berapa menjadi. kali ni ummi buat roti tak guna tepung roti or tepung berprotain tinggi,guna je tepung cap sauh yg memang dah ada kat rumah.shorterning pun dah habis, ummi guna krimwell. ok gak hasilnya better than yg ummi buat sebelum ni,rotinya lembut je.


















Bahan-bahan

bahan A
4 cawan tepung gandum
3 tbs susu tepung
3 tsp yis segera
3 tsp serbuk penaik
4 tbs gula

bahan B
2 tbs margerine/butter
2 tbs shortening/ ummi guna krimwell
1 biji telur


300 ml air suam di bancuh dengan secubit garam


cara-cara
1. Campurkan semua bahan A dan digaul hingga rata,
2.Masukkan bahan B  di gaul rata dan masukkan air,uli hingga menjadi doh
3.Rehatkan doh sekitar 20 minit.selepas itu keluarkan angin dari doh dengan cara menumbuk2 dgn perlahan
   ya .
4. Buatkan bentuk yang disukai,kali ni ummi letak inti kacang,itu je stok yg ada kat rumah.





5.Selepas siap di bentuk rehatkan sekitar 20 minit dan boleh dibakar sekitar  2o minit hingga masak pada
   suhu 200 c.Guna api atas bawah.