geram sangat ummi dengan buah ni,tapi takleh petik |
Day 3: Rotorua- Te puke - Mt Maunganau- Taurangga- Rotorua
Hari ke tiga kami buat keputusan untuk buat perjalanan jauh sikit. Dari Rotorua ke taurangga n singgah di Te puke untuk melawat ladang buah kiwi n Mount Maunganui. perjalanan ni makan masa hampir 3 jam pegi dan balik.sekitar 159km.
Perjalanan pagi tu alhamdullilah,cuaca amat baik sekali,dalam perjalanan keluar dari Rotorua,sempat juga singgah kat tasik rotoitti,cantik pemandangan kat situ.
rotoiti lake |
amni n auni sempat main trampolin |
pemandangan yg sempat kami rakamkan,sepanjang perjalanan |
dalam pukul 12tgh kami sampai kat ladang kiwi di Te puke.kami di bawa naik train keliling ladang,sambil di beri penerangan,cuma yg tak berapa best kiwi ni semua dah togel,maklumlah sekarang musim sejuk.
selepas habis melawat ladang kiwi,kami dihidangkan dgn kiwi n jus |
pokok Persimmons fruit yg dah togel |
auni terkedu tengok replika burung kiwi yg besar |
pokok2 besar ni di tanam sebagai pagar untuk ladang buah2an kat sana bagi menghalang angin yg kuat rosakkan tanaman |
geram tengok pokok limau yg penuh dengan buah limau |
train yg bawa kami jalan2 pusing ladang |
Hampir pukul 3 baru selesai pusing2 kawasan ladang. kami meneruskan perjalanan kami ke mt maunganau. sampai sana dah dekat pukul 4 ptg.tak buat apa2 just pusing kawasan je.angin terlalu kuat.ummi mampu bertahan 1 minit je keluar dari car nak snap picture.punyalah lah kuat angin,sampai nak jatuh badan ummi kena tolak dek angin.bunyi tiupan angin kat situpun amat menyeramkan. patutlah tak nampak org pun dok kat tepi pantai tu.
masa ni teringat pada kejadian tsunami |
ombak yg kuat sangat |
cam biasalah kat tepi2 pantai ni byk rumah besar yg cantik2 |
sekejap je kami di Mt Maunganau.kami terus bertolak ke Tauranga. sampai kat tauranga hari dah nak malam n terperangkap dalam jam.Kami sampai betul2 pukul 5. Org baru keluar dari office.kat Taurangga kami tak buat apa2 just pusing bandar sekejap je n terus bertolak balik ke rotorua.perjalanan balik kali ni memang mencabar dah lah gelap.jalan dia berbukit-bukau.siap jumpa bridge yg hanya ada 1 lane je.memang kecut perut kami di buat nya.
sampai kat hotel,ummi masak pasta dengan sos seafood bolognaise
1 comment:
Assalamualaikum
Post a Comment