Alhamdullilah,tak putus2 pisang mak kat kampung, kali ni pisang yg dikirimkan mak melalui adik dah, ummi buat lepat pisang, selalu sangat buat goreng2 jadi kali ni buat kukus pulak,kita ni bila masak kena juga fikir pasal kesihatan, kurangkan manis dan berminyak.
lepat pisang |
Bahan-bahan ( 3 org )
Sediakan daun pisang yg telah dilayur
- daun pisang dipotong segiempat sama
- 2 cawan yg telah dilenyek
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar susu tepung
- 2 sudu besar gula
- secubit garam
Cara-cara
- pisang yg sudah dilenyek,dicampur dgn tpg gandum,susu tepung,gula dan garam.
- kalau adunan lembut,tambah tpg gandum skit.
- adunan tadi diambil satu sudu besar dan letak atas daun pisang.
- daun dilipat menindih dan lipat kedua2 hujung untuk membungkus.
- Kukus sekitar 15- 20 minit, sedia di hidang.
No comments:
Post a Comment