Followers

Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts

Sunday, 4 November 2012

Nasi Hujan Panas





Nasi hujan panas agak ganjil bagi sesetengah orang,tapi ianya amat popular di negeri pantai timur.nasi ni sebenarnya hampir sama dgn nasi minyak cuma kelainannya nasi ni di warnakan.kali ni ummi masak nasi ni beserta ayam masak merah n acar mentah ( jelatah). untuk ayam masak merah kali ni ummi ubah sikit,ummi masukkan kurma.rasanya alhamdullillah sedap.sesuai dgn selera kami.


Nasi Hujan Panas

Bahan-bahan :
4 cawan beras basmati
Air secukupnya (sukatan air mengikut jenis beras yg diguna)
2 sudu besar mentega /magerin./minyak sapi
1 sudu besar minyak masak / minyak jagung 
3 biji bawang merah- dimayang halus
3 ulas bawang putih - dimayang halus
1/2 inci halia - dimayang halus
4 sudu susu cair
1 ketul kiub ayam
Sedikit garam
Rempah 4 beradik(bunga lawang,bunga cengkih,kulit kayu manis,buah pelaga)
Pewarna hijau, kuning dan merah

Cara-cara :
1. Basuh beras dan toskan beras.
2. Cairkan mentega bersama sedikit minyak dalam periuk rice cooker.
3. Masukkan rempah 4 beradik bersama bawang merah, bawang putih, halia yang dimayang bersama, goreng sehingga wangi. .
4. Kemudian masukkan beras,susu,kiub ayam dan secubit garam dan kacau lagi.
5. Masukkan air secukupnya dan masak nasi macam biasa.
6. Bila nasi hampir kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna. (jangan lupa tutup balik periuk rice cooker ya).
7. Tunggu sehingga nasi betul2 masak dan gemburkan dengan garfu sebelum dihidangkan.




 Ayam Masak Merah

Bahan-bahan :
1 ekor ayam - dipotong 12/14 - bersihkan
2 biji tomato - didadu kecil 
2 sudu sos tomato
3 sudu besar pes tomato
4 sudu besar cili kisar
4 sudu besar gula
1/4 cawan air
4 sudu air asam jawa
garam secukup rasa
minyak secukupnya

Bahan Kisar :
5 labu bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
4 biji buah kurma/kismis
 batang serai

Bahan Tumis :
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih

Cara Memasak:
1. Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya. Perap 20 minit dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumis hingga naik bau dan masukkan bahan kisar, cili kisar, gula ,tumis hingga pecah minyak.masukkan  tomato dadu. Kacau sekejap.
3. Masukkan  sos, dan sedikit air.Masak mendidih sebentar.
4. Masukkan ayam dan gaul balik biar sos rata pada ayam.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Masak hingga agak pekat dan tutup api.

Nasi Goreng Hujan Panas

Lebihan nasi semalam tak habis ummi buatkan nasi goreng,sedap jugak.anak2 pun suka sangat.


Bahan-bahan:
1 mangkuk nasi sejuk
1/2 cawan isi ayam goreng dicarik2kan 
3 ulas bawang putih /di ketuk hancur
3 biji cili api diketuk/tak perlu letak kalau tak nak pedas
1/2 batang karot dipotong halus
1/4 kiub ayam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
2 biji telur
garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan 5 sudu besar minyak di dalam kuali.
2. Tumiskan bawang putih dan cili padi. Goreng lagi hingga wangi.
3. Masukkan carrot.
4. Masukkan kiub ayam, garam dan telur. Kacau sedikit. Masukkan telur,biar 1 minit baru dikacau. Masukkan nasi dan Kacau rata nasi.
5. Rasa nasi goreng, jika belum cukup masin, tambahkan garam dan gaul lagi hingga sebati.masukkan serbuk lada sulah, Tutup api dan sedia dihidang.

Tuesday, 2 October 2012

nasi arab and chicken/lamb hanith


nasi arab and chicken hanith






Assalamualaikum lama ummi tak masukkan entry pasal masak2 ni,bukan bermakna ummi tak masak tapi malas sangat nak menaip.tapi kenangkan sayang kalau tak masukkan resepi2 yg dah di cuba dlm blog, sebab blog ni dah macam diary masakkan buat ummi.tempat ummi jadikan rujukan bila nak masak.lagipun semua resepi yg ummi masukkan memang  pernah di uji di dapur ummi.kali ni ummi nak masukkan resepi nasi arab.First time ummi masak nasi ni masa syawal lepas kat kampung.alhamdullilah rasanya menepati citarasa kami sekelurga.

Nasi Arab

2 cups basmathi- cuci, rendam ngan 1 tbsp garam selam 30 minit & toskan
1  pewarna kuning telur
 air rebusan ayam or daging .kalau tak de masuk je kiub ayam or daging
3 kuntum bunga cengkih*
6 biji buah pelaga*
2 btg kulit kayu manis*
1 tsp saffron*(bancuh dengan 2 sudu air panas)/gantikan dengan serbuk kunyit
1/3 tsp Arabic mixed spices/ummi guna rempah kabsah,tak letak pun ok
4 tbsp minyak masak
1/2 tsp rose water/ tak ada pun takpe


Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan bertanda, tumis sekejap hingga naik bau,masukkan arabic mixed spice n air saffron. Masukkan beras dan goreng hingga semua bersalut selama 1 minit dan masukan air secukupnya. Bila dah mendidih masukkan rose water dan gemburkan sedikit.apabila air dah kering masukkan pewarna kuning telur. tunggu hingga masak.

buat utk kali ke 2 masa family open house nasi arab +lamb hanith

Chicken Hanith/ lamb

1 tsp serbuk jintan putih- kalu letak 2 tbsp pon ok gak
1 tsp serbuk kunyit..
1 tsp serbuk jintan manis
2 tbs serbuk buah pelaga
1 tsp garam
1tsp Arabic mixed spices/ tak letak pun ok

satukan semua bahan di atas.

Letakka  ayam/lamb yang  ke atas aluminium foil (aluminium foil tu kena double  supaya tak koyak.)..lumurkan dengan ke semua bahan di atas, buat macam kita letak kunyit ngan garam kat ayam yg nak di goreng,dan balut aluminium foil rapat- rapat dan rebus dalam air selama35 minit.air letak jgn sampai tengelam ayam. atau boleh juga grill dalam oven. tp masa bungkus dalam aluminium foil tu kena masukkan sikit air  supaya tak kering sangat and grill dalam avon guna api yg paling kuat sekitar 30 minit. air yg terdapat dlm aluminium tu boleh di jadikan sup.

lamb yg tengah di rebus

Sambal nasi arab

2 biji cili hijau
2 biji tomato
1 batang daun ketumbar
2 sudu jus lamon/limau nipis
garam
gula
air masak

campurkan semuanya dan dikisar jangan terlalu halus.


# Nasi arab ni sesuai dihidangkan bersama ulam timun,cili hijau,bawang besar mentah n tomato

Saturday, 10 March 2012

nasi kabsah



nasi kabsah

sos

lauk tambahan sup ayam

Semalam ummi dok kemas peti ais terjumpa dengan rempah kabsah yg adik ummi beli masa dia belajar kat mesir.kebetulan pulak saffron pembelia MIL yg di beli masa dia orang pegi turki still ada lagi.terus je dapat idea nak buat nasi kabsah,walaupun minyak sapi tak ada,ummi ganti je dgn butter,alhamdullilah mlm tadi dapatlah makan nasi kabsah tanpa perlu keluar pegi kedai nasi arab.seperti biasa ummi sure buat tambahan sup ayam,coz family ummi kalau makan nasi sure nak berkuah. resepi  ni ummi rujuk kat blog resepiraidah

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 mionit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsah 
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya.
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)


Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

Sos:

~ Kisarkan tomato, cili besar hijau, batang ketumbar, gula, garam dan perahan lemon kuning. 

Saturday, 14 January 2012

Nasi Lemak Beras Basmathi



Bahan-bahan

2 cawan beras beras basmathi
1 cawan pati santan
2 cawan air
1 cm halia } di mayang
2 biji bawang merah - di hiris nipis
1 sudu kecil lada hitam
1 helai daun pandan }disimpul
garam secukup rasa

Cara-cara

Basuh beras dan toskan.
Masukkan beras dlm periuk , masukkan semua bahan2 di atas kecuali daun pandan.
Masak seperti nasi biasa,bila air hampir kering masukkan daun pandan.
Bila nasi kering, gembur-gemburkan.
Angkat, hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, ayam goreng,ikan bilis goreng, kacang tanah yang digoreng , telur rebus dan timun.  


SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Bahan-bahan:


1 mangkuk kecil ikan bilis
15-20 tangkai cili kering }dikisar - jika nak pedas tambah lagi
5 ulas bawang merah }dikisar
3 ulas bawang putih }dikisar
1/2 inche halia }dikisar
1/2 labu bawang besar }dihiris
gula
garam secukup rasa
 sedikit air asam jawa
air secukupnya
minyak masak untuk menumis

Cara membuat:

Panaskan minyak dalam kuali.
Masukkan bawang kisar, tumis hingga naik bau dan agak garing kemudian masukkan cili kisar.
Goreng sehingga pecah minyak dgn api yg perlahan
Kemudian masukan sedikit air, air asam jawa, gula  dan garam.
Biar kan mendidih. Kemudian masukkan ikan bilis.
Biarkan sedikit kering, kemudian masukkan bawang besar.
Kacau sehingga bawang layu dan kuah jadi pekat bolehlah diangkat.

Nota: pastikan tumis cili kisar sehingga betul2 pecah minyak/ garing

Monday, 26 December 2011

resepi nasi ayam






1 ekor ayam , ummi potong 4

 tumis rempah tumis bersama bawang merah,bawang putih dan halia,masukkan air, ayam,batang salary dan carrot,perasakan dengan garam dan lada sulah
Didihkan selama 45 minit

 Keluarkan ayam daripada periuk dan toskan. 
Air rebusan ayam di gunakan untuk sup n masak nasi,

untuk sup sesuai dihidangkan dengan taburan daun bawang,daun sup dan bawang goreng.

Ayam yag telah di rebus diperap sebentar dengan bahan perap, dan di bakar di dlm  oven sekitar 190 C,sekitar 15 hingga 20 minit or hingga kulitnya nampak sedikit garing.

Bahan Perap ayam

Halia
bawang putih
kicap masin n kicap manis
sos tiram
lada sulah
minyak bijan
Halia n bawang putih di tumbuk halus dan di campur bersama bahan lain.

sambal cili:

5 biji cili merah
5 biji cili api
 halia
1 tsp minyak bijan
1 biji tomato
Garam secukupnya
Gula secukupnya

Campurkan kesemua bahan dan blend

Untuk kicap

Ambik lebihan bahan perapan tambahkan kicap,sos tiram,sedikit minyak bijan dan sedikit air rebusan ayam,
semua dicampurkan dan di masak sekejap di atas dapur.



BAHAN NASI AYAM 
 
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan
6 cawan air rebusan ayam
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 inci halia, dititik
2 ulas bawang putih, dititik
1 1/2 camca besar marjerin/ mentega
Garam secukup rasa
1/2 tsp minyak bijan


Panaskan minyak bawang putih. Tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar.

Setelah naik baunya masukkan daun pandan.

Masak beras berserta kedalam bahan-bahan yang telah ditumis dan goreng beras sebentar,kemudian di pindahkan ke dalam rice cooker.

Kemudian masukkan garam, lada sulah dan gula  masukkan air rebusan ayam. 
apabila nasi hampir kering masukkan minyak bijan,biarkan nasi hingga masak.

Nasi ayam ni sesuai di hidangkan bersama ulam-ulaman seperti salad,tomato  dan timun.

Friday, 23 December 2011

Nasi daging


Dah tiap2 hari masak kadang2 ummi kekeringan idea nak masak apa,tadi sebelum hubby pegi keja ummi mintak tolong dia bagi idea apa yg ummi nak masak.so dia kata masak je nasi arab dia boleh makan anak2 pun boleh makan,so ummi tak yah nak fikir banyak. bila hubby dah gi keja ummi pun seboklah mnyelongkar apa yg ada kat dapur,alhamdullilah bahan2 nak buat nasi daging ada,bolehlah ummi merealisasikan impian en hubby nak makan nasi nasi daging.


Bahan-bahan:

3 cawan beras basmati
½ kilo daging
1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
1 sudu  rempah kurma
1 inci halia
2 biji nbawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 sudu mentega/ minyak sapi/magarine
3 sudu minyak masak
2 biji tomato/ dipotong dadu
1/2  cawan susu
1 sudu teh garam
 

Cara penyediaan:

Rebus daging bersama rempah sup bunjut,  dan garam sehingga empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasi dan buat sup untuk makan ngan nasi
Masukkan minyak diikuti butter tunggu hingga butter mencait kemudian tumiskan halia, kulit kayu manis dan buah pelaga,bawang putih,bawang merah hingga kekuningan,masukkan rempah kurma didalam periuk nasi hingga naik bau,masukkan tomato. Masukkan beras dan kacau seketika.

Masukkan air rebusan daging. Kalau beras disukat satu cawan pastikan air rebusan juga satu cawan.

Bila beras sudah mula kembang, masukkan  susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak.

Hidangkan nasi daging dengan *air asam dan daging yang telah direbus tadi.




Air asam

3 tangkai lada merah
5 biji cili api
sebiji tomato
1/2 biji bawang besar
( bahan di atas dihiris halus)
air asam jawa
belacan
garam
gula
limau kasturi

Untuk buat air asam, satukan buah tomato, hirisan bawang besar, hirisan cili merah, air asam jawa pekat, perahan limau kasturi, sedikit belacan, garam dan gula secukup rasa.