Followers

Thursday, 15 March 2012

Pajeri terung

Pajeri terung




Antara Menu jadi kegemaran hubby adalah pajeri terung di kawankan dengan ayam goreng,jelatah  n ikan masin.Hubby kalau masak terung dia kurang sikit,tapi masak pajeri terung baru laju dia makan so bila ada terung ummi akan masak pejeri  khas untuk dia,kalau ummi terung ni mcam2 boleh masak. lemak terung,terung sambal, paling senang bakar or rebus terung makan ngan budu or sambal  belacan itu pun dah cukup nak bangkitkan selera.

Bahan-bahannya :
3 biji terung panjang, potong dan belah 2,
2 sudu ke
1 cawan santan
2 sudu besar rempah kari ikan + 1 sudu kari daging
Asam jawa sebesar ibu jari, ambil airnya
1 sudu besar udang kering
Sedikit kayu manis, bunga lwang, cengkih dan buah pelaga (bahan tumis)
2 sudu besar gula
4 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] dikisar
2 cm halia ]
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara Membuatnya :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis beserta bahan kisar. Masukkan rempah kari daging. Kacau hingga wangi.
2. Masukkan udang kering, santan, asam jawa, santan dan terung. Masak hingga terung empuk.
3. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tutup api dan siap untuk dihidangkan

No comments: