Followers

Wednesday, 18 July 2012

Day 2 : New Zealand ( Rotorua)

Day 2: Rotorua
bergambar sekeluarga sebelum turun
Hari kedua di bumi New Zealand. hari ni kami merancang untuk pusing2 sekitar rotorua.pegi skyline rotorua. tiket nak naik skyline ni untuk family NZ$62.00. kat atas tu selain dapat melihat pemandangan rotorua ada aktiviti lain lagi.boleh jugak naik luge n gondola yg terbuka.tapi kami tak naik.kerana semasa kami berada di  atas  hujan turun renyai2 je n sejuk ya amat.sesekali muncul rainbow yang cantik sangat.Amni auni seronok bila cakap keluar asap dari mulut.tapi dalam dok sejuk tu sempat lagi dia orang mintak aiskrim. so singgah jap cafe order aiskrim n  makan sandwich.

amni auni sempat main kat playground depan motel

inilah rupa motel yang kami tinggal kat rotorua,walaupun nampak buruk ,tapi fasilities yg disediakan tersangatlah ok




sampai atas tu semangat nak wat jungle trekking kat trek yg di sediakan walaupun amat kesejukkan.tapi baru separuh jalan hujan so terpaksa berpatah balik.

lunch sandwich je
teruja amni dapat icecream besar

pelangi yang selalu muncul lepas hujan

Turun dari skyline rotorua.kami terus menuju muzeum rotorua.tapi tak masuk just pusing2 sekeliling.memang cantik sangat.walaupun tengah winter still dapat tengok bunga2.tapi sayang sangat kat ros garden just tinggakl bunga je.daun semua dah luruh.amni n auni jumpa playground terus tak nak gi mana2 ummi jelah jalan2 pusing garden.





auni tengah pujuk ummi,mintak petikkan ros ni
tinggal bunga je,daun dah luruh


berlatar belakangkan museum rotorua

Dalam perjalanan  nak balik.tiba2 nampak kat tasik tu berasap je.so singgah jap.rotorua ni terkenal dengan gesyer.kat mana2 ada je asap keluar dari tanah.and air panas.lagi satu keunikkan rotorua ni bau dia memang teramat menyeksakan.amni n auni mula2 sampai tu bising jugak.kenapa ummi datang kat bandar bau kentut.memang kat rotorua ni seluruh kawasannya berbau seperti telur tembelang yang sangat busuk. Ia disebabkan oleh kandungan sulfur yang tinggi di udara.rotorua adalah sebahagian kawasan gunung berapi.



Asap berkepul2 tengah tasik




Amni auni pelik kenapa air ni panas




 Masa kat tasik ni dah hampir pukul 5. dah nak masuk masuk maghrib.so singgah kejap je.sebelum balik kami singgah sekejap di pasaraya Pak N save kira2 cam Giant kalau di Malaysia.singgah cari barang2 yg boleh masak.malam tu kami beli telur n Clams je. sebelum ni ummi ada gak google cari ayam halal New zealand n jumpa brand Brick. semasa kat Pak N save jumpalah brand ni tapi tak delah pulak perkataan halal so malam tu ummi beli sayur,clam n telur je.Tapi rupa2nya bila sembang ngan malaysian yg dok kat sana ayam ni memang halal,cuma dia tak tulis perkataan halal.kalau nak lebih yakin mintak je senarai makanan halal kat casher kat situ.So menu untuk malam tu nasi,kurma telur n sayur kacang campur n clams goreng.



Tengah dok membeli belah jumpa ngan buah ni Tamarillos,rasa dia macam gabungan buah passionfruit n tomato
,kurma telur





Lepas makan amni n auni sempat lagi berendam.
sebelum tidur sempat lagi berendam



anak ummi tidur kepenatan


No comments: