Followers

Monday, 9 April 2012

Paprik Ayam



Dua tiga hari ni,agak sebok n sangat memenatkan.penat untuk kemaskan barang satu rumah,sebab hujung minggu ni kami akan pindah sementara ke rumah MIL.tambah2 lagi dengan kesihatan yg tak berapa mengizinkan.selsema ,batuk n pening kepala datang silih berganti semejak Amni keluar dari hospital. Sambil mengemas barang2 ni terselit rasa sedih untuk meninggalkan rumah yg menyimpan seribu kenagan bagi kami sekeluarga.


Ujian Allah sentiasa datang dalam bentuk kesenangan dan kesusahan.Bagi ummi ujian kesakitan n kesusahan yg akan mendekatkan diri kepada yg maha penciptanya.Moga dengan sedikit ujian ini akan menjadikan ummi lebih berusaha menjadi hambanya yg redha dgn ketentuan yg Esa.

 BAHAN-BAHAN


2 keping dada ayam, hiris sederhana nipis
5 batang kacang panjang
150 gram bunga kobis, dipotong sekuntum2
2 batang jagung muda
8 biji cili padi, dihiris nipis
2 batang serai, diketuk
3 helai daun limau purut
1 biji bawang besar, belah 6 dan lerai kan
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji tomato, belah 6
1 pokok kecil daun bawang
1 camca besar cili giling
1 sudu teh soso ikan
3 camca besar sos tomato
2 camca besar kicap manis
1 camca besar sos tiram


CARA-CARA
  1. Daging ayam cuci dan toskan, gaul dengan sedikit garam dan lada sulah, gaul rata dan goreng sekejap je.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan serai hingga harum, masukkan cili giling tumis hingga pecah minyak,masukkan cili padi, daun limau purut ,bunga kobis dan kacang panjang gaul rata dan masukkan ayam tadi. Kacau dan masak sekejap. Kalau perlu tambah sedikit air.
  3. Tambah semua sos , gaul rata. Masukkan tomato dan masak sekejap. Akhir sekali masukkan daun bawang, kacau hingga rata. Hidangkan sewaktu panas bersama nasi putih

Friday, 6 April 2012

sup udang dan rendang

Sup Udang
Rendang ayam

Hari ni ummi masak simple je,rendang ayam bersama dengan sup udang untuk kuah. family ummi kalau makan mesti nak nak ada kuah sikit, terutamanya si kembar kesayangan ummi kalau makan nasi supnya mesti sama banyak dengan nasi.Untuk resepi rendang ummi boleh refer kat sini

Resepi Sup Udang

Bahan2 :

15 ekor udang sederhana/dibersihkan
2 biji tomato
   cendawan
1 biji tomato, 
2 batang celery, 
1 btg lobak
4 biji cili padi,/tak nak pedas tak yah letak
   seinci halia
1 keping asam keping, 
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
    minyak untuk menumis
   daun sup dan daun bawang

Cara-cara
  1. tumis bawang bawang putih
  2. agak2 wangi,masukkan batang celary,dan kentang,goreng sekejap
  3. masukkan air dlm 2 cawan
  4. bila mendidih masukan carrot, udang yg telah dibersihkan tadi
  5. masukkn asam keping, cili padi & sayur2 an lain. 
  6. apabila udang sudah masak tutup api,perasakan dgn garam,white paper n gula
  7. boleh dihidangkan bersama bawang goreng dan hirisan daun sup n bawang 

Thursday, 5 April 2012

tomyam campur dan kacang panjang goreng berudang

Alhamdullilah semua kembali seperti sediakala.bila kita dalam kesenangan,allah hulurkan rasa kasihnya dengan ujian kesihatan,supaya hambanya tidak terus lalai dan leka dengan kenikmatan dunia.baru2 ni ummi sekeluarga terpaksa berkampung kat hospital sebab anak2 ummi terkena CB yg agak teruk.Mula2 just pergi kelinik biasa n dapatkan ubat,tapi masuk hari yg kedua kaadaan adik bertambah teruk lansung tak boleh makan n minum.kalau cuba makan jugak dia akan muntahkan semula.kesian sangat, sampai lembik n tak larat nak jalan.jadi hubby decide bawak  hospital .jadi perkampunglah kami sekeluarga kat sana dalam 4 hari jugak.
kakak bawak mainan temankan adiknya
auni tumpang katil amni
Untuk resepi kali ni ummi masukkan resepi tomyam campur n kacang panjang goreng berudang. resepi ni simple n cepat je siap.

Resepi tomyam campur 


Bahan-bahan
 
10 ekor udang sederhana besar - bersihkan
sedikit isi ayam - dihiris nipis
2 batang serai - dihiris kasar
1/2 biji bawang besar - dihiris bulat
2 ulas bawang putih - ketuk
halia muda-hiris kasar
lengkuas muda-hiris kasar
carrot
2 helai daun limau purut - dikoyak
1 biji tomato segar - dipotong kecil
5- 8 tangkai cili api - belah x putus
kubis bunga
cendawan.
1 ketul kiub tomyam
1/2 st sos ikan
asam keping/jus asam limau
air secukupnya 
sedikit gula garam
sedikit daun ketumbar - hiris, untuk memberi bau 

cara-cara

1. mula masak air dan asam keping hingga mendidih.

2.masukkan serai, bawang ayam, kiub tomyam,lengkuas,halia sos ikan,biarkan masak dlm 3 minit.
3. masukkan udang, sayur2 an ,cili padidandaun limau purut tunggu hingga udang masak dan perasakan dengan garam

4. akhir sekali sebelum diangkat taburkan daun ketumbar ke dalam tomyam.




Resepi kacang Goreng Udang 


Bahan-bahan
 
Kacang panjang - potong serong
1 tangkai lada merah - hiris
1 biji bawang besar 

2 biji bawang putih/hiris or tumbuk kasar
1 sudu besar sos tiram 

1 sudu kicap pekat
Garam dan gula secukup rasa



Cara-cara

 
1. Tumis  bawang putih 

2. Masukkan sos tiram, kicap dan sedikit air, kemudian kacau rata   
    and biar dia kering sikit.
3. masukkan udang goreng sekejap/jgn lama sangat.
4. Masukkan hirisan lada merah dan bawang besar
5. Masukkan kacang panjang, kacau rata and masak utk 

    seketika.dah masak perasakan dgn garam n gula


















Tuesday, 3 April 2012

Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris-

 
Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

cake

marble susu
rainbow marble cake



kek ubi kayu

banana chocolate cake yg tak sempat bertoping
chocolate sponge cake with buttercream
marble chesse cake

marble cake

Thursday, 29 March 2012

project cuti sekolah amni auni

memang tekun amni n auni nak siapkan biskut dia orang















Cuti sekolah dah hampir 2 minggu dah ummi baru terhegeh2 nak update aktivit masak2 ummi n anak2 masa cuti hari tu.kesian kat dia orang, bila ummi buat kek or biskut dok jauh2 je sambil cakap adik n kakak tak kacau ummi cuma tengok2 je.ummi tahu dalam hati dia org teringin nak pegang mixer n main dengan dough. so kali ni ummi buat biskut n suruh dia org buat sendiri dari pegang mixer ,gaulkan bahan n tekap biskut sambil ummi bantu.memang seronok n tekun anak2 ummi.alhamdullilah moga rajinya sampai ke besar ya sayang.resepi untuk cookies ni boleh refer kat sini

