Followers

Thursday, 12 January 2012

Panduam am( gaya hidup untuk pesakit SLE)


Gaya Hidup
  • Dinasihatkan menggunakan krim pelindung cahaya matahari (mengandungi SPF sekurang-kurangnya 45)
  • Gunakan payung, topi atau pakai baju lengan panjang untuk mengelakkan terkena
    cahaya matahari yang berlebihan
Ubat
  • Sila ikut arahan doktor
  • Jangan berhenti makan ubat tanpa kebenaran doktor
  • Jangan campur ubat anda dengan ubat yang tidak diketahui asal-usulnya. Ini adalah untuk mengelakkan interaksi yang tidak diingini antara ubat
Rawatan susulan
  • Berjumpa doktor sebagai mana yang telah ditetapkan
  • Patuhi arahan doktor
Tekanan
  • Cuba elakkan tekanan kerana ia akan mengakibatkan penyakit menjadi aktif
  • Sentiasa berfikiran positif
Diet
  • Kenalpasti makanan yang sesuai dengan sistem individu anda
  • Amalkan diet yang seimbang dan sihat
  • Pastikan diet anda rendah garam, rendah lemak, rendah gula dan mengandungi kalsium dan Vitamin D yang mencukupi

 http://www.lupusmalaysia.org/b/panduan-untuk-pesakit/panduan-am/

2 comments:

nurlina said...

boleh tolong bagi contoh diet yang seimbang utk pesakit SLE???

Unknown said...

saya tak pandai sangat,tp berdasarkan pengalaman saya sendiri dr cadangkan diet yg macam org lain jugak,semuanya kena bersederhana