Followers

Tuesday 28 June 2011

lemon chicken

lasagna
lemon chicken

 Hari-hari menu asyik nasi je,timbul gak rasa jemu, so hari ni ummi cuba ubah selera sikit masak lemon chicken ngan lasagna, macam biasalah ummi masak tak ikut resepi sangat coz bahan2 yg ada kat dapur terhad, inilah resepi yg amat simple n senang nak masak
Lemon Chicken

½  ekor ayam
2 biji lemon( sebijik di parut kulit kulit dan diambil jusnya)
1 tbsp olive oil
1 biji bawang putih ( ditumbuk halus )
1 tsp rosemary kering
1 tsp oregano kering
Bahan B
2 biji kentang
1 biji carrot
1 labu bawang besar
Garam

1.       Basahkan ayam dgn air sejuk( dari peti)
2.       Lapkan ayam dgn paper  tower.
3.       Campurkan olive oil,parutan kulit lemon,jus lamon,oregano.rosemary,bawang putih dan garam  di kacau
      hingga sebati dan di sapu kan pd ayam.perapkan ayam selama 15-30 minit.
4.       Bakar ayam bersama bahan B selama 1 jam 20 minit,susun hirisan lemon dahulu di dalam loyang dan
       ayam diletak di atas lemon
5.       30 minit pertama Loyang perlu di tutup dgn alluminium foil,
6.       Selepas 30 pertama keluarkan sedikit air/jus ayam untuk dijadikan sos,
7.       Bakar lagi selama 1 jam ,ayam perlu di balikkan sampil di sapu dgn lemon sos.

Sos lemon.

1 sudu butter
1 sudu teh  tepung jagung( di bancuh dgn sedikit air )
Jus ayam
Bahan perasa
4 sudu susu
Sedikit batang salary
Sebiji bawang merah di potong besar2
Lada sulah
½ cawan air


1.       Panaskan butter dan masukkan bawang dan batang salary
2.       Masukkan jus ayam ,susu ,air dan bahan perasa serta lada sulah.
3.       Apabila sudah mengelegak masukkan bancuhan air tepung jagung.
4.       Sebelum di hidang keluarkan batang salary dan bawang.




Untuk resepi lasagna tunggu next entry coz ummi kena ajar anak2 pulak

No comments: