Followers

Tuesday, 28 June 2011

lemon chicken

lasagna
lemon chicken

 Hari-hari menu asyik nasi je,timbul gak rasa jemu, so hari ni ummi cuba ubah selera sikit masak lemon chicken ngan lasagna, macam biasalah ummi masak tak ikut resepi sangat coz bahan2 yg ada kat dapur terhad, inilah resepi yg amat simple n senang nak masak
Lemon Chicken

½  ekor ayam
2 biji lemon( sebijik di parut kulit kulit dan diambil jusnya)
1 tbsp olive oil
1 biji bawang putih ( ditumbuk halus )
1 tsp rosemary kering
1 tsp oregano kering
Bahan B
2 biji kentang
1 biji carrot
1 labu bawang besar
Garam

1.       Basahkan ayam dgn air sejuk( dari peti)
2.       Lapkan ayam dgn paper  tower.
3.       Campurkan olive oil,parutan kulit lemon,jus lamon,oregano.rosemary,bawang putih dan garam  di kacau
      hingga sebati dan di sapu kan pd ayam.perapkan ayam selama 15-30 minit.
4.       Bakar ayam bersama bahan B selama 1 jam 20 minit,susun hirisan lemon dahulu di dalam loyang dan
       ayam diletak di atas lemon
5.       30 minit pertama Loyang perlu di tutup dgn alluminium foil,
6.       Selepas 30 pertama keluarkan sedikit air/jus ayam untuk dijadikan sos,
7.       Bakar lagi selama 1 jam ,ayam perlu di balikkan sampil di sapu dgn lemon sos.

Sos lemon.

1 sudu butter
1 sudu teh  tepung jagung( di bancuh dgn sedikit air )
Jus ayam
Bahan perasa
4 sudu susu
Sedikit batang salary
Sebiji bawang merah di potong besar2
Lada sulah
½ cawan air


1.       Panaskan butter dan masukkan bawang dan batang salary
2.       Masukkan jus ayam ,susu ,air dan bahan perasa serta lada sulah.
3.       Apabila sudah mengelegak masukkan bancuhan air tepung jagung.
4.       Sebelum di hidang keluarkan batang salary dan bawang.




Untuk resepi lasagna tunggu next entry coz ummi kena ajar anak2 pulak

Friday, 24 June 2011

Donat

petang2 weekend kalau tak ada program kemana2, ummi suka mencari resepi yg buat sekali pastu leh frozenkan,senang bila nak makan just goerengkan aje,donat adalah salah satu kuih yg si kembar kesayangan ummi suka so bila ada kelapangan ummi rajin2kanlah diri menguli donat ni sambil ditemani si kembar yg tak henti2 bercerita n bertanyakan  itu ini.


donat



 
Bahan-bahan
500g tepung gandum
5.5g( ½ bungkus) yis segera
½ cawan susu segar
1 biji telur
½ cawan Margarine+ shortening
3 sudu gula halus
1 sudu garam
½ sudu serbuk penaik
Air( mengikut keperluan )

Cara-cara
1.       Campurkan semua bahan kecuali air.
2.      Masukkan air sedikit demi sedikit mengikut keperluan
3.      Uli hingga menjadi doh
4.     Biarkan doh tadi selama 30 minit
5.      Canaikan adunan buat bentuk donat,lebih senang sekiranya mengunakan acuan donat
6.      Biarkan adunan yg telah di bentuk donat selama 30 minit
7.     Goreng dalam api yg amat perlahan,donat akan naik cantik dan tidak merekah
8.      Hidangkan donat yg telah siap di goreng dengan taburan gula ising

Monday, 20 June 2011

Karipap daging





Kulit karipap

4 cawan tepung gandum
1/2 cawan minyak + buter/magerine ( dimasak hingga cair)
secubit garam
air yang di campur dgn ais


campurkan semunya dan di uli hingga menjadi doh

untuk inti

bahan A
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu cili giling
4 sudu rempah kari
2 sudu udang kering
sedikit ikan bilis

bahan B
200g daging kisar
5 biji kentang ( dipotong dadu )
1 tangkai daun kari
air asam jawa
garam
gula
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara
1. Bahan A di tumbuk/kisar  halus
2. kemudian tumis bahan A hingga pecah minyak
3.Masukkan daun kari,dan daging cincang dan air asam jawa
4.masukkan kentang dan ditambahkan air dan bahan perasa,,tutup kuali masak hingga kering dan sesuai dijadikan inti.
5.Tunggu sehingga inti benar2 sejukbaru boleh digunakan



chocolate cake

birthday cake untuk ABI

b
Birthday cake untuk mak untuk bonda tercinta



order dari Puan Hanim untuk suaminya

Wednesday, 8 June 2011

agar-agar lumut



agar-agar lumut





Bahan-bahan
  • 15 g agar-agar tali / serbuk
  • 200g gula (kurangkan kalau x suka manis)
  • 1400ml air
  • 200ml santan pekat
  • 2 biji telur( gred c )
  • Sehelai daun pandan / perisa pandan
  • Secubit garam
  • Pewarna hijau
Cara Membuat
  1. Agar-agar tali di rendam sekejap.  masak dengan air sehingga hancur.
  2. Masukkan gula. Bila semuanya hancur tapiskan.
  3. Kecilkan api. Masukkan daun pandan, pewarna hijau dan perisa pandan.
  4. Kacau telur dengan santan.
  5. Masukkan ke dalam bancuhan agar-agar tadi.
  6. Kacau sehingga mendidih.
  7. Tuang ke dalam acuan.

Sunday, 5 June 2011

fondant cake

fondant cake

Add caption
 



First time buat fondant cake untuk wedding abg hamdan,alhamdullilah percubaan pertama bolehlah,walaupun tak secantik org lain,insyaalah di masa akan dtg boleh di perbaiki,thanks to k nini atas segala tip yg sudi di kongsi.

Agak teruk jugak nak menguli fondant ni,sebelum ni pernah buat,tapi sikit je just untuk cupcake,bila buat untuk kek ni baru terasa lenguhnya tangan

Friday, 6 May 2011

victoria sandwich cake


http://recipes.epicurean.com/recipe
  • Serves 8
  • Butter - 175g (6 oz), softened
  • Caster sugar - 175g (6 oz)
  • Eggs - 3
  • Self raising flour - 175g (6 oz), sifted
  • Jam - 3 tbsp
  • Icing sugar - sifted, optional, or caster sugar
  • fresh cream

Directions:
Prepare two 18cm (7 inch) sandwich tins. Cream the butter and sugar together until very pale in colour, light in texture and fluffy. Beat in the eggs, one at a time, adding 1 tablespoon of the flour with each one.
Gently fold in the remaining flour with a metal spoon.
Transfer to prepared tins and smooth the tops with a knife. Bake at 180 0C  for 25-30 minutes or until well-risen, golden brown and firm. Leave in the tins for 2-3 minutes. Turn out on to a wire cooling rack. Leave until cold. When cold sandwich together with jam and fresh cream. Dust the cake with icing sugar.

Tuesday, 3 May 2011

pasta amni auni

pasta amni auni



Hari ni Auni beria2 sangat nak makan speghetty,kat rumah memang dah tak ada stocknya,camner nak buat,ummi teringat ummi pernah terbaca cara buat pasta ni,tp ummi dah tak ingat kat mana ummi simpan,nak serch kat internet lambatlah lah pulak,so ummi cuba2 buat apa yg ummi ingat je
pasta yg telah siap di rebus
mesin pasta





Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
2 sudu tepung jagung
2 biji telur
Secubit garam
Secubit serbuk kunyit
Air secukupnya

Cara-cara
1.       Campurkan semua bahan kecuali   air,gaul hingga sekata.
2.       Buatkan lubang ditengah-tengah,masukkan air, uli hingga jadi doh.
3.       Gunakan mesin pasta
4.       Rebuskan dlm  air mendidih yg telah dimasukkan garam dan minyak selama 15 minit
5.       Angkat dan toskan airnya.











Untuk sos

Bahan-bahan

Bawang putih
Bawang besar
*Tomato
Sos tomato
Tomato puree
Daging cincang
*Carrot
Batang selary
Mix herb
Oregano
Chesse
Susu segar( 3 susu)
Minyak zaitun
Garam
Gula

*dipotong dadu

Cara-cara
1.       Tumiskan bawang putih,sekejap je,jgn terlalu kuning
2.       Masukkan carrot dan batang selary,mix herb dan oregano
3.       Masukkan tomato ,tumis sekejap hingga tomato agak lembik
4.       Masukkan daging dan susu segar,masak hingga daging hampir masak
5.       Masukkan tomato puree and sos tomato
6.       Bila masak masukan bahan perasa,lebihkan sikit gula untuk hilanglan  masam tomato
7.       Hidangkan denga pasta dan di tabur chesse

apam pisang coklat with kaya filling




Bagun pagi2 auni asyik dok batuk je,dah 2 hari batuknya tak hilang kesian dia,sebelum ni amni yg terukbatuk,bila amni dah agak ok auni pulak ni sure kes kongsi makanan,cerita pasal makan pagi2 ni masuk kedapur tengok roti dah habis,apa yg nak di masak untuk amni n auni,kalau boleh nak elakkan masak yangberminyak,bukak peti ais tengok ada pisang yg mak bawak dari pahang  dalam dua tiga biji,mulalah ummi serch kat internet cari resepi apam pisang tp ummi tukar skit tambah coklat n kaya filling nak tarik minat amni n auni,tp apam ni terlebih merekahnya coz bila dah masukkan dalam kukusan ummi terus pegi buat gardening kat dpn rumah,so apam tu dah terlebih masak hampir 45 minit atas dapur.
Apam Pisang coklat dgn kaya
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 cawan gula
3  biji pisang ranum ( dilecek)
1 biji telur
50ml minyak masak
40ml susu
secubit garam
2 sudu besar serbuk koko
kaya
Cara-caranya
1. Lecek pisang yang telah ranum dan campurkan dengan secubit garam, ketepikan. selepas itu ayak tepung gandum bersama baking powder.
2. Di dalam mangkuk adunan pukul telur dan gula menggunakan senduk kayu atau whisker, selepas itu masukkan pisang yang telah dilecek, tepung sedikit demi sedikit, serbuk koko,  soda bikarbonat,susu dan minyak masak,kacau sebati.
3. Panaskan pengukus, Isikan 3/4 adunan apam dan letakkan kaya ke dalam acuan dan kukus selama 12 hingga 15 minit, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.