Halaman

Monday, 27 February 2012

lasagna





lasagna ni ummi buat guna pasta spiral
lasagna ni ummi guna pasta lasagna
Lasagna ni antara menu wajib bila ummi buat majlis kat rumah,terutamanya bila ramai budak2,menu ni tak pedas n senang nak hidang kat budak2 .untuk menyenangkan lagi ummi suka gantikan pasta lasagna dengan pasta spiral,senang nak sendukkan masuk dlm pinggan kan.


Bahan-bahannya

500 gm pasta lasagna /500 gm pasta spiral
200gm keju mozarella -diparut
50 gm keju parmesan -diparut

Bahan soso merah/ sos bolognese

2 biji bawang besar -potong dadu
400 gm daging cincang
8 biji tomato -potong dadu
1 -2 ulas bawang putih - cincang halus
1 tangkai celery -potong  halus
1 batang lobak -potong dadu
1 tin cendawan butang
1 tin tomato puree yg besar
1/4 cawan daun basil
1 sudu makan oregano
1 sudu teh rosemary
1 sudu teh thyme
minyak zaitun/ minyak masak
gula
garam
lada sulah

BAHAN SOS PUTIH/ bechamel sos

4 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum
1000 ml susu segar
10 biji lada hitam segar
daun bay

Cara-cara membuat sos merah/ sos bolognese


Tumis bawang dan bawang putih, tumis jgn sampai kuning macam nak buat sambal,just bagi layu bawang je. masukkan serbuk oregano,thyme,rosemary,  Masukkan tomato segar goreng hingga layu,masukkan daging yg telah di hancur2kan seterusnya boleh masukkan  tomato puree, lobak, celery, Masak perlahan-lahan selama 20minit, sehingga sayur menjadi lembut. masukkan gula untuk kurangkan rasa masam tomato. akhir sekali perasakan dgn garam dan lada sulah.

Cara-cara membuat sos putih/ bechamel sos

Cairkan mentega, taburkan tepung, kacau berterusan, sehingga rata dan warna menjadi kuning ,masukkan lada hitam dan daun bay. Masukkan susu, kacau lagi.sehingga pekat dan berkrim.

Cara-cara membuat lasagna

Siapkan loyang pembakar. Senduk sedikit sos merah dan ratakan di loyang pembakar. Masukkan beberapa sedikit mentega, susun pasta lasagna di selang-selikan dengan sos merah.  dan mentega.Susun satu jalur pasta lagi, dan ulang proses yang sama, sehingga semua bahan selesai. Lapisan atas,curahkan bechamel sos,tabur keju mozarella dan parmesan dan minyak zaitun.untuk keju boleh ganti dengan keju lain kalau suka.

kalau guna pasta spiral,ummi just rebuskan dulu pasta dlm minit jgn terlalu lembut,kacaukan pasta dengan sos merah, masukkan dlm loyang, dlm bekas baru dicurahkan bechamel sos akhir sekali taburkan keju . Bakar selama 20 minit pada suhu 200` C.

No comments:

Post a Comment