biskut ni dia org nak susun buat nama sendiri

auni dgn penuh berhati2



amni yg serius



amni yg tengah berangan sementara tunggu turn


Wednesday, 28 March 2012

kuew teow ladna









Agak lama ummi tak update blog ni,bukan apa kebetulan hubby  bercuti nak habiskan cuti tahunan seminggu. jadi bila mr hubby ada kat rumah kenalah ummi  masak agak proper sikit sikit utk lunch.biasanya kalau hubby keja ummi tak masakpun untuk ummi just masak untuk anak2,ummi makan je apa yg ada. walaupun hubby ni tak cerewet nak ummi masakkan tp ummi kesian kat dia walaupun bercuti tapi still kena wat keja office,kiranya cam keja jugak tp tak yah gi office je. dalam pada tu kita org selesaikan byk kerja yg tertunda n selesaikan urusan dgn bank.kesian kat anak2 walaupun hubby ada kat rumah tapi tak leh layan dia org sangat. itulah ahad lepas bila nak habis cuti hubby ajak jugak anak2 pergi bercuti.pagi ahad hubby cakap ummi siap kita keluar holiday n suruh ummi pilih lokasi.dah last minute ummi pun tak tahu nak gi mana,last2 hubby kata kita gi je PD dekat n kita dah tahu apa aktiviti yg nak buat kat sana. walaupun minggu lepas dah singgah kat PD,tp kali ni pegi lagi just nak mandi manda je.alhamdullilah sampai sana terus check in hotel sri malaysia petang tu terus je kami sekeluarga cari pantai,sepetanglah kami berendam kat pantai,esok paginya pulak berendam kat swimming poll,anak2 memang puas kali ni.bila balik rumah semua dah keletihan malamnya ummi masak kuew teow ladna je,sebab ini je bahan yg ada kat rumah,masak pun senang n cepat.

Bahan-bahan 

  • 250 gram kue teow
  • 4 sb minyak sayuran
  • 1 sb kicap pekat (dark soy sauce)
  • 100 gram isi ayam - di potong kecil2 
  • 1 sb serbuk pati ayam 
  • 2 sb tepung jagung
  • 11/2 kobis bunga
  • mushroom 
  • 1 biji carrot
  • 1 sb bawang putih - dicincang kasar
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 sb sos ikan
  • 1 sb sos tiram 
  • fish ball- potong 2 di goreng sekejap
  • gula, serbuk perasa & sedikit serbuk white pepper

  1. Gaulkan isi ayam dengan 1 sb tepung jagung, white paper dan serbuk pati ayam . Perap selama 10 minit.
  2. Di dalam mangkuk, gaulkan kue teow dengan 1 sb minyak & kicap pekat. Kemudian goreng dalam nonstick pan sehingga warna kekuningan. Angkat dan sejukkan.
  3. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga bewarna kekuningan. Masukkan pula ayam yg telah diperap tadi dan goreng sehingga masak. Masukkan 2 cawan air bersama 1 kiub ayam dan masak hingga mendidih.
  4. Masukkan carrot,kobis bunga,mushroom, sos ikan, sos tiram, gula & serbuk perasa. Kacau hingga rata. Masukkan pula tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit stok ayam.
  5. Bila sudah pekat, angkat dan tuangkan ke atas kue teow tadi. Taburkan sedikit serbuk white pepper. and cili potong.

Majlis kat melaka

sabtu lepas ummi sekeluarga bertandang ke melaka untuk meraikan majlis pertunangan adik ummi kat sana.Untuk majlis tu sempatlah ummi buatkan fondant kek,dalam tu ummi buat red valvet kek.Dalam dok sebok siapkan kek untuk majlis ni,anak2 ummi pun sebok jugak nak kek untuk dia orang,jadi kelam kabutlah ummi dgn nak peacking barang n siapkan kek,ummi just buat sponge kek je. Selera anak2 ummi ni walaupun kembar tp berbeza,sorang sukakan  coklat n sorang lagi sukakan strawberry,jadi ummi bahagikan 2 adunan,atas buat strawberry bawah buat perasa coklat.Alhamdullilah sempatlah kami makan kat homestay yg telah disediakan oleh family tunang adik ummi.seronok amni,auni n sepupu2 dia orang potong kek sambil nyanyi lagu happy birthday to me,kira birthday untuk semua orang.






habis majlis plannya ummi nak balik pahang hantar bonda tercinta,tp atas sebab yg tak leh nak dielakkan ummi,just stay kat melaka dgn family abang nazri,hassan n fizah.Malam tu sempat kami ke Bandar melaka naik bot sambil pusing2 menyaksikan warna warni kat bandar melaka. Gambar kat melaka ni limited ,coz ummi gunakan kamera yg terlebih canggih tak leh cahaya kurang,





wajah2 gembira nak pegi mandi pantai
 Kami keluar dari homestay tu dah nak dekat pukul 12 tgh. terima kasih pada suaidah sekeluarga atas layanan yg first class.siap hantar breakfast n lunch yg bestnya ada asam pedas melaka,memang sedap.jangan serik ya terima kedatangan kami lagi.keluar dari melaka kami singgah kat PD alhamdullilah cuaca memang baik.dapatlah budak2 mandi.

semua dah keletihan,nak balik