Followers

Sunday 1 January 2012

harapan 2012




               
Berlabuh sudah tirai 2011,2012 mula menjengah.Seperti kebiasaan setibanya tahun baru banyak perancangan yg terlintas ,tapi tak semua yg dirancang Berjaya direalisasikan,sama dgn ummi tak semua yg dirancang Berjaya di capai. walau apa pun pada ummi 2011 penuh suka dan duka yg kami lalui sekeluarga.dan ummi bersyukur kepada allah dengan nikmat kesihatan kurnian allah buat kami.

Terima kasih juga kepada pengunjung blog ummi yg tak sebeberapa ni,Ummi memang tak berapa pandai nak mengarang just masukkan resepi yg pernah terhidang di dapur ummi n sedikit maklumat yg menjadi perhatian ummi.

Debaran 2012 buat ummi n hubby ialah tahun pertama si kembar akan melangkah ke alam persekolahan,walaupun just pre school pada kami  ini permulaan yg besar untuk puteri2 
kesayangan,harapnya ini permulaan yg baik dan kami tak tersilap membuat perhintungan.memag dari awal 2011 ummi dah byk study tentang sekolah tadika area shah alam n pada pandangan kami memang byk sekolah yg bagus dan kami rasa amat teruja sangat,tapi hujung oktober lepas hubby telah diberitahu yg  tahun depan hubby terpaksa  bertukar tempat kerja,  jadi perancangan awal semua dah bertukar. Perancangan sekolah anak juga terpaksa bertukar kerana hanya 4 bulan pertama sahaja kami akan berada di shah alam.sekarang ummi dah kena study sekolah kat tempat baru pulak.Jadi kami telah memilih sekolah dengan budjet  yg sederhana ,harap2  Amni n Auni enjoy dengan sekolah,rajin belajar,pandai berkawan n berdikari. Banyak sgt perkara yg menjadi kerisauaan ummi n abi,terutamnya isu bangun pagi dan bolehkah anak2 ummi ni bertahan dengan pakaian sekolah.moga Allah permudahkan urusan kami.

Semoga 2012 ni menjadi permulaan yg baik untuk kami sekeluarga.

No comments: