Followers

Thursday 23 June 2011

nasi hujan panas























Kadang-kadang bila petang2 nak masak untuk hubby, ummi dah ketandusan idea,apa lagi yang boleh di masak untuk hari ni,so mulalah dok buka tutup peti ais check apa bahan2 yang ada last2 dapatlah idea nak masak nasi hujan panas yg simple coz masak bergantung ngan bahan yg ada kat dapur je 
Nasi hujan panas

Bahan-bahan
3 cawan beras
Kulit kayu manis
Bunga cengkih
Buah pelaga
Bunga lawang
3 sudu margarine/minyak sapi
3 sudu minyak masak
4 sudu susu segar
Pewarna kuning dan hijau
Daun pudina
Daun sup/ daun ketumbar
Bawang goring
3  cawan air rebusan danging/ ayam
Bahan perasa

Bahan B
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 inche halia

Cara-Cara
1.       Bahan A di hiris halus.
2.       Panaskan minyak,masukkan margarine,bunga lawang,buah pelage,kulit kayu manis dan buga cengkih.
3.       Masukkan bahan A dan di tumis hingga kekuningan,masukkan susu , Air rebusan dan bahan perasa
4.       Masukkan beras dan di masakkan hingga beras hampir kering,masukkan bahan pewarna,daun pudina dan daun sup.
5.       Apabila beras sudah kering masukkan beberapa titisan pewarna dan taburkan kismis
6.       Tutup periuk kembali ,tunggu hingga sepuluh minit.
7.       Sedia untuk di hiding

Acar Mentah/ Jelatah
1 biji timun
1 biji carrot
2 biji cili merah
½ biji bawang besar
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
2 sudu besar cuka

Cara-cara
1.       Potong timun,carrot,cili merah,bawang besar mengikut kesukaan
2.       Bancuhkan cuka gula dan garam
3.       Campurkan bancuhan cuka dengan bahan yang telah di potong

*sekiranya ada buah nenas sukatan cuka boleh di kurangkan atau tidak perlu di letakkan





Ayam masak merah

Bahan  A
½ ekor ayam yang di potong sederhana
Garam
Kunyit


Bahan B
4 ulas Bawang putih
5 biji bawang merah
2 inche halia

Bahan C
1 batang Kulit kayu manis
2 biji Bunga lawang
5 biji Buah pelaga
5 biji cengkih

Bahan D
10 sudu besar cili giling
2 sudu sos tomato
3 sudu gula
Sedikit garam
5 sudu air asam jawa
Minyak untuk menumis


Bahan hiasan
Hirisan daun bawang dan daun sup
Bawang goreng

Cara-cara
1.Bahan bahan A di campur  dan di goreng  hamper masak.
2. panaskan minyak dan masukan bahan B dan bahan C,tumis hingga bawang kekuning-kuningan
3.Masukkan cili giling dan gula tumis hingga pecah minyak.
4.masukkan air asam jawa,tomato sos  .
5.masukkan ayam yg telah di goreng  masakkan selama 1 minit dan perasakan dengan garam.
6.hidangkan dengan taburan daun bawang,daun sup dan bawang goreng.

No comments